Friday, August 20, 2010

:: Sambal Bilis Goreng ::


Salam 10 Ramadhan di hari Jumaat,



Woh nape ntah ai rasa minggu ni cam slow jer.. lambat lak Isnin nak sampai ke Jumaat. Tade pape aktvt pon hari menggu nih, lepak umah je.. maybe kalau Umi datang, tumpang raon² ngan dia, tu pon kalu ai rajin lar statement cover pdhal duit tadak lom gaji lg.. aiyarghhh.



Iklan :
Tengari tadi ingatkan nak jenguk baby Arissa kat Rawang. Kunun nak ajak Mun bawakkan. Tp dia tak drive lak time pose nih. Yerlah kannn.. nanti ada pulak yg bukak pose kat atas jalan kalau jem² naik keta. Pastu ada pulak orang baik hati ofer nak bwk keta dia jer, tp tup² dpt call dr pengasuh, anak dia jatuh lak.. haishh teruk ke?



Oke.. oke.. meh nak berkongsi resipi masak Sambal Bilis Goreng (resipi asal oleh MIL). Rasa²nya ni masakan kedua ai sepanjang ramadhan ni utk iftar (1st goreng telur dadar)  -wink-  hehehe kredit to TokMa...  sesungguhnya air tangan Ma enak² belaka, sbb itulah ore gebu, tokleh nok diet.. huhu




miss sinomosa, dah leh upload gambar guna setting updated editor tu.. yey!


Bahan-bahan

Ikan Bilis
Ubi Kentang
Cili Kering - kisar
Bawang Merah
Bawang Putih
Belacan 
Garam
Pak Aji
Gula 

Cara
1. Gorengkan kentang terlebih dahulu. Pastikan goreng lebih sket.. sebab maybe tak sempat masuk lam kuali dah abis kena kebas ngan anak²... hehe. Kemudian baru goreng ikan bilis. 

2. Tumbuk bawang merah, bawang putih & belacan. Kalau nak best jangan kisar sekali ngan cili kering tu. Tumbuk ala² jer, jangan hancur sangat.
3. Pas tu, gaulkan no. 2 di atas dengan cili kering, garam, gula & pak aji.

4. Tumiskan ke dalam minyak yang panas.. baru best dengar bunyik dia.

5. Gorengkan bahan² tu sampai agak² nak meresik (ayat orang Melaka) atau agak² nak kering, boh r ikan bilis & ubi kentang yg digoreng memula tadi tu.

6. Siap. Leh mkn lauk ni dengan nasi semata. Owh en. suami letak kicap dalam nasi. Sesuai dimakan dalam semua keadaan (berbuka atau bersahur lahhhh).


Nota : Kalau nak tukar ikan bilis kepada telur pon dibolehkan. Cumanya telur jangan digoreng.. masuk je ikut cara 5 tersebut di atas...


p/s : masa belajar kat manjung dulu, hausmate dari melaka salu bawakkan sambal bilis ni sebotol besar, pastu mkn reramai... beshhhh!!! Skang dah kawen org melaka, baru pandai wat sambal bilis nih.. hoyeyyyy!



Selamat mencobak,



7 comments:

  1. Wow..dah knp u mmg gebu sentiasa ahaks..

    p/s: aah dah bleh dah, sbb i pun pi check tadi hihi

    ReplyDelete
  2. ahaks! i penah berat 52-53kg tao (zaman blaja dolu²).. hmm bile r leh dpt blk berat cenggitu.

    ReplyDelete
  3. kita buka masak lauk ni tadi.. hehe

    ReplyDelete
  4. bagus2..dh pandai bab2 tayang menu ek...teruja di bulan posa ek..cam best je sambal bilis tu...moti pun makan ngan roti pun sodap ni

    ReplyDelete
  5. sue, ikut resipi ni ke? cene rasenye??


    hehe itu jer menu yg akak masak.. menu lain tak igt nak snap gambar... dah kenyang br igt... hehehe

    ReplyDelete
  6. salam
    simple tapi sungguh lazat kan... kena try nih.. tahan lama tak? bleh buat banyak2 simpan dalam peti.. hihi.. (pemalas punya orang :) )

    ReplyDelete
  7. k.aanas.. mmg leh thn lama.. simpan lam peti pas tu panaskan jer

    ReplyDelete