Tuesday, December 8, 2015

Hari Anugerah 2015 Kak Long

Assalamualaikum

Ok ni last entry. Mata mama dah berpinau update blog.

Maaf lah adik Rania, asek cerita Klong & Kngah je eks.. nanti citer awak pulak.

Minggu last, semua sekolah pon nak pulun wat Hari Anugerah. Ni Kak Long kena datang sekolah agama & sekolah kebangsaan. Nasib baik tak sama waktu.

So mama papa amek cuti 2 hari sebab hari 1st tu Kak Long kena datang raptai SK. Van memang start cuti dah. Daddy pulak ke Ostolia.. tidak haruslah jadi mangsa kena hantar amek Kak Long hehe. Selalunya macam tu la.. kalau ada apa-apa kat sekolah, selalu jugak kacau daddy diorang keje. Mintak jadi wonder pet. Terima kasih Daddy. Jasamu dikenang.

Masa hantar raptai tu, mama follow jadual yang cikgu bagi je la. Katanya pukul 8. So 7.58 baru sampai kat sekolah. Taapiii budak-budak dah siap berkumpul ngan cikgu-cikgu dah.. haha nasib la Kak Long. Pastu janji siap pukul 10.30, mama datang amek, tak siap lagi. Maka tengoklah sekali raptainya tu sampai pukul 11.15. Kak Ngah pulak papa gi amek.

Petang pulak, Hari Ikhtifal SA.

 Hiasan pentas tak nak kalah gak sekolah agama ni hehe



 Guna hp jer amek gambo + tangan gego memang kena redho je lah kualiti dia kah kah kah




Terima kasih ustaz ustazah yang mengajar & mendidik Kak Long sepanjang 2015. Jumpa lagi di tahun 2016.




 Tahniah Kak Long.. walopon tak dapat top 3, (dapat no. 9 rasanya) tapi dapat matapelajaran Tauhid terbaik.. Alhamdulillah. Malu-malu bila suruh amek gambar atas pentas usai majlis.. grrr. 


Masa ni mama papa & kngah adik pon datang. Tapi masing-masing buat hal.. adeh stress mak! Duduk lama-lama dalam tu, ajak kuar pulak. Pastu ajak masuk. Yang adik pulak tengok ada budak makan gula-gula.. dah tak senang duduk. Terpaksa mama mintak kunci keta ngan papa gi kedai beli gula-gula. Pastu bila Kngah tao tak ajak dia, ngajuk pulak dah.. haha fenin btoi. Janji balik singgah Speedmart beli air milo baru ada senyum.


Pas abis gula-gula, si adik ni berzikir nak gi umah abi pulak. Adeh dik.. apa hal ni?? Last-last ajak balik. Tak sempat mama nak tengok Kak Long buat persembahan nasyid. Nasib baik papa amek video. Masuk keta, terus lena pulak si Rania ni.. patut la buat hal.. ngantuk upanya.


Pas hantar diorang.. mama datang balik. Nasib baik sempat tengok Kak Long amek anugerah.. pheww lap peluh. Gitulah kesahnya. Esok rasa tak nak bawak je diorang ni gi SK. Tapi adik mana boleh nak tinggal? Kngah tak ikut sebab hari Jumaat tu last day sekolah & ada jamuan besdey.

Hari Anugerah SK pulak.

Memang trend kot hiasan bulat-bulat tu ek?



Nampak tak Kak Long tu? Tengah beratur nak naik pentas.





Hadoi.. maaf la Kak Long.. gambar ni amek guna hp papa tapi mama pegi zoom.. tak tahu naper pulak jadi macam ni.. redha je lah ye. 




 Dapat sijil & baucer RM10 dari Czip Lee.. Alhamdulillah. Dah guna baucer wat beli buku tulis Kak Long & Kak Ngah dah hehe. Nanti mama bagi RM10 untuk Kak Long beli apa-apa Kak Long nak ye. Guna baucer tu sebab takut expired nanti.. rugi lak.


Tahniah lagi sekali Kak Long. Tahun ni dapat tempat sama macam tahun lepas gak. No. 5/41 haha. Nasib baik la sekolah ni baik hati bagi hadiah sampai no. 6. Keseluruhan no. 9/161. Tahun depan naik kelas kena tingkatkan lagi usaha ye. Tahniah jugak sebab dapat jadi pengawas selepas 2 tahun pegang jawatan Ketua Darjah. Walaupun mama tak berapa suka Kak Long jadi pengawas sebab nanti letih kot.. tapi dah Kak Long suka, ok lah.

Nak kena interbiu pulak nak jadi pengawas ni.. kena datang awal ke sekolah. So daddy la jadi wonder pets tolong amek & htr ke sekolah. Nasib baik dapat jadi. Berbaloi la jugak daddy hantarkan tu hehe. Tapi yang tak sedapnya.. mama baru je berkira-kira baju sekolah Kak Long tahun depan beli tambah sepasang jer sbb yg tahun ni elok lagi... sekali dah jadi pengawas ni kena beli baru semua.. glurpppppp...

Cikgu pulak siap bagi surat suruh beli kat kedai Professor sebab nak bagi seragam warna.. fuhh berpeluh dah dengar sebab kat kedai tu kalau selai baju dia pon bukan calang-calang harga. Telan ailio banyak kali sebab terpaksa beli gak la kat situ.. hua hua hua.

Baru fikir dapat berjimat dah kena lagi banyak nampaknya. Redho je lah.


No comments:

Post a Comment