Friday, February 22, 2013

Hari Ni 22hb dan Berat Saya 2.2kg Sudah

Assalamualaikum,

Hari ni mama bawak saya ke PPUKM lagi utk cucuk EPO yang ke 9. Masih ada lg 9 kali *phewww*. Aunty nurse cucuk selang-seli kat paha kiri kanan saya.

Pastu mama bawak pegi NICU pulak utk cucuk BCG kat lengan kiri saya. Masa jarum tu masuk kat kulit, saya terkejut dan nangis. Tapi kejap je bila jarum tu kuar, terus saya benti nangis... hihi.

Oh ya masa kat timbang kat klinik paed, jumpa kawan yang sama-sama kat NICU. Katil dia depan katil saya. Mama dan mama dia selalu pegi makan sama-sama masa diorang jaga kami kat sini.

Oh ya.. nama kawan saya ni Sabreen. Dulu berat dia lahir dalam 790gram tapi sekarang dah hampir sama dgn saya - 2.1kg dah.. Alhamdulillah.

Semoga kita membesar dgn sihat dan ikatan persahabatan kita berkekalan ya.

Gambar x leh nak rotate lak kat hp ni. So sila teleng sikit kepala makcik2 semua ya.


No comments:

Post a Comment