Wednesday, April 13, 2011

:: Blogshop - Main Jual-Jual ::


Assalamualaikum... ini adalah segmen tajaan dari diri sendiri haha... so saya baru nak perkenalkan blogshop saya atau nama glemer dia MAIN JUAL-JUAL hahaha... try & error tepek sini kot-kot ada gak yang duk cari benda-benda yang saya jual ni kannnnnn?? huhu. So sape-saper nak benda-benda nih... selalu-selalulah datang jengah sini.. kot-kot ada promosi hebat ke kannnnn :D..


So benda pertama yang saya nak tepek kat sini ialah Set Rawatan Muka dari produk FZ's Cosmetik. Produk ni dah selalu kuar tivi uols... saya tao pon dari situ gak lar kat TV1 Selamat Pagi Malaysia.. hehe. Tapi bila dengar Pn. Wan (pengasas produk) citer yang produk dia ni dari kulit kayu manis, terus saya pon tertawan... sebabnya dulu masa saya belajar kat ITM duk asrama ramai-ramai... ada kawan yg suggest asah kulit kayu manis tepek kat jerawat supaya jerawat cepat hilang dan tak der kesan parut nanti... gigih ko asah kulit kayu manis tu.. haha sangat memori lah saat-saat kat asrama dedolu... (zaman remaja adalah BEST kannnnn)


Haaaa bertitik-tolak dari itulah maka saya pon terasa untuk mencuba produk ini dan terus nak jadi pengedar yang sah (huhu dah macam YB lak ayat ni) manalah tao kot-kot korang pon nak torai gak.. leh lar beli kat sini jer... rega pon totap sama beli kat mana-mana pon.. cuma saya dapat untung sikit jer lar.. tapi untung tu dah cover untuk FREE POS untuk korang yg order pulak hehe... ada belen untung lagi sikit tu leh lar beli jajan untuk budak 2 org tu.. haha


Memperkenalkan................. dung deng dung deng (bunyi drum)

FZ's Cosmetik


Haha so moh kita tengok produk ni satu-satu. Memula ialah Sabun Kulit Kayu Manis


Adunan pati kulit kayu manis, estrak kunyit, madu & minyak kelapa dara yang diformulasikan sebagai sabun utk merawat kulit wajah yg bermasaalah utk mencerahkan wajah, menghilangkan jerawat, jeragat, mengurangkan lebihan minyak, kegatalan pada wajah akibat resdung, memudarkan parut jerawat @ parut ringan `cela' pada kulit.

HARGA : RM10.90 (sm) / RM12.90 (ss)


Lepas dah cuci muka, kena susuli pulak dengan penyegar/toner ni.


Bertindak utk menyejukkan, melembutkan & menutup liang pori2 yg terbuka, mengekalkan tahap kulit muka yang sekata.

(CARA PENGGUNAAN)
Tanpa menggunakan kapas, titikkan PENYEGAR pada tapak tangan & sapu pada muka. Di gunakan setiap kali selepas cuci muka

HARGA : RM19.90 (sm) / RM22.90 (ss)


Belah malam pulak kena tambah pakai Krim Kunyit



Rawatan bagi kulit yg bermasalah seperti jerawat, jeragat, mengurangkan lebihan minyak, kulit kusam & tidak sekata.

(Note) : Utk kulit bermaslah seperti resdung akan berlaku kegatalan. Jika wajah terdapat jerawat halus yg serius teruskan pemakaian KRIM KUNYIT. Hentikan pemakaian KRIM MALAM utk seketika.

(CARA PENGGUNAAN)
Digunakan utk tempoh 1 hingga 2 jam sahaja pada waktu malam sebelum tidur. Untuk kulit berminyak, selepas pemakaian KRIM KUNYIT cuci muka menggunakan SABUN KULIT KAYU MANIS tapi kalau muka berminyak, bilas jer dgn air. 

HARGA : RM21.90 (sm) / RM24.90 (ss)


dan Krim Malam


Mencerahkan wajah, menghilangkan jeragat & jerawat. Akan berlaku pengelupasan halus bergantung kepada kesesuaian kulit.
 
(Note) : Utk wajah berjerawat letakan KRIM MALAM di tempat yg berjerawat sahaja (Jgn pakai ke seluruh muka)

(CARA PENGGUNAAN)
Sebelum tidur, setiap malam (senipis yg boleh)

HARGA : RM21.90 (sm) / RM24.90 (ss)


Keempat-empat item ini kena pakai bersama-sama.. ibarat kata Pn. Wan (pengasas FZ's Cosmetik) keempat-empat item ini macam adik-beradik... tak boleh pakai satu-satu kalau nak kesan yang bombastik hehe.


So... korang dah kira tak berapa total semua 4 item kat atas ni? Kalau ada yang dah amek calculator nak kira tu memang otak QS lah hehe... so yang belum congak-congak tu meh saya khabarkan... semuanya berjumlah

RM74.60 (sm) / RM85.60 (ss)
RM59.90 (sm) / RM69.90 (ss)


Kenapa murah pulak yer? Sebab semua tu dah lengkap dalam set mini yang comel dalam kotak biru nih... hehe.. sebab itu harganya lagi murah ;p




Cene? Ok tak promosi ahkak ni?? hehe. Kalau rasa-rasa ok ape lagi... dial sekarang order jer ngan ahkak yer.. samada melalui komen kat sini atau emel jer kat axelida@yahoo.com

tengkiusssss.... eh tapi kalau tak beli sekarang, tak per.. korang nanti leh klik kat menu atas tu bawah nama Main Jual-Jual tu yeh... tengkiu lagi sekalik



2 comments:

  1. bagus2 selamat berniaga.. sy pun nak bukak blogshop gak Insyallah.. cume tak tau nak jual per lai hik..hik..

    ReplyDelete