Friday, September 26, 2014

Kejadian Kelakar Bila Buat COD

Wah tajuk kan?

Setakat ni LR rasa ada 2 kejadian yang kelakar bila nak buat COD... ada yang tak tao ke COD tu apa? Sejak zaman biz online.. pemes COD tu hehe. COD tu maksudnya peniaga hantar barang kat customer, pehtu barulah customer buat bayaran... kot omputihnya CASH ON DELIVERY.

Hah... kalau nak COD, pehtu jangan pulak cust tak datang ye.. penat tao seller datang. Dah la kadang tu free delivery jer.. kan kalau kita pos, ada caj pos kan? Patutnya kalau nak seller hantar, kenalah caj minyak tol segala tu. Tapi jenis seller yang tak sampai hati? Huhu sedekah jer la kan?

Kejadian Pertama
Masa ni kat Klinik Azzahrah Bangi. Janji jumpa kat situ. Maka LR pon pegi la tunggu kat situ. Haaa kakak tu dah tunggu. LR pon pegi lah. Kakak tu pon tanyalah berapa? LR pon bagitao la harga sekian-sekian. Pastu dia tanya soklan pelik pulak. Eh salah orangkah??? Rupanya kakak tu COD beli ubat huwaaa nangis! Pastu barulah perasan customer LR baru sampai ngan anak dia huhu.

Tak sangka la tempat perjumpaan seller & customer boleh berlaku pada waktu yang sama.. kikiki. Ni dah lama.. dah tak ingat sangat dah jalan cerita dia hehe.

Kejadian Kedua

Berlaku hari ni.. customer ni call LR dari pejabat dia kat Bank Pembangunan. Masa tu LR kelam-kabut beli ikan kat NSK. Dia kata dia kat KL, kalau COD boleh ke? Ok dekat lah kan? Boleh jer nak datang kat area Bank Negara (senang bgtao Bank Negara.. sebab cam semua orang tao kot Bank Negara kat mana huhu). Pastu macam susah pulak dia nak datang.

LR tanya dia duduk mana. Dia kata Semenyih. LR kata boleh la kalau nak jumpa Kajang pon. Dekat je kan? Tapi tiba-tiba ES cakap dia boleh hantarkan sebab dekat jer.. ok set r. Mintak dia sms no hp la senang nak deal. LR pon masa dia cal tu lupa nak tanya nama haha. Nak call balik opis dia pon no point kan? So dalam hati kata, ada rejeki adalah. Esok dia tak sms pon. Lusa barulah dia SMS. Lupa katanya. Lusa tu hari nilah. So.. my ES pon pegilah sana. Dan-dan tu dia call, terus hulur phone dia kat customer i tuh..

'Haa kak.. ni Ha (masa dia SMS dia bgtao nama dia Zita). Nama penuh dia Hazita. Panggil Ha jer kat rumah. LR pon macam blur2 la kan? Pastu baru clear sikit.. haaa Ha? Lailahaillallah.. rupanya dia bukan orang jauh pon.. wife sepupu LR je pon. Selalu jugak jumpa. Aduhhh.. kecik betul dunia. Dia ceritalah dah lama dia cari Hanger Tudung yang LR jual tapi tatao nak beli kat mana hehe. Sibbek LR tak caj kos hantar. Kalau dak, malu eh.. pastu ES bagi harga sepupu lagi kat dia hehe.

Sepupu dia punyalah jual kan? Dia boleh search kat Internet. Barulah rasa nak gelak bila teringat masa dia call mula-mula tu, bila dia tanya Kajang kat mana.. bila LR bgtao dia cam ooo dekat ngan rumah kakak sepupu kui3. Rupanya kakak sepupu itu adalah LR seniri.

Kalau lah tao, esok pon nak jumpa kat rumah abang LR haha.

Okeh.. supaya kejadian kedua ni tak lagi berulang, LR nak bagitao kat kengkawan kot-kot ada yang dah tak tao nak kemas/simpan tudung.. bolehlah contact LR.

WhatsApp ke 016-6602507

LR jual Hanger Tudung 17 Klip dah yang sewaktu dengannya... untuk shawl ada.. untuk tudung bawal pon ada gak.

Harga sekarang tengah promo 1 set termasuk pos ke SM RM29 sahaja. Tapi kalau ada kawan-kawan dekat sini jer, leh la diskon sikit lagi.. :)

Oh ya.. kalau beli lebih dari 1 lagi besh sebab LR bagi diskon lagi.

Kalau 2 RM55 shj termasuk pos ke SM. Kalau nak borong, WhatsApp je la ye ke 016-6602507.





2 comments: