Info :)

Friday, October 29, 2010

:: Pernah Tak Korang Rasa Macam Ni? ::


Assalamualaikum.... ada yang sama cam aku tak?


Senario Pertama

duit duit duit


Bila kita tengok direct-seller yang berjaya... income bulan-bulan ribu-riban... bila baca kisah kejayaan mereka, ter... yer TERtiba rasa nak buat direct-selling jugak... tapi bila join, tak bergerak ke mana pon... untung tak dapat.. yer lah kan.. kadang-kadang kalau jual kat kawan-kawan pon kawan-kawan nak beli ngan harga ahli pulok.. pas tu yang beli utk guna seniri pon berlambak.. last-last dah tak larat nak beli utk seniri sbb stok dah banyak (modal pon dah tak de.. uhuk)... lama-lama tak beli barang, otomatik ahli pon luput. Terus $*&$*(#&$ kata direct-sale tak bagus, mengkayakan orang atas bla bla bla.... tapi kenapa pulak ada yang masuk selepas kita boleh berjaya? Fikir-fikirkan.



Senario Kedua



DLSR vs compact cam vs hp cam


Bila jumpa / tengok kisah kejayaan pro photographer dengan hasil tangkapan dan hasil $$$ sekali amek gambar yg pheww terus meleleh air liur *ini tipu utk sedapkan cerita*. Dan-dan tu rasa nak pegi menontot 'elmu pengambaran. Tapi nan ado!  Kat situ-kat situ jugak camera berabok campo ngan malas nak bawak camera besar gabak tu ke hulu hilir lagi. Adoyai kalau kelas takmo pegi, nak belajar seniri pon payah... cene lah nak berjaya kan?



Senario Ketiga 

Bila tengok orang langsing jer... ok ni memang orang biasa-biasa ye.. bukan model ke artis ke... tertiba (lagik) rasa tamo makan dah untuk hari tu... tapiiiii lom sampai tengari dah duk pikir nak makan apa tengari kang... adeh! Azam untuk kurus di bawa ke esok pulak (yg ntah bila punya esok)... tsk. Oke tak leh cara diet, dengar lak citer orang pakai koset leh kuruih.... terusssssssss selongkar lemari, jumpa balik koset yang lama dah beli (dah lama x pakai tu). Pakai pulak sehari payah lak nak wat aktiviti harian... yang paling seksa time nak pakai & bukak cangkuk kat belakang... kalau sesorang diri memang berpeluhlah.. terpaksa mintak orang len tulunkan... hmmm terus esok tak pakai... grrrrr.


i want to have a nice body but not as much as i want dessert



Senario Keempat

Bila dah celik IT sket, ada belog pulak. Jalan-jalan, singgah-singah, jenguk-jenguk belog orang, tao pulak pasal boleh buat duit dengan belog.... tersembul jap bijik mata *tipu lagi* tengok ada yang dpt ribu-ribu tiap bulan dgn berbelog jer... hehe dan-dan tu cari tips cam ner nak upkan traffic... duk baca punya baca... alih-alih belog seniri cam tu gak.... rupe diari jugak... jugak tak ramai yang jengah... HAHAHAHA.



if you didn't write it down it didn't happen



Pendidikan Moral



how to get what you want is to know what it is that you want


Hmm ingatkan nak stop sini jer tanpa buat rumusan moral of the story... tp kang ada yang buat demonstrasi jalanan pulok kalu tade moral bagai nih.. GAGAGA. So moralnya.... kalau nak mudah, jadilah diri seniri jer. Tapi kalau nak senang macam orang yang berjaya, kenalah buat dengan bersungguh-sungguh... sebab pipih tidak datang melayang, _______ tak datang bergolek *eh macam salah jer falsampah tu* belasah je ye.. teettt... sila isi tempat kosong tu yer tak ingat lak perkataan ape yang bergolek kat situ.. thee hee hee... JANJI kena bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu pekerjaan yang kita ceburi... sekianz.


nota kaki : senario di atas tu aku tujukan kepada aku jua... tiada kaitan dengan orang sekeliling kekdahnya...



[kredit gambar to weit]


Wednesday, October 27, 2010

:: Talha, Lim dan Islam ::



Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.



Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku  jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.



Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.



20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami  rasakan.



Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.



Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.


Assalamualaikum...


Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.


'Ini  dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.


Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.


Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...


Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?


Kalau kau kawan baik aku, kenapa kau biarkan aku diseksa?


Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?


Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di  Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?


Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.


Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?


Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.


Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau di dalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.


Aku masih tunduk dan  tidak terkata apa-apa kerana sangat malu.


Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang Melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa Melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?


Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.


Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk  untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.



Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?


Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.



[by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am]




Tegur aku jika aku mulai sombong…
Tegur aku jika aku mulai angkuh…
Kerana aku masih sangat perlu sahabat seperti kamu…
Hari ini, esok dan selamanya……



:: ARE U THAT LUCKY ONE..???GIVEWAY"


Assalamualaikum....



Princess Tihah & Prince Irham



Comel-comel tak adik-adik berbaju ladybed kat gambar atas tu?? Haa nak habaq mai... mak adik-adik ni tengah bermurah hati nak bagi hadiah sempena umoq blognya setahun jagung gituu... so jom try our luck!



Hmm memula macam tamo bagi link dia, takut aku lak tak dapat hadiah tu kalau ramai-ramai masuk... vavava acah jer... klik situ yer kalau nak tao syarat-syarat penyertaan... That Something About Me...





acik ada kepit ladybed ni.. comel tak tihah?? kalu tihah nak ehem ehem acik lar eks? opssss larikkk!



Giveaway ni tamat pada Hari Raya Haji ni tao : 17/11/2010.
 


Tuesday, October 26, 2010

:: Berjasko Bertiga ::


Assalamualaikum,



Semalam first time aku bawak Damya & Adelya ke Jasko (bertiga).. sibbek jasko tepi umah jer... idak ler mencabar jiwa raga. Sebelum-sebelum ni memang tak berani nak bawak Adelya kalau TokMa / Papa tak ikut. Dah hari-hari pegi jasko... tak de sape nak layan Kakak oi! Kalau nak bawak Adelya, takkan nak bawak keta pegang dia sebelah, pegang stereng sebelah kan? Memang car seat tak de. Tapi semalam macam kesian jer kalau tinggalkan dia kat umah.



So, aku pon letak jer Adelya kat seat sebelah depan, duduk sama-sama ngan Damya, siap pasangkan seat belt ko... hahaha kelakar pon ada bila tengok. Tapi yang best tu (yeay leh buat lagi pas nih) Adelya ok jer... agaknya nak berjalan punya pasal... pakai belt pon pakai lah... hehe.




sebelum apa-apa, jom pinjam stroller jasko dulu... Damya pon leh jer duduk cenih atau berdiri kat blkg, senang byk keja mama dorang.. vava




untung naik kuda nih, masukkan singgit, tapi dpt naik 3 org budak...




pusing jugak kepala mak budak ni, duk menfollow je takut jatuh... tengok tu, muka takde perasaan jer walopon dapat naik belakang singa... aummm!




naik bas ni pon untung gak... sebab dapat naik seramai boleh (kalau anak ramailah.. vava)




Damya otomatik pegang Adelya cenggini tanpa disuruh... hmmm



cak!


Tapi masa nak balik, Adelya sebut 'cucu'... alamakkkk... aku leh lupa bawak... wakakaka... sibbek 5 minit jer dari rumah... leh la nyanyi2 lagu tepuk amai-amai rama-ramai.... sibbek berhasil gak.





:: Lucky Draw - Give Away dari Lily & Auz Homemade Choc ::




Assalamualaikum...

Saya nak join! Manalah tao dpt merasa coklat-coklat yang cun-melecun macam kat bawah ni kan? nyummm.




Korang nak join tak? Bukan susah pon syarat-syarat dia... jom jengah sini http://lilyauzhomemadechocolate.blogspot.com/


psstt : Pn. Lily, hadiah dari BJMM ni sila tungguuuuuuuuuuuuu je ye... akan menyusul tak lama lagi (lom post lg.. gegege)








Monday, October 25, 2010

:: Lawatan Ke KLRCA ::


Assalamualaikum...


Lawatan ke KLRCA = Kuala Lumpur Regional Centre Arbitration, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Full stop. Malas nak hurai lebih-lebih apa KLRCA tu... hahaha boleh tak? Tak boleh? Lantak sana. Kalau nak taw sile gugel seniri. Aku kena masuk miting yg tiba-tiba lak nih. Layan gambar jer yek... zasssssssss.


 Cara-cara yang telah diatur (aturcara)



Sambil-sambil menunggu bas yang sepatutnya datang



 Ting! Dah sampai!



The Intro & The End



 Singgah sini sambil-sambil tunggu bas datang untuk balik



 Ada Promosi Kraf Tekstil 2010. Tapi hari ni dah last day.



Sini banyak jual baju batik dari Kelantan & Terengganu.. tapi tak sangka cadar pon ada batik gak... Sapa berkenan sila pergi cepat sblm pukul 10 malam ni... kang dah tutup nyesal lak.



Bajet cumil kat atas buaian



 Jom blah tanpa buang duit kat situ... haha dasarrr!



Akhernya naik bas free round-round sekitar Jln Bukit Bintang... opss sila jangan percaya. Tak de round mana pon, dah tu je jalan yang benar untuk balik opes... kiskiskis


pssttt : dah keluar dari miting pon totap malas nak menghurai. sekian.

Sunday, October 24, 2010

:: Final Piala Malaysia : Kelantan Bertemu Semula Negeri Sembilan ::

Yeehaaaaaaaa.....

Akhernya Kelantan menang lawan Kedah tadi. 1-0 setelah seri 0-0 di Kedah baru-baru ni. So akan bertemu dengan Negeri Sembilan di pusingan akhir Piala Malaysia pada 30/10/2010 di Stadium Bukit Jalil.




Td N.9 lawan Johor FC menang 2-0 setelah dibalun oleh Johor FC 0-1 baru-baru ni... tapi N.9 layak dgn agregat 2:1 kerana bermain di tempat lawan... haha aku pon baru tao jer centu perkiraannya rupenye... 


Tahun lepas Kelantan bertemu Negeri Sembilan jugak dalam final dgn kekalahan 1-3... tapi tahun ni harap-harap dapat menebus balik maruah Gomo Kelate Gomo ye *eceh*.


Kepada penyokong Red Warrior... tolonggggglah... tinggalkan dulu semangat pendekar kat rumah yeh.. ngeeeee.... opss!



Friday, October 22, 2010

:: Lucky No. 777 Itu Milik Lily... Tahniah! ::

Salam Jumaat kepada semua pengunjung BJMM,


Hohoho macam gempak jer enausmen tu kan??




So itulah orang yang bertuah... tengok kat masa tu saya dah lena tu.. hehe. Terima kasih kepada Lily (comel2nya coklat awak buat tu) kerana alert dgn nomot tu, sori lar lambat nak inform... kalut buat contest Jom Shopping Kat Rizi Biz Shop & ada keje sket td... anyway untuk menunjukkan bukti 777 tu, aci tak kalau awak buat jer entry & tepek je yg awak save tu pastu saya jengah je kat sane... ehehehe.



Tapi kalau rasa susah... emelkan bukti tu pon boleh jer.... axelida@yahoo.com
Bagi details nama, alamat dan no. tipon utk saya wat penghantaran hadiah yg tak seberapa tu... hehehehe



[kredit : weit]


Sekali lagi terima kasih diucapkan. Kepada yang lain-lain, jangan risau... nanti kuar nomot len lak hokeyh? hak hak hak... ada yg kesah??

Thursday, October 21, 2010

:: Lagi 48 Orang Visitor Utk Ke Lucky No. 777 ::



Assalamualaikum,


Gegegege... nape lak aku pulak yg cuak ni? Sebabnya hadiah lom ada lagi... *dush*


Tapi dah ada idea dah nak bagi ape kat visitor yg bertuah no. 777 tu.... tapi kena tunggu dulu lah ada orang claim ke tak kan?? Kalau tak der... leh bawak ke nombor yg seterusnye.. horrayyyy!!


Tungguuuuuuuuuu jer lah ada ke tak? ngeh ngeh ngeh.




Lucky Number


Balik dulu... c uols esok... mcm nak demam pulak nih! jgn teruk sudeh.

:: Jom Shopping Kat Rizi Biz Shop ::


Kalau ada orang bagi uols duit RM1000... pas tu soh pegi abeskan duit tu.. ape korang rase?? Pastu dapat pulak pakej percutian bernilai RM500... umangaiiiii syiok bangatttt.... tapi yg RM1000 tu sila berangan jer ye.. yg tu kena spend kunun-kunun utk shopping produk-produk kat RIZI BIZ SHOP je tao...

sebelum apa-apa... jom nyanyi dulu...
♫♫ en. ben.... rizi-biz shop! bergabung... menggegar dunia!! ♫♫
Tak perlu nak bodek en. ben lebih-lebih... tak de markah bonus pon kan? hahahahah larikkk*pegi shopping kat RIZI BIZ SHOP lah ape lagi*


image

kalau nak join, klik jer banner en. ben tu... 


So inilah soalannya... jom perabih duit ;p ;p... eh rasa-rasanya masa saya buat post ni semalam, ada 2 jer soalan kan? phew betullah kata en. ben, syarat-syarat akan berubah dari masa ke semasa... so kena edit balik post ni.. hoho ada can repair ape yg patut *wink*


SOALAN 1

Anda diberi RM1000 , sila habiskan duit itu dengan membeli belah produk produk yang terjual di RIZI BIZ SHOP


Saya rasa ramai belum tahu dengan kewujudan RIZI BIZ SHOP ini kan? Mari dekat... mari dekat (ala-ala gaya Sheila Rosly gitu) saya akan terangkan serba-sedikit mengenai kedai ini.


RIZI BIZ SHOP ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 08 Disember 2009. Operasi RIZI BIZ SHOP ini adalah secara 2 hala iaitu boleh datang sendiri ke kedai mereka di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi atau secara atas talian di http://rizi-biz.com. Untuk pembelian online, bayaran boleh dibuat melalui 3 bank utama iaitu Maybank, CIMB dan Bank Islam. Manakala tempahan produk-produk akan dihantar menggunakan perkhidmatan City-Link dan Pos Malaysia. Memang mudah bukan?


Ok apa tunggu lagi? Jom ronda-ronda dalam kedai RIZI BIZ SHOP.


Memula sekali saya terpandangkan produk ini.


I-Charge by ZEROMAX Japan. 



 Nak cari produk yang boleh menjimatkan duit anda? Inilah jawapannya! Tengoklah betapa uniknya produk ini... macam-macam ada... tapi yang paling terpesona adalah kerana ia dapat menjimatkan minyak... hehehe bolehlah ronda-ronda makan angin selalu kan?



Haa sila tengok betul-betul, siapa yang dah pakai I-Charge ni? Datuk Rock Malaysia! (opps bukan darjah kebesaran tapi datuk yang ada cucu.. hehe). Pheeewitttt!!!! Nak baca pasal testimoni lain dan harga sila klik sini.


Pas tu nampak pulak produk idaman!! Macam-macam jenis ada... dari minuman hinggalah ke pakaian. Tepuk dada tanya selera.. hehe.




Produk Herba pun banyak pilihan! Antaranya :-




Detox Foot Patch


Detoksifikasi adalah proses penyingkiran himpunan toksin yang terkumpul di dalam tubuh badan terutamanya di hati, kolon, ginjal,darah dan sistem limfotik. Tubuh manusia secara fitrahnya mempunyai kekuatan dalaman yang mampu mengawal kesihatan diri, tetapi mekanisme ini tidak akan berfungsi apabila tubuh anda telah dilonggokkan dengan terlalu banyak himpunan toksid. Keadaan menjadi semakin serius apabila toksid ini tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna dan badan juga tidak mendapat zat nutrien yang secukupnya (40 jenis nutrien). Maka dengan penggunaan Detox Foot Patch secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.


Fuh kalau nak senarai kat sini, memang berjela-jelalah... so kalau korang nak tengok apa lagi yang ada... pegi jer ke http://rizi-biz.com.


SOALAN 2

Anda perlu catatkan semua perbelanjaan anda seperti berapa jumlah unit yang anda beli  , perlu teka setiap harga barang tersebut dan mengapa anda pilih barang tersebut .. CATAT , JUMLAH UNIT DIBELI , TEKA HARGA SEUNIT ,  ALASAN

 Tengok punya tengok, tak jadi pulak beli I-charge... hahahha sekali-sekali shopping untuk diri sendiri adalah sangat bagus rasanya... kereta tu asik dapat jer barang dia kan?? huh! So inilah.....


 klik gambar untuk pembesaran


Nota : Jumlah kesemua produk dibeli ialah 6. 5 produk yang dibeli adalah untuk kegunaan sendiri.. 1 produk untuk kegunaan anak-anak. Untuk suami? Semua di atas (dapat isteri yang meletop dan ruam anak-anak? tiada lagi).



SOALAN 3

Jika RIZI-BIZ SHOP ingin menjadikan sesuatu produk sendiri, apakah produk tersebut dan berikan alasan.

Wah yang nih susah sikit nak fikir. Bergantung kepada modal sesebuah syarikat. Mungkin pada permulaan RIZI-BIZ SHOP boleh membuat pes/jus minuman sendiri. Untuk promosi permulaan, setiap pembelian produk-produk dijual di RIZI-BIZ SHOP, pelanggan boleh membeli pes/jus minuman ini dengan harga yang murah (Purchase With Purchase).



SOALAN 4

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara terbaik untuk mempromosikan  serta menaikkan ranking sesuatu website?

Salah satu cara terbaik adalah dengan mengadakan contest seperti ini secara online (kos pengiklanan paling murah saya rasa). Cara lain lagi adalah dengan membuat iklan di dalam suratkhabar utama berkenaan RIZI BIZ SHOP dan meletakkan alamat web untuk keterangan lanjut.



SOALAN 5

Apakah jenis produk yang tidak dijual diblog RIZI-BIZ SHOP jual dan sepatutnya dijual . Berikan sebab..

    Produk yang tidak dijual di RIZI BIZ SHOP adalah produk untuk kegunaan ibu-ibu di dalam pantang. Pada pendapat saya, RIZI BIZ SHOP patut menjual produk-produk ini kerana bakal-bakal ibu boleh membuat perbandingan produk dan harga antara produk-produk yang terdapat di pasaran sebelum membuat untuk keputusan untuk membelinya. Sekadar menyebut beberapa nama seperti Sendayu Tinggi, Mustika Ratu, NR dan Leesa Formula.




    Set Bersalin


    Untuk makluman korang yang nak join gak... tarikh tutup adalah 30.10.2010... so cepat-cepat!!

    Update : 22.10.2010

     

    :: Lucky Number ::

    ini adalah s.t.i.c.k.y  p.o.s.t sehingga orang ke-777 dikenalpasti.. jeling-jelingkan! 
    entry terbaru otomatik kat bawah entry nih!


    Salammmmm...





    since aku dpt tangkap no. 666 ni, so dgn ini aku mengumumkan... 
    raya haji jatuh pada hari rabu kepada sesiapa yang masuk sini, jeling-jeling lah sidebar belah kanan tu ye.. kot2 terkena no. 777, sila tangkap dan habaq kat cheq nooo... maybe nak bg something kat kamoo kalau ada rejeki lebey... hahahaha.



    tata... baik aku blah cepat2