Thursday, July 17, 2014

Salam 19 Ramadhan 1435

Salam Ramadhan.. walopon dah 19 hari dah kita puasa hehe...

Baru rasa kerja lapang.
Baru habis baca blog orang.
Baru rasa nak blogging.

Ye saya tao.. dah lama tinggalkan blog nih... memang sengaja pon sebab MALAS nak update apa2 ngeee. Kekangan waktu sangat kot.. errr ekceli ada masa tapi asek duk pecahkan jelly dlm Candy Crush agaga.. sila salahkan CC tu sighhh...

Tapi bila fikir balik, tak der cerita anak-anak nanti untuk refer bila depa besar nanti kan? Harap2 beberapa belas tahun akan datang, blogspot ni masih wujud. Masih boleh access.

Kisah anak-anak jer la asek nak up kan? Kisah seniri tak der ape sangat kecuali baru lepas kena chicken pox huwaaaaa...

Kejadian berlaku seminggu sebelum puasa. Berjangkit dengan Damya. Dia dapat MC seminggu. Tapi mamanya dapat 10 hari. Haihhh teruk betul bila orang tua dapat penyakit anak-anak. Tapi yang bestnya, dapat puasa kat rumah minggu pertama puasa tu. Opsss tapi tak leh puasa... kenyang pewut bila kat umah haha. Tak yah nak susah-susah cari makan kalau kat opis tu.

MC dapat sampai Rabu. Jumaat ada miting bahagian.. Arghhh malas nak masuk. So mohon cuti :). Ingatkan nak masuk keje Isnin, tapi percaturan Allah, Adelya & Rania pulak kena jangkit. Tak sampai hati nak tinggalkan anak-anak tak sihat ngan Tok Ma, sooooo.. sambung lagi 2 hari cuti yabedabeduuu. Tapi tak de yabedabedu sangat pon bila anak kecik tak sihat. Asik melekat 24 jam. Boleh rehat bila dia tidur jer. Yang lainnya, asek berdukung je.

Ok baru teringat. 2 minggu sebelum kena CP ni, kami anak-beranak demam. Semua pakat amek darah kat KK. Risau sebab dah amek ubat kat klinik swasta.. tapi demam lom kebah2. Tu yang amek cuti & bawak gi KK pulak. Sebab nak amek darah.. kena bayar seringgit sorang sebab GL tak de. Alhamdulillah bukan denggi. Virus ape ntah sekarang ni.

Dah kebah demam, Rania pulak tetiba jalan macam senget2. Memula ingatkan tersalah urat leher ke. Pastu nampak bengkak kat leher belah kanan. Ingatkan beguk pulak. Jenuh cari nila untuk tepek kat situ. Tapi tak surut2 pon bengkak. Ok so patah balik kot tersalah urat. Call orang yang pandai bab-bab urat ni, tapi dia boleh hari Sabtu jer. So tunggu je lah Sabtu.

Dalam masa ni, cuti sekolah. Ramai sedara dari kampung datang umah sebab nak melawat moyang budak2 ni.. nenek aku la tu. Time ni Rania memang tak leh nak letak langsung.. nangis & dukung je. Bila depa dah balik, barulah leh rehat sikit dari dukung dia. Tup tup hari Jumaat, ingatkan susu kat telinga dia... ehhhh bukan! Tapi nanah hijau yang kuar. Errrrr gusar gila time nih!

Masa tu dah petang dalam pukul 6. En papa tanya kawan-kawan dia mana klinik telinga. Ada 1 kat sekolah Damya. Tapi bila kami pergi, dah tutup. Last-last pegi ke klinik biasa kami pergi. Lepas maghrib baru doktor masuk.

Doktor bagi ubat titik, antibiotik & ubat demam. Balik kena cuci telinga & titik dlm telinga. Tu keja papa. Mama memang takutsss bangat bila bab-bab macam ni. Tapi korang ingat senang ke nak titikkan ubat? Sebelum titik, kena kuarkan nanah-nanah dulu. Mama tukang pegang je. Huishhh memang kesian kat Rania. Patut la dia nangis jer... tak selesa telinga rupanya.

2-3 hari baru nanah kering. Barulah ceria balik. Alhamdulillah.

Tapi pastu sambung balik ngan CP haha... ujian dari Allah... aku redho. Damya & Adelya kena tak teruk sangat. Tapi bila Rania kena... sighhhh banyak ok. Pastu sebab dia pakai pampers, kat situ-situ pon banyak! Kesian lagi sekali kat Rania huhu.

Pastu, sejak kena CP ni, aku tak benarkan kakak & abang ipar aku datang. Kang berjangkit, naya. Deme dah rindu nak jumpa anak-anak buah tapi acane.. kalau boleh elak, silalah elak. Sebab kakak lom pernah kena lagi.

Sabtu minggu lepas, nenek aku dah balik kampung. Sebulan gak dia sakit. Bila dah baik sikit, makcik nak bawak dia balik jap. Lama sangat dia tak balik kampung. 3 thn kot. Aku pon sama lama tak balik. Tapi aku ada la ke kelantan atas urusan kerja. Rindu nak makan sup perut hehe.

Esok dah 20 Ramadhan.. jom pecut 10 hari terakhir dengan amal ibadah. Peringatan untuk diri seniri nih..




No comments:

Post a Comment