Monday, June 18, 2012

:: Isnin Yang Biru ::


Hari ni dah keja. Uwarghhhh sangatlah tak der mood nak keja. Syoknya kalau cuti lagi dan lagi dan lagi (same sindrom.. again!)


Alhamdulillah Adelya dah tak demam lagi. Tinggal seseme & batuk. Ubat memang susah nak makan... so cam ner nak baik kan? Makan ubat demam pon sekali jer sehari. Jadinya LR pasrah jer lah kat Allah Yang Maha Penyayang.. semoga diberi kesihatan yang baik-baik untuk anak-anak LR.


Keputusan tadika Damya dah amek Sabtu lepas. Nantilah LR tepek result dia. Tak amek gambar pon lagi. Huhu. Jumaat lepas dia tanak g tadika. Hari ni pon gayanya sama gak... Lagilah alasan dia tanak gi sekolah, nak tido katanya walhal sementelah Abi Umi cuti Israk Mikraj kat Nogori Sombilan nun, berjalan jer lah kejenye.  Hmm so semalam dari petang diorang kuar jalan-jalan, pas tu pegi tido kat Semenyih. 


Unifi pulak baru dibetulkan semalam selepas wayar asal kena ketuk dan kena lilit ngan tukang buat rumah huhu. Melayang lagi $$$ kat situ. So anak dah tak der, mata lak biasalah kalau dapat pegang ipad terus segar jer... hehe. Dapatlah layan citer Jujur Aku Dayus semalam kat yutiub. Dah lama duk dengar kawan duk citer lam FB pasal citer ni. Akhirnya dapat gak tengok. Tapi tak saspen mana dah la sebab dah tao alkisahnya pon huhu. Sibbek diorang bersatu balik :)


Haaa sebelum teringat nak tengok citer tu, tolong anak-anak donlod citer dulu. Kang idak le diorang boring bila kena duduk lam bilik jer. So terjumpa citer barbie : Princess Charm School full movie... sebelum diorang layan, wajiblah LR layan dulu ahaks. Sebenarnya ahkak memang suka tengok katun barbie ni hihi. Kalau ada dalam tivi, LR yang lebih layan dari Damya sebenarnya haha.


Hamboi tak der mood pon panjang lebor lak bercerita ye. Oklah stop sini dulu. Kang petang sikit LR nak wat cabutan untuk 2 pemenang tempat ketiga. Harap-harap sempat cabut.


Bai.

2 comments:

  1. best kan cite jujur, aku dayur tu..

    kak, tak pos lg keychain tuk akak.. minggu lepas tak sihat.. insyaallah, dalam minggu ni saya pos ek.. sori sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel jer Nora Danish tu pakai tudung kan?

      ok tak per bunga... take care ya!

      Delete