Tuesday, August 28, 2012
:: Aktiviti Minggu Last Puasa ::
Yeay dapat kuar jalan-jalan ngan adik-beradik LR... dah lama tak wat aktiviti jalan sama-sama ni... selalunya abang LR tak join... tapi hari ni dia volunteer nak jadi driver :).
Mula-mula kami terjah ke MidV. Wahhhhh tidak jem!! Maybe ramai orang pegi ke Jalan TAR kot. Sebab tu area MV tak jem kat luar parking tu. Tapi bila masuk parking tetap lah penuh ngan keta huhu.
Misi utama kuar adalah mencari kasut raya TokMa. Malangnya tak berhasil carian kat MV. Last-last kat Jasko rumah lama gak jumpa yang berkenan tu.
Bila pusing-pusing tu, Cik Adelya nampak pulak budak-budak duk pegang belon. Haruslah dia pon 'nak elon.. nak elon'.
Haruslah mama layankan sebab free jer ekekekek... Dapat 2 sekaligus belon free. Tapi bawak balik umah semestinya yang heart tu. Tak koser nak memenuhkan kereta dgn 4 belon. Tapi yang paling risao jika meletup belon2 tu lam keta.. tak ke terkujat masing-masing. Dah ler LR ni akan terkejut amat jika bunyi belon pecah.
Cantik belon dari Tao Thong Group ni (ntah sapa punya grup ni haha). Jarangkan dapat jenis heart yg free ceni dok?? Kalau nak cari belon cam ni untuk buat birthday party kat mana ada ek??
Last-last dah tak jumpa kasut TokMa tu, haruslah naik ke tingkat 3 MV... Bata tengah ada sale! Nah tengoklah tu masing-masing berplastik-plastik borong kasut HAHAHA
Dan orang yang paling tak sabar-sabar nak pakai sandal baru... haruslah Cik Damya ni... inai di kaki hasil kerajinan Umi melayan... selalunya pon memang umi yang pakaikan diorang inai... mamanya baru sekali jer layankan hehe
Pas setel kat BATA.... pergi pulak ke IKEA. Yeay seronok nyer dapat pegi IKEA hehe. Dari saja jalan-jalan, dah terbeli mangkuk besar, mangkuk kecik, sudip dll dah. Masa ni Cik Adelya tido dari dalam keta... pastu masukkan dalam troli IKEA, alaskan dengan bantal, sampai balik dia tak jaga. Selesa bebenau kot tido dalam troli tu.
Dan tak lupa juga karipap IKEA wajib ditapau bawak balik untuk berbuka puasa.
Pastu, singgah pulak ke Param TTDI (kot). Abang LR cakap ada gerai popia yang beratur panjang. Jadi haruslah nak rasa sedap ke tak kan dah orang beratur panjang-panjang tu mestilah ada something. So gigihlah kami 3 beradik amek shift beratur. Rasanya dekat sejam gak beratur!
Hurmmm.... tapi rasa dia biasa-biasa jer... lagi sedap popia dari Param Paroi yang umi belikan. Oklah tahun depan tak der nak beratur panjang-panjang dah kalau pegi lagi kat situ hehe.
Memandangkan ES tak ikut kitorang (dia sibuk kemas rumah) so kitorang pon tapaukan jer nasi ayam, nasi kerabu, nasi dagang, kuih-muih dan berjenis-jenis air untuk buka sama-sama kat rumah. Ngam sampai rumah banyak masa lagi sebelum azan bunyi :)
Esoknya pulak terjah ke 2 bijik Jasko & PKNS Bangi... aduh melepet kaki penat berjalan sambil berdukung.
Selagi tak raya selagi tu tak abis membeli kan?? Hari ni dah 10 Syawal pon. Tahniah kepada yang dah abis puasa 6. TokMa baru nak start hari ni.
Oklah babai.
Kat reko sentral kajang bangi ada Party Shop. Segala jenis belon ada, party items, helium, mascot, costumes, banner
ReplyDeletewww.facebook.com/glowingpartyhouse
sederet je ngn econsave bangi. Tq