Wednesday, August 13, 2014

12/08/2002 - 12/08/2014

12 tahun sebagai seorang penjawat awam :)

6 tahun sebagai TA. 6 tahun sebagai QS.

Kuota intenet dah abis lak.. agaknya Damya buat tengok youtube frozen dia la tuh... 16hb baru leh full balik

Pagi 12hb baru sempat cek hp.. sape yang whatsapp / pm semalam memang tak tengok.. hehe telefon duk charge jejauh.. malas nak amek letak sebelah bantal as always.. pulak pon tak boleh main CC dah... level baru depa lom masuk apps.. so main kat PC je sekarang ni :) main gak tuh

So tgk2 emel, dapat emel nih : Surat Pemberitahuan Pertukaran gegegegee



Aiyarkkk.... loading sesaje... tak leh nak bukak pulak sebab kuota dah abis seperti diceritakan sebab kat atas tadi sob sob sob.. tak berdebarkan korang bila dapat baca tajuk tapi tak tao apa isi surat? ohhh debaran weh. di manakah? di manakah aku kena posting?

Nak tengok emel kat hp ES paswed pulak lupa haha. Emelkan dah siap-siap dalam hp.. so tak yah nak login.. jadi teruslah lupa. Dah tak sabar nak sampai ofis, sebab ada wifi heheheh... tapi jalan pulak jem.. kenapa???? haha nampak sangat dah tak sabar nak tao hehe.

Sampai jer terus on wifi :) sambil gigil-gigil baca surat chenta tuh.

Lapor diri 18hb. Kena balik semula ke jabatan asal selepas 4 tahun 8 bulan dipinjamkan ke sini. Pertukaran lateral sahaja yakni bukan tukar sebab naik pangkat tskk  tapi memang dah tao sebab ramai lagi senior yang tunggu untuk naik pangkat.. so ada rezeki, setahun dua tahun 3 tahun lagi naiklah jugak tu bahahhahahaa.

Sampai ofis terus bagitao bos kecik.. terkojut gak la depa sebab tak dengar cerita aku kena tukar nih.. memang kena tukar, tapi bukan sekarang la. So bila ramai dah masuk opis, semua pakat cek emel masing-masing.. total 12 orang yang dapat emel pertukaran tu opssss ramainya! Ini adalah pertukaran besar-besaran sebab bos kecik aku pon kena tukar sekali huwarghhh nanges la bos!

Pagi tadi bos dah call bakal bos2 baru mintak tangguh.. tak sure la dapat berapa lama. Ikutkan bos nak hold sampai 2 bulan. What?? 2 bulan?? Tak pernah dengar orang tangguh selama tu hehe. So tak tahu lagi apa keputusan bakal bos baru aku.. 2 minggu ke? 1 bln ke? Atau memang dapat merasa 2 bulan? hehe. Yang bestnya ada bos nak hold sampai hujung tahun ekekeke... pasrah jer lah. Tapi dengar  bos barunya bagi max 2 bln je.

Hati dah berkobar-kobar dah sebenarnya nak masuk tempat kerja  baru. Walopon tak tahu macam mana kerja kat tempat baru tu nanti huhu. Maybe it's the time. Sesorang boleh kerja kat sesuatu tempat 5 tahun je. Lebih dari tu maybe leh tepu otak.. boleh demotivate... just my 2 cents.

Oklah.. stop sini dulu. Tangan pon macam beku je nak menaip nih sbb ekon terpower pulak 2 hari ni... sejuk sampai ke tulang grrrr

Oh ya... bukan nak riak ke apa.. just sebagai ingatan.. tahun ni berjaya ganti puasa dalam bulan Syawal... dah 6 hari daripada 7 hari. Esok rehat dulu... dah lama tak makan masakan makcik kantin, rindu pulak hehe.



6 comments:

  1. tahniah kak.. mmg berdebar bila dpt surat chinta tu kan. mcm2 perasaan ada. good luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. tambah berdebar bila dah tao kena tukar, tapi tak leh nak baca on the spot!

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih yong. aku google translate tao nak cari word mabrook tu hahahhaha. tahniah kan?

      Delete