Thursday, January 30, 2014

Ariana Rose


Siapa layan citer nih?

Ramai kot tak layan sebab waktu siaran dia pukul 7-8 mlm kan? Time ni lah macam-macam nak buat. Belum campur tolak anak-anak mintak perhatian kan?

Ok so aku pon tak layan citer ni PADA waktu tu. Tapi totap layan kat skrin kecik bila si kecik dah tido. Puas ati gak la walopon skrin kecik je.. at least tak yah nak layan iklan. Dari cerita sejam dah jd 40 minit jer terus-menerus.

Ouchhh Tengku Adam Kamil tu sangat sesuai dengan Keith Foo tu kan?? Para pelakon pon semat-semat hebak-hebak. Tu yang layan tu hehe. Walopon aku layan dah terlambat.. masa episod 9 dah main kat tv pon. Haha punyalah sekarang ni jarang dapat tengok tv sampaikan tatao perkembangan semasa dah. Sibbek ada facebook, tao la sikit perkembangan semasa bila ada orang rajin sharing macam-macam cerita dalam tu kan.




Tapi... yang tak bestnya bila layan kat hp tanpa guna wifi ni... 4g kuota dah penuh 100%. Punyalah syok layan kan? Padan muka. Sekarang ni nak browse intenet kat hp pon dah macam siput sedut. Kalau yang dapat bukak tu.. dapat gak la. Tapi kalau gambar2 kat whatsapp jangan mimpi nak tengok gambar apa huhu.

Time aku nak layan citer ni lah pulak ES tak gi bayar Unifi. Dah kena potong. Tu sebab kena guna henpon je. 2 hari lepas nak layan la kejap kat tv sebab cik P datang kan... tak boleh gak sbb Damya pulak ajak naik atas sebab nak masuk toilet atas.

'Ala kak long ni, mama baru je nak tengok citer ni'

'Nanti mama tengok la kat ipad bila papa dah bayar intenet'

Huk aloh la anok. Ye ye. Jom naik atas.

Hari ni set nak gi bayar... . Gugel TMPoint berdekatan. Jumpa kat Jln Tar. ES soh aku tgkkan map. Ok. Ini dia. Tapi aku tak print la pon. Sekadar bagitao kat area Jln TAR. Dekat ngan Tabung Haji & Pizza.



Pizza tak de pon dalam map tu. Tapi aku rasa-rasa kat Tabung Haji tu ada piza. Bila lalu tadi kat area Chow Kit tu.. yang nampak pizza je.. manakah Tabung Haji???

Aku rasa betul dah kat situ. Tapi cari-cari tak jumpa! Adeh kok susah aja tempat kamu. Dah memusing kat situ. %&^&^^*6 #KENA BEBEL TAK RETI TENGOK MAP. Fine. Last-last tuju balik opis. ES kata nak gi naik moto je lagi senang. Harap-harap dia pegi la nanti. Malas dah nak tanya dia haha. Opss baru dapat whatsapp dari ES... dia dah pegi & balik dah pon. Alhamdulillah. Tengku Adam Kamil, kita jumpa malam ni keh?

Esok dah cuti CNY. Syoknya dapat cuti panjang. Macam nak panjangkan lagi cuti tu. Tapi tak der plan nak buat apa lagi. Damya dah start cuti sekolah dah hari ni sampai Selasa (kot?).  Tak sure tapi sebab dapat jadual kena ganti sekolah hari Sabtu guna jadual Selasa.. so aku agak-agak jer la hahaha.  Dia dah start cuti hari ni pon aku tatao huhu.

So selamat bercuti uols. Sapa yang balik kampung tu... drive safely k.  





No comments:

Post a Comment