Friday, October 15, 2010

:: Hari Yang Tak Produktif! ::

Assalamualaikum...


Warghhh hari ni rasa tak produktif! 1 keje pon tak jalan.


Pagi tadi start 8.30 kena masuk miting bahagian. Masuk dengar bos-bos memasing nak memberi pendapat.. bernas ke tak bernas... no comment! Kitorg ni just mcm saksi jer kat situ... haishh. Abes koi 11.30 tengari.


Koi 12 tengari sampai ke rumah salah sorang Bos Kecik, beliau mengadakan jamuan doa selamat sempena pemergian menunaikan ibadat Haji beliau dan keluarga di Setapak. Terima kasih atas jemputan. Daging masak kicap tak pasti lak masak ape.. enak gak rasanya.. owhh karipap juge sedap! Dah ada 3 ketul gak masuk lam perut.. hehe.


On da way balik, nampak kedai yang pernah disebut oleh mr. eyriqass ---> mali's corner char kuey tiaw. 



cerita-ceriti psl kedai ni klik je gambar kat atas! [Kredit : mr. eyriqass]


Koi 3 lak kena sambung miting pagi td pulok... dah byk nau nak bercakap, tak sempat nak abeskan silibus agenda. Wahhhh ada pulak yg tak puas hati & hampir2 jer nak 'hujan'... ekekekeke. 


Fuhhh... aper kah agak2 org gomen akan dpt durian runtuh hari ni ek? Harap-harap dpt le 1 bln gaji kalau 2 bln tak dpt... jgn le asik2 dpt 'bantuan sara hidup' RM500 jer kan?? Sekali-sekali bagi r bonus, yer tak Tok Najib eks?


Chiao!

No comments:

Post a Comment