Monday, May 9, 2011

:: Macam Mana Nak Unblocked Facebook Kena Blok? ::

Sekarang ni asal pukul 8 jer facebook kat opes dah kena blok. Aduhhh menurun sungguh prestasi LR dalam Cityville.. baru jer nak cecah level 58 dah kena sabotaj aduhaiiiiii :( 


LR bukak fb pon pasal CV tu jer... takat nak tulis status (jarang pon ada status haha) atau nak tao perkembangan memember, leh jer belek pakai henpon tp tu lar.. rasa tak puas tgk kecik-kecik hehe


Pastu, Mat A (nama sebenar dirahsiakan haha) bgtao cara nak bukak fb.. hoyehhh berkobar jer nak tao hihi... elehhh senang jer rupanya cuma kena letak 's' jer selepas http tu... haha korang-korang yg tak leh masuk fb tu sila-silalah guna pakai cara ni.. Insya Allah boleh *tapi CV totap jugak tak leh bukak huwaaaaaa*




Uishh tadi ada lam fb pasal ni... rupanya penting huruf 's' kat https tu... sebab 's' tu bermaksud secure. Contohlah kalau kita nak shopping online dia mintak no. kad kredit ke kan... so tgk lu kat alamat web tu samada http ke https sebelum bg no tu.


Sebab kalau http sahaja... kemungkinan orang lain boleh skodeng info yang korang bagi tu yer... so wajib tengok alamat web tu yer kalau nak bagi info apa-apa sekalipon.


Nak tao lelebih pasal http vs https ni klik sini.. *malas nak kopi, nak milo jer*

2 comments:

  1. ha ah kan dni ritu blog dni jadi https skang jadi http balik

    ReplyDelete
  2. 0hh , ltk 's' , bru tau , hee , fuhh , level 58 tu , wani bru level 56 , makin lme , mkin ssh plak , hhe :D

    http://inibelogaque.blogspot.com/2011/06/blog-post.html

    ReplyDelete