Info :)

Thursday, March 12, 2015

Parking Bertingkat HKL

Assalamualaikum,

Semoga orang ramai/pesakit/pelawat ke HKL dah tak perlu cari parking lama-lama sebab parking bertingkat ni dah siap.. harapnya lah :). Nak kena jalan jauh ke tak tu LR tak sure pulak sbb LR pon belum pegi lagi hehe..

Jom layan gambar Parking Bertingkat ni.. santekk wooo... i loike! Ceria je nampak kan?






Yang bagusnya ada pemberitahuan bilangan parking kosong.. dengan sistem ni adalah harapan parking walopon kena pusing-pusing.. ye tak?

Kena bayar ke tak?? Ermmm haruslah hehe. Jom baca info sikit pasal projek ni.

Bangunan 7 (tujuh) tingkat dengan 1951 lot parkir Hospital Kuala Lumpur ini telah dibina menggunakan sistem Industrial Building System (IBS) secara keseluruhannya (skor 100% IBS). Sebanyak 11,095 komponen konkrit tuang-dulu telah digunakan meliputi tiang, rasuk, papak, dinding lif, dinding parapet, tangga dan ramp. Proses pemasangan komponen hanya mengambil masa 198 hari sahaja dengan purata 56 bil sehari untuk menyiapkan keseluruhan superstruktur. Asas jenis rakit telah digunakan bagi mempercepatkan pembinaan berbanding cerucuk.

Fasiliti yang telah disediakan adalah:
1.    Parking Guidance System
2.    Auto Pay Machine dan kemudahan menggunakan Touch & Go
3.    Panic Button System untuk bantuan kecemasan pengguna
4.    6 Bilangan Lif termasuk 2 bilangan Lif yang boleh memuatkan Stretcher untuk pesakit
5.    PA System dan CCTV


Dengan sistem IBS ni, projek ni dapat disiapkan dalam masa 10 bulan sahaja. Tahniah! Apa IBS? IBS ni bahasa mudahnya ialah pasang-siap. Jom tengok gambar masa pembinaan.




 Gitulah serba-sedikit yang LR boleh share.

#info dan gambar daripada Buletin JKR.