Tuesday, August 28, 2012

:: Salam Aidilfitri Dari LR ::


Assalamualaikum,

Eceh tajuk macamkan esok nak raya ye.. walhal udah seminggu Syawal tiba.. baru terhegeh-hegeh nak ucap SHRMZB eks.


So inilah my little family... dengan bertemakan baju sedondon kaler kuning gold.



Gambar tak cun sebab pakai kamera aipong jer. Tak der gambar dari DSLR tahun ni :(. Sebab tu lar muka LR tak berapa nak cerah hahaha.


Banyak-banyak persediaan baju raya (baju kurung) yang last minute selalunya.. tahun nilah yang terpaling last minute hehe. Esok dah nak raya baru pegi cari baju kurung kaler same ngan baju ES. ES dah beli baju melayu dia dalam seminggu sebelum raya kat depan Maju Junction. Ni pon sebab LR bukak booth kat situ kan.. so dah riki-riki lah.


Sebenarnya mula-mula LR malas nak beli baju kurung, pakai jer baju kurung masa kawen sepupu LR bulan 2 ari tu. Elok jer lagi sebab baju kurung budak-budak ni LR jarang pakaikan hehe. Cam susah pulak nak berlari ke hulu ke hilir ngan kain tu...


Tapi bila Damya dah pandai merequest nak baju kurung baru... alahaiiiiiii terpaksalah mama papa pegi carikan. Buatnya tak beli kang, mao tak raya pagi raya tu kang HAHAHA.


Alhamdulillah, akhirnya (dah tawaf 1 Melaka Sentral sebab MIL kata banyak kat situ) tapi yellek. Kaki dah letih, ambil jer keputusan kuar dari situ pegi cari kat Tesco ke Giant ke. Tapi odw nak kuar, ternampak ada khemah jual baju kat tepi parking Melaka Sentral, terus berenti.


Maka jumpalah baju-baju ni... semuanya dah tinggal last pair. Nasib baik ada. Ngan LR sekali dapat baju raya HAHAHA. Tapi Damya punya ada saiz besar sikit... belasah jer lah. LR nak lipatkan tangan baju.. uishh tak mo dia kata nanti tak nampak batu-batu tu huhu.


Tahun depan Insya Allah LR nak belikan diorang kebaya lak. Tapi tak mo beli yang ada sulam-sulam tu sebab jarang bebenor bajunya. Sheksyi anak LR kang. Damya pon cam nak jer kebaya bila LR telek-telek kat dalam Melaka Sentral tapi sepasang RM70 lepas diskaun! Erkhhhh. Harus cari alasan kukuh ---> tak der saiz kakak tu, semua saiz kecik. HAHAHA sibbek berjaya. Phew!


Dah dapat baju, kenalah cari tudung pulak. Cik Damya nak pakai tudung katanya. Tak nak yang ada awning. Nak yang ada serkup tu. Ok zass ke kedai jual tudung dalam masa-masa kecederaan. Kedai dah nak tutup dah. Diorang pon nak balik masak la. Esok kan dah nak raya.


Alhamdulillah, ada tudung yang kaler ala-ala tu... ada 2 lai pulak tu. Teruslah belikan. Tapi Cik Adelya ni pulak, asal LR masukkan serkup tu, dia cam nak termuntah. Kang tak pasal muntah, musnah kesedondonan kami kang... biarkan jer lah dia ngan rambut dia tu hehe.




Sebenarnya oke jugak beli last minute sebab kita dah tak yah nak fikir-fikir sangat.. asal jumpa jer terus beli HAHAHA. Tapi kalau tak der stok, masak lah kan? Apa-apa pon... SHRMZB dari www.lidarahim.com



No comments:

Post a Comment