Tuesday, December 8, 2015

Hari Graduasi Kak Ngah

Assalamualaikum

Hai hai hai... its me again & again. Kita hadap blog je lah hari ni.

Hari Graduasi ni buat kat tempat sama macam tahun lepas. Ok tao tahun lepas pon tak de wat entry. Yang best nya entry Hari Graduasi Kak Long masa tadika dulu pon tak sempat masuk blog okeh.. haha teruk benar mak korang ni.

Buat kat dewan dekat sangat ngan umah. Kat dewan ni jugak buat hari sukan. Seronok gak la sebab dekat sangat2 ngan umah hehe. Tadika Kak Long dulu aseklah buat kat Bangi je. Tercungap-cungap gak la nak kejar masa ke sana haha.





Gambar dari FB TMH. Tahniah.. dekorasi tahun ni ada umphh.

Pelajar 6 Tahun menyanyikan lagu Yakin Boleh & Your Mother by Yusuf Islam.

Kena pakai suar hitam & kemeja putih. Nasib baik tak ikut kata Kak Ngah.. dia nak mintak belikan sarung tangan putih & inner pink. Nak cari sarung tangan putih pon bukan senang-senang nak jumpa nak oi... nasib baik tanya cikgu dulu sebelum pegi cari. 

Sebenarnya sarung tgn & inner pink tu untuk persembahan Aci-aci Buka Pintu & apa ntah lagi 1 lagu. Dia tak involve pon wakakaka.. 

Majlis bermula pukul 9 pagi.. abis 10.30. Kejap sungguh! Sampaikan Kak Long ngajuk sebab pagi tu kitorang suruh dia gi latihan Taekwan Do sebab minggu depan ada ujian. Ingatkan sempat la papa amek dia dari sekolah terus datang sini.. tapi by the time dia sampai, konsert pon abis hahahadoiiii... 


Tadika ni pulak kang.. dia tak bagitahu awal-awal keputusan peksa budak-budak ni. Aku siap sms tanya bila tao keputusan.. katanya hari isnin iaitu selepas hari anugerah ni setel. Ok so tak tahu la Kak Ngah dapat nombor berapa.

Bila nak umumkan anugerah bagi pelajar tahun 6, mak macam biasa la berdebo-debo. Apaknya duk rilek sembang ngan kawan dia. So bila dengar nama anak dipanggil, tak dan nak snap gambar sebab hp si Rania tengah main. Alhamdulillah Kak Ngah dapat no. 1. Masa peksa tengah tahun ritu, dapat no. 8/12. Syukur Alhamdulillah. Memang tak expect tapi mengharap tu mestilah ada. Alhamdulillah.






Bergambar bersama Pengetua & Guru Kelas, Pn. Norriah & Cikgu Na.


Dengan Cikgu Na.. nama penuh mama tak tahu opss. 


Cikgu Linda. 


Tangan gegor.. grrr



Masa ni papa gi amek Kak Long. So selpi seniri. Lebar sangat lah mama tuh




Happy face! Tahniah Kak Ngah.


Gambar beramai-ramai tak de sebab as usual, kelam-kabut. Ngan Kak Long pon ngajuk kan? 







Tamat lah sudah Kak Ngah bertadika. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Pengetua dan guru-guru yang telah mengajar & mendidik Kak Ngah atau cikgu-cikgu panggil Julia Robert ni. Terlebih terkurang mintak dihalalkan ye.








No comments:

Post a Comment