Tuesday, December 8, 2015

Kak Ngah Birthday Celebration @ Tadika Mata Hati

Assalamualaikum

La ni cuti-cuti sekolah.. anak2 kat rumah bergumbira main sepah rumah bagai.. hurmm hurmm hurmm.. yang tak tahan asek la main jual-jual.. kang diorang susun la segala macam... gaya macam car booth sale pon ado hokeh.

Tak cukup main kat bawah.. kang ada pulak yang rajin punggah menan wat naik atas. Hari tu ada 2 bakul menan.. pastu tak tahan tengok bersepah.. sebakul dah masuk stor. Taaapiiii... yang sebakul ada ni pon kenapa sama jer penuh rumah hah?

Ok bukan nak cerita pasal rumah sepah sebenarnya. Nak citer pasal diorang last-last sekolah.

Kebetulan Kak Ngah besdey bulan 10. So tadika dia tu memang tiap-tiap bulan ada 1 hari sambut besdey. Sebab memang cikgu sekolah dah bagi tarikh sambutan tu siap-siap, so bolehlah prepare goodies bag tu awal2 sikit. Cumanya.. tertanya-tanya je jadi ke idak tarikh tu. Sebab 2-3 hari barulah dapat surat dari sekolah mintak mak pak sediakan cake, food & goodies bag. Amboih kemain demand kot haha.

Cake & goodies bag tu Alhamdulillah setel. Tang food tu... krik krik krik. Nak fikir nak bangun goreng bihun.. pukul berapa nak start? Pukul 6 pagi dah kuar koje. So... food is yellek. Hahaha.


Ini je mampu orderkan.. benarnya nak order stail rambut elsa sampai ke bawah.. tapi kedai tu tak de pulak edible elsa yang nak tu.. pastu... kena tambah duit separuh harga kek tu pulak lagi kalau nak jugak. Hurm tak pe la.. dari macam tu, baik order 2 ketui kek.. betoi dak? Hahaha dasar mak qs sangat!

Pastu mak buat lidi bagi cucuk sikit kat atas kek.. tak mo la letak lilin. Dengar2 tak elok kalau pasang api atas lilin tu pastu tiup... tapi dengar2 je.. mak tak gugel apa hukumnya.. dah dengar camtu baik la tak yah buat... tak rugi apa pon kot.



Apaknya amek cuti hari Jumaat tu sebab nak kena gi amek kek & hantar goodies bag.. 2 kotak besar la jugak.. Haa.. tu nampak tak kotak 2 bijik kat gambar bawah ni? Tu goodies bag kitorang haha.. Harap je besar tapi tak de apa sgt pon.. Nak kirim kat van sekolah bukan dia la kot... haha



Cikgu tengah susun food.. kali ni sambut kat luar.. selalunya makan kat dalam jer.. agaknya sekali buat dengan Hari Kanak-kanak.. budak-budak pon pakai baju biasa. Biasanya diorang pakai baju tadika je.. hehe rezeki Kak Ngah kot. Bayar RM10 cikgu nak belikan KFC, tapi last-last wat balik Happy Meal McD. Buat balik kotak, kemain sayang kotak tu huhu.




Papa hantar gambar kat whatsapp.. kenapa tudung tu? Bagi betulkan sikit appa weh.



Kat tadika Kak Ngah ni.. tak wajibkan girls pakai tudung. Tapi kami suruh gak dia pakai walopon bila balik dalam van berpeluh-peluh panas. Kesian memang la tapi nak bagi biasa nanti nak masuk sekolah lagi lama kena pakai, sebab sekolah pagi & petang. Walopon kuar-kuar jalan kejap pakai kejap tak masa tu. Tapi la ni, asal nak kuar je, dah cari tudung weh.. Alhamdulillah.



Haa comei sikit dah tudung tu apaknya betulkan hehe. Happy sweet 6th years old Kak Ngah. Masa ni tadika buat sambutan dah hujung bulan pon hehe.. 


Ni gambar amek dari FB Tadika Mata Hati



4 orang je October's Babies. Comey gak cupcakes tu susun macam dress kan?



Nasib baik ada gak kenangan goodies bag Kak Ngah sebab tiba-tiba  gambar goodies bag Kak Ngah hilang.. adoiii kesian mama.. design penat-penat tu hehe.


Tapi ni la yang mama buatkan kat bag Kak Ngah tu

Stiker ni tampal kat belakang



Ini tepek kat depan. Tapi bila print jadi warna merah pulak lines tu.. Kebetulan leh matching ngan sticker hahaha


Masukkan dalam paper bag ni beli kat kedai bakeri Bagus. Dalam RM11.90/100 pcs. Kalau tak silap harga la.. dah lupa. Beli siap2 yang ada base. Sebenarnya ni second time beli sebab beli yang mula-mula kat Bake With Yen warna putih.. kecik sangat pulak pastu tak de base. Tapi nasib baik boleh guna untuk Kak Long pulak.. pheww!

So itu jer lah..buat kenang-kenangan anak-anak. Walopon bila dah masuk darjah 2, diorang ingat tak ingat dah :(. Ni kes kak long la.. kitorang buatkan goodies bag masa dia tadika 5 tahun ke 6 tahun ek? Mama pon tak ingat jugak dah haha.. bila cerita kat dia sekarang.. macam ingat-ingat lupa lak dia..















No comments:

Post a Comment