Tuesday, September 23, 2014

Kisah Van Sekolah Anak

Hi,

Sepagi hari ni buat keje.. jumpa bos. Amend surat sikit. Dah.

Call orang2 yang berkenaan ngan urusan kerja diorang.. Alhamdulillah 1 dah setel. Tinggal 1 lagi jap2 lagi nak datang. Ok dah dtg. Habis keja hari ni :)

Semua boleh beres bila dapat telefon office baru! Gitew alasan kan? Sebelum ni telefon kat sini nampak cantik tapi dah nyawa-nyawa ikan. Lupa nak amek gambar telefon sebelum. Nak tekan nombor tu, kena usaha lebey sikit.. tekan letak gagang angkat tekan letak gagang dan lagi dan lagi baru butang dial dia tu berfungsi. Then hari apa ntah, Khamis ke Jumaat, terus telepong tu boikot. Langsung dah tak leh nak dail.

Ok wat aduan kat PA Bos. Sampai ke sudah tak de telefon ganti. Last-last LR nekad bawak seniri telefon tu gi bawah haha.. dari tkt. 4 membawa ke tkt. 2. Ting! Dapat telefon baru. Dapat telefon macam kat umah je tapi yang bestnya kaler hitam! i loike!

Ok dah pasal hal opis.

Tadi TokMa telefon bagitao Klong demam.. mintak call aunty van supaya tak yah datang amek kat rumah. Memang tiap kali anak-anak tak gi sekolah, kami akan call driver van bagitao jangan datang. kang kalu datang, sian kat depa. Tapi ada jugak kadang tu terlupa call haha. Tapi jarang la. So far, driver van anak-anak kami ialah orang India. Van Uncle direkomen oleh orang tadika. 2 choice tadika suggest, 1 driver melayu 1 driver India. Tapi bila driver India bagi murah sikit, tu yang amek je hu hu.

Van Uncle ni amek masa Klong masuk tadika tahun 2012. Sampai sekarang masih guna perkhidmatan uncle ni untuk hantar Klong ke sekolah agama, hantar Kngah ke tadika. Alhamdulillah setakat ni ok lagi. Kadang bila pegi amek diorang kat sekolah/tadika, nampak la Uncle ni turun untuk amek2 anak-anak orang lain.. means harap2 anak kita pon dia buat macam tu jugak lah.

Van Aunty pulak untuk amek Klong gi sekolah kebangsaan waktu petang. Start tahun ni la bila Klong dah masuk darjah 1. Direkomen oleh Van Uncle sebab kakak dia jugak. Alhamdulillah selesai masalah nak cari orang amek hantar anak sekolah. Ingat lagi masa tu dah nak bukak sekolah, baru mak pak teringat nak cari driver. 1st day sekolah LR amek cuti untuk hantar Klong. Masa pegi LR hantar.. hurm kisah sekolah anak lom cerita kat sini. Next entry la kot kalau rajin. Dah nak cuti sekolah dah pon agagaga.

Balik tu, kami tunggu kat sekolah. Tapi Klong kami mintak balik ngan Aunty untuk biasakan. Sebab esok dah start full pegi blk ngan Aunty dah. Bila Klong naik van, rasa semacam je. Risao weh. Sapa tak risao kan bila anak-anak kena balik seniri. Nak pulak kawasan sekolah tu memang tengah bandar. Anak-anak kena kuar pagar & jalan pegi kat van. Hanya doakan kat Allah jer la untuk anak-anak dilindungi dari musibah & kejahatan.


Masa ni 1st time Klong naik van sekolah pegi tadika. Nampak samar-samar yang pakai tudung putih ada line hitam tu.


Nasib baik kaki sampai nak panjat tangga bas. 

Ni pulak 1st time Kngah naik bas sekolah pegi tadika. Tak risao sangat dah sebab Klong ada. Masa ni Klong dah otai hehe. Klong nak gi sekolah agama. 

Tapi balik tak sama sebab Klong balik koi 11, sampai rumah dalam 1120-1130. Kngah balik koi 12 sampai rumah dalam 1230 - 1245. Driver akan tunggu pagar bukak baru diorang jalan. Alhamdulillah. Walaupun berlainan agama, tapi diorang baik dan bertanggungjawab jugak la.

Klong kena balik siap-siap cepat-cepat sebab Aunty datang amek pukul 1145 pulak. Memang dia penat. Tapi lebih baik anak-anak penat belajar dari penat tengok tv kat rumah. Kesian kat anak-anak. Rasa cam nak tukar tempat keja dekat umah.. boleh amek hantar anak sekolah. Tapi kena la terima kenyataan mak nya.. takat ni tak de lagi post daerah hahaha. Anak-anak sila la bertabah.

Kadang tu, diorang mintak amek. Alasan panas la atas bas tu.. huhu. Yer r.. sebelum sampai umah, kena raon dulu amek hantar orang lain kan? Mama faham nak. Kalau mama free memang mama nak amek hantar korang. Klong kalau boleh nak petang Jumaat tu amek dia. Kadang ikutkan gak. Tapi kalau tak sempat, balik jer la ngan Aunty hehe.







No comments:

Post a Comment