Saturday, January 26, 2013

Daftar Nama Anak di JPN

Alhamdulillah semlm dah selamat pegi daftarkan nama baby. Pegi kat JPN Kajang, perghh punyalah orang ramai.. nak pulak masa sampai pintu x bukak lg sbb lom 245.. so mmg sikap rakyat Malaysia kan... x reti nak beratur! So bila pintu dah bukak, serangggggg kekdahnya (geleng paler :( ).

Dah beratur kat dalam, rupanya nak segala salinan dokumen sblm nombor diberi. Huk aloh, ada lg 1 benda x fotostat iaitu rekod buku merah!

Tapi sibbek pas dah isi form n lengkap salinan, x yah beratur, dia soh dtg amek no. terus je :) (tapi tebal muka gak sbb bagi org tak tao, cam potong line org gitu..)

ES pulak melayan princess 2 org lg main kat luar... haish x nak bwk kesian, dah bawak kita pulak yg dikasihankan ekekeke..

Dah isi form dan ada salinan lengkap, pegi amek nombor. Pegawai kaunter cek, ada lg yg lom lengkap difotostat iaitu muka dpn buku merah yg kita check up kat klinik masa peknen.. aduyai hihi (baru tao susahnya bila dah kena wat seniri kan? Sebelum2 ni tunggu benda siap je kat umah diam-diam hehe).

Okeh meh LR senaraikan apa dokumen yang perlu ada sebelum kita kena beratur untuk dapatkan nombor giliran supaya dah x kelam kabut cam LR semalam huhu

1. Salinan MyKad ibu dan bapa
2. Salinan Sijil Nikah
3. Salinan Buku Merah (muka depan, page masa 1st time check-up dan page belakang perihal kelahiran bayi (buku LR doktor tak isi pon page ni hihi)
4. Of coz borang Pendaftaran yang telah lengkap diisi (ASAL)
5. Yang ni memandangkan rekod baby tak diisi kat buku, PPUKM sediakan satu borang yang diisi dan ditandatangani oleh doktor mengenai kelahiran baby.

Ok rasanya ni je dokumen yang diperlukan. Tapi bila dah jumpa kaunter pendaftaran, semua kat atas perlu bawak yang ASAL gak. Masa ni MyKad ES lak ada ngan dia, sibbek dia kat luar je.

Pastu Sijil Nikah yang ada ngan LR bukan yg ori lak.. Yg ori kat opis hehe. LR dah tak berani bawak sijil ori sejak hilang dulu.. hai sibbek ada rekod lama.. ye r ni anak no. 3 kot, mestilah dah ada rekod.

Oh ya! Memandangkan kami lewat daftar kelahiran ni (dah 23 hari dah) yg sepatutnya kena daftar tak lebih dari 2 minggu lepas lahir, kenalah denda sikit. Tapi sibbek murah je dendanya (leh buat lagi haha). Denda RM5 je.

Pastu beli sampul plastik Surat Beranak RM3.50. Orang kaunter tu pesan tunggu setengah jam baru masukkan SB lam plastik tu. Eh SB kakak baby 2 org tu LR dah tak ingat simpan kat mana huhu harap2 TokMa tao kat mana ;p

Oklah tu jer.. jumpa lagi





- Posted using BlogPress

1 comment: