Info :)

Friday, August 27, 2010

:: Walaupun Dah Kena Ikat........ ::



......... Mesti 'dorang' tgh ketawa gumbira walopon tgn n kaki dah kene ikat sepanjang bln Ramadhan Al Mubarak ini. Sebabnya :-

  1. Masih ada pengikut dorang yg sanggup dera/buang anak merata²
  2. Masih ada pengikut dorang yg curi² mkn di siang hari (lelaki yg gagah perkasa)
  3. Masih ada pengikut dorang yg beli nombor kat kedai 4D, toto dll
  4. Masih ada pengikut dorang yg berpusu² memenuhkan kelab dangdut/berGRO dll
  5. Masih ada pengkikut dorang yg mencuri/mencopet harta orang lain

 :: gambar dari gugel ::


Kes mencopet duit orang nih, baru jer berlaku semlm kat salah sorang kawan opes aku. Hmm nak kata kena folo dari bank, dia wat kuar duit (RM1k lebih) kat Bangsar. Kejadian tu berlaku masa beliau sedang tengok² tudung kat Jln Tar, dan br sedar wallet takde semasa nak buat bayaran. So bayangkan... tgh nak beli barang dekat² nak raya nih... tiba² duit dah hilang... huisshh sungguh kejam sape yg buat tu... penjual kat kedai tu kata dia mcm perasan pencopet tu kelam-kelibut blah dari kedai dia. Pencopet tu adalah seorang wanita jugak.



So utk ingatan aku dan jugak korang, berhati²lah semasa membeli-belah. Sebabnya tak kira bila masa kaki² pick-pocket ni akan sentiasa mencari peluang...  



"Ya Allah... aku mohon dariMu agar dijauhkan perkara² buruk berlaku ke atas diriku, keluargaku dan juga sahabat²ku.. Aminnn Ya Rabbal Alaminnn"



Wednesday, August 25, 2010

:: Yeay Dapat Duit Raya - RM500 dari PM ::

Assalamualaikum...



Syukur Alhamdulillah dapat gak duit raya dari Tok Najib hari ni. Baru je diumumkan. Baru lah terasa nak raya.. hehehe.

Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal.


Tak caya, tengok sini.



:: Air Tebu.. Fuhh Enaknya Minum Masa Buka ::


Assalamualaikum,

Tempat Kejadian : PaRam Hussain Onn Cheras
Landmark Kedai :  Ada letak tebu betul kat dpn gerai dia
Kuantiti : 1 plastik (tanpa ais)
Harga : RM4 (puas ati lar jugak sbb air dia boleh tahan sedap!)


Fuhhh... aku dah buat² tak dengar bila adik jual air tu ckp pat inggit. Rasanya thn lps rm3 jer seplastik besar. Hehe tu la sebelum ni men belasah jer minum (org tulun belikan).. bila kena bayar seniri baru tao mahal murah... Tapi kan takkan makanan/minuman kat PaRam tu tiap² tahun asik naik jer kan?? Kalau tak naik pon saiz dia comey² jer.. hmmmphh




Sejak puasa ni, air nyior aku dah tak pandang... kalau ada air tebu.. air tebulah menjadi pilihan. Tapi tak selalu minum pon.. bila tak sejuk (tak abis masa buka.. sambung minum pas isyak*) barulah rasa betapa manisnya air tebu tuh... haishhh.


Eh bukan takat PaRam jer.. tadi aku pegi pejabat pos nak beli sampul ekspres.. blur jap depan kerani pos tu.. aku tercakap nak sampul ekspress dua inggit sengah tu.. kerani tu pulak wat² tanya kwn sblh le pulok... peh tu ckp kat aku sampul tu tiga inggit.. oppp dah lama benau ke aku x pg pejabat pos?? rasa²nya dulu sampul tu Rm2.50 jer... ade sape igt tak?? hehe


* baru sekali jer wat terawih bila budak ni dah beradu...

:: tgh tido pon leh silau flash kamera ye dik? ::




Tuesday, August 24, 2010

:: Kempen 1 Blog 1 Bendera ::



" Kempen 1 Blog 1 Bendera "


Owh sibuk pasal lagu raya.. terlupa pulak yg kita nak sambut Hari Kemerdekaan jugak. Dlm duk jejalan kat dunia maya karin nih, terjumpa ngan belog ini. So ok jugak idea dia (barang pon free keh keh keh) so copy n tepek je r gambar Jalur Gemilang kat belog ni.






  
Eh budak ni pon nak kibar *mendeka jugak! Eh gula²nya dah abes!


Yok nyanyi lagu 31 Ogos yok..

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka


Kalau uols tingin gak nak tepek gambar *mendeka ni.. leh klik sini.





*penggambaran dilakukan selepas Hari Merdeka tahun lepas. Umo budak ni pon br 2.5 thn ms tu.. so bila tgk bendera... dia sebut mendeka (utk merdeka)... huahuahua.


Marilah bersama² kibarkan Jalur Gemilang,



:: Jom Feeling² Dgn Lagu Raya ::


Salam uols,


Hari ni dah masuk hari ke 14 atau 2 minggu kita berpuasa. So tak salah dah kan kalau nak cerita pasal lagu raya kan?? Walaupun dalam keta si Damya asik nak dgr cd lagu raya.. tapi tak feel lagi kalau dgr tak dekat² nak raya & tak dgr dari radio, ye dok? Tadi aku duk cari koleksi lagu raya aku, ada dlm external disc kat umah lak.. haish. Kalau tak dah boleh feel² dah nih..


Lagu fave aku time nak menjelang raya, ada byk.. tapi yang nih kalau radio pasang.. mmg rasa dah dekat nak raye sangat dah... hehe. So cekidaut! Aku bagi lirik jer lah.. nak bg link lagu tak berape tawu lak.




No. 1


Dendang Perantau - Tan Sri P. Ramlee


Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

( korus )
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau


No.2

Ku Pohon Restu Ayah Bonda - Mamat

Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata…

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu 

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Kesalahan diri ku



So, lagu raya uols ape pulak??




Friday, August 20, 2010

:: Sambal Bilis Goreng ::


Salam 10 Ramadhan di hari Jumaat,



Woh nape ntah ai rasa minggu ni cam slow jer.. lambat lak Isnin nak sampai ke Jumaat. Tade pape aktvt pon hari menggu nih, lepak umah je.. maybe kalau Umi datang, tumpang raon² ngan dia, tu pon kalu ai rajin lar statement cover pdhal duit tadak lom gaji lg.. aiyarghhh.



Iklan :
Tengari tadi ingatkan nak jenguk baby Arissa kat Rawang. Kunun nak ajak Mun bawakkan. Tp dia tak drive lak time pose nih. Yerlah kannn.. nanti ada pulak yg bukak pose kat atas jalan kalau jem² naik keta. Pastu ada pulak orang baik hati ofer nak bwk keta dia jer, tp tup² dpt call dr pengasuh, anak dia jatuh lak.. haishh teruk ke?



Oke.. oke.. meh nak berkongsi resipi masak Sambal Bilis Goreng (resipi asal oleh MIL). Rasa²nya ni masakan kedua ai sepanjang ramadhan ni utk iftar (1st goreng telur dadar)  -wink-  hehehe kredit to TokMa...  sesungguhnya air tangan Ma enak² belaka, sbb itulah ore gebu, tokleh nok diet.. huhu




miss sinomosa, dah leh upload gambar guna setting updated editor tu.. yey!


Bahan-bahan

Ikan Bilis
Ubi Kentang
Cili Kering - kisar
Bawang Merah
Bawang Putih
Belacan 
Garam
Pak Aji
Gula 

Cara
1. Gorengkan kentang terlebih dahulu. Pastikan goreng lebih sket.. sebab maybe tak sempat masuk lam kuali dah abis kena kebas ngan anak²... hehe. Kemudian baru goreng ikan bilis. 

2. Tumbuk bawang merah, bawang putih & belacan. Kalau nak best jangan kisar sekali ngan cili kering tu. Tumbuk ala² jer, jangan hancur sangat.
3. Pas tu, gaulkan no. 2 di atas dengan cili kering, garam, gula & pak aji.

4. Tumiskan ke dalam minyak yang panas.. baru best dengar bunyik dia.

5. Gorengkan bahan² tu sampai agak² nak meresik (ayat orang Melaka) atau agak² nak kering, boh r ikan bilis & ubi kentang yg digoreng memula tadi tu.

6. Siap. Leh mkn lauk ni dengan nasi semata. Owh en. suami letak kicap dalam nasi. Sesuai dimakan dalam semua keadaan (berbuka atau bersahur lahhhh).


Nota : Kalau nak tukar ikan bilis kepada telur pon dibolehkan. Cumanya telur jangan digoreng.. masuk je ikut cara 5 tersebut di atas...


p/s : masa belajar kat manjung dulu, hausmate dari melaka salu bawakkan sambal bilis ni sebotol besar, pastu mkn reramai... beshhhh!!! Skang dah kawen org melaka, baru pandai wat sambal bilis nih.. hoyeyyyy!



Selamat mencobak,



Thursday, August 19, 2010

:: Ke Hotel de Palma Ampang Lagi ::



Salam,
Sebelum ni ai (i) pernah cerita kena pergi de palma hotel kan? Kalu nak baca kisah tu klik sini ye (ade orang kesah nak baca ke?).

Oleh kerana hari ni baru berkesempatan upload picas dari kamera, cerita ke bengkel (hallo.. hallo... bukan bengkel kereta ye uols... pergi cuci muka yer... ai tau korang tido lunch tadi, tengah mamai² la ni kannnn?). Ini bengkel kerja 3 hari 2 mlm kat de palma jugak (yeay i loike sebab leh makan free yg besh²).


Kali ni pemandangan dari bilik hotel menghadap ke jalanraya. Ok jugaklah, boring² leh tengok bawah. Kali ni pemandangan dari tingkat 9 pulak.


Perginya 3 hari 2 mlm yer (ai ulang lg) tapi nak tunjukkan ini semua kat uols.

|

|





Sesuai tak bawak segala macam ni kalau pergi kursus/bengkel 2 malam?? Memang kena panggil budak trolley datang hantar/jemput. Penuh 1 trolley tu.

Haishh.. nape byk sgt barang kan?? Ini lah sebabnya :




Aku angkut diorang tido hotel. Damya oklah sebab aku bawak masuk kelas, pergi makan tiap² breakfast, lunch & dinner (tapi ada ngajak balik rumah jugak tu).



Tapi sian kat Adelya terkurung jer dalam bilik dgn TokMa. Paling² tengok kereta kat jalan bawah. Oh TokMa puasa selama 2 hari tu. Hari pertama tapau nasi ayam & mee sup kat Linda Onn. Hari kedua dapat kupon free (thanks to Zamzarina.. pergh nama panjang lak) untuk bukak puasa kat bawah. Untuk sahur tapau McD & roti kat Ampang Point. Memula pg naik keta, tapi jem pulak. So jalan kaki je dari hotel ke Ampang Point. Owhh memanglah dekat jer, tapi bayangkan nak melintas jalan dengan 2 orang budak? Owh letih woo kena dukung Adelya tu (ada 9kg kot dia time tu)


Hmm, len kali kalau ada kursus/bengkel yg sampai malam, rasa malas dah nak bawak dorang ni. Nak tau naper? ai kena tido atas lantai beralaskan kain je.. adeh sakit badan rr. Pastu sian kat TokMa sebab Adelya nangis² tak mau tido (time ai ke bengkel).








:: We Create, You Decide ::

Salam,

Hye korang seme, nak design watermark tak? Eh tao ke watermark tu ape? Hehehe aku pon baru tao benda alah tu dipanggil watermark... haaa mari dekatttt... mari dekattt (intonasi mcm sheila rusli wat iklan mayonis ye)...


:: contoh watermark dr incrediblesdesign ::


So what?? Hmm benda alah ni korang leh r gunakan untuk tepek kat gambar² yg korang upload nanti.. supaya tak de org copy dgn sewenang²nyer.. sbb dah ada cop mohor.. hehe.


Kalau sape nak wat watermark nih dan byk lagi design.. pegi kat sini, ye incrediblesdesign


Aku tulun promote jer... takde saham ape² pon kat situ... sharing is caring kan... nampak cam besh² je design dorang nih (dan yg penting murah jugek)...




Dahhhhh (babai),





Wednesday, August 18, 2010

:: Update : Kenapa Tak Leh Upload Gambar Pulak Dah Ni?? ::



Korang boleh tak????? Ape hal tetiba kuar cenggini? Dah tukar format ke? Haa tgk tu aku dah x leh nak tunjuk gambar... acene kengkawan?? Korang boleh tak?????



Tengah geram,





update :

kalau korang tak leh nak upload, leh wat gini yer... trimas alot to miss sinomosa
pegi kat settings, scroll ke bawah sekali... klik kat select post editor... click old edition...

hmm, naper gambar leh jd blur pullok nih?? haiyaaaa






:: Facebook ::


Tarikh join tak ingat. Dapat jemputan dari Ir. Zamsari. Masa join blur tengok wall kosong je. Time tu takde add kawan² lagi, so senyap sunyi jerlah. Bila tenung fb tu, macam 'eh benda ape nih?'. So fb terbiar jer sampailah 01.11.2008. Upload upin dan ipin tu pon rasanya main taram jer.. buta fb lah katakannn.. huhu.



Ni pulak komen pertama yang diterima.. Kredit to Eda.. kawan masa keje sama² kat syarikat kontraktor kat kelantan dulu.. hmm sampai ke golok kitorg pegi sbb nak cari kad kawen k. nolie.. wow! p/s Lain² komen² samada membina dan tidak dari kengkawan amat saya hargai... muahhhs.



Tapi lom aktif lagi time nih. Time aktif masa balik raya kat Kelantan tahun lepas. Sebab aktif : Nak tengok gambar² Sr. Hussain blaja kat Amerika nung.. hehe. Dah abis pantang, kena transfer ke opis baru ni, ada lak line masuk fb.. yahuuu memang leh aktif secara sepenuh masa nampaknye.. wakakaka... i loike! Sebab kat opis lama dihalang kalau nak bersosiyel² ni..



So, sementelah dah aktif fb nih, ramai kawan² dari zaman sekolah rendah, menengah, diploma, opis lama, degree, opis kerajaan dll berjumpa semula kat sini. Bayangkanlah punya seronok dapat jumpa balik kawan² lama.. kalau yg ada gambar tu, ada yang macam kenal tapi macam tak kenal pullok (sbbnya dulu kurus skang gebu.. eh cop cop.. aku ngata diri seniri ke ek? erkh sila abaikan).



Sebahagian kawan² masa sekolah menengah.. rasa²nya ni hari² terakhir sekolah, yg lain² ntah mana² dah... lepas abis sekolah langsung tak pernah jumpa... dah 16 tahun tinggalkan alam persekolahan?? fuhh lamanye... tapi nape jiwa tetap rasa umo masa lam gambar ni jugek?? kweng³




Bersama kawan² seasrama kat Manjung, Perak.. baru lepas wat persembahan dikir barat anjuran blok asrama... zaman banyak main² & posing²



Aku dan Gomen bermula di sini... Sambutan Raya dengan geng² ofis lama..



Sekarang... dgn kawan² baru.. eh aku tlg pegang pinggan cameraman, tu sampai 2 tu.. haish



Fb ada game² yang beshhhhhh....

yearghh... dah ada 2 juta lam akaun.. macik kayoooo
ohnoooo... game² selain dari cafe world dah tak bleh bukak pullok 



Memang kalau logout kejap fb ni rasa macam tak tao dunia luar lah pulak.. walaupun ada twitter, tapi rasa²nya kengkawan tak ramai join.. so nak sembang ngan sape kan?? ada orang kata fb ni halal/haram.. tapi tepuk dada tanya selera... yang penting keje n fb harus berjalan seiring.. hehe.


p/s : gambar² dicedok dari album fesbok... gambar² yang takde kat sini sebab takde dlm fesbuk, ada dalam album kejung je... malas nak scan²...



Tuesday, August 17, 2010

:: BLOG LIST BEN ASHAARI ::


Assalamualaikum,

Tgh jejalan kat dunia tanpa sempadan nih, terklik pulak kepada blog Ben Ashaari ni... serious aku x sempat lagi nak mengadap cerita² En. Ben nih, tapi 1st impression macam besh... (opp bkn bodek tao En. Ben). Tengok ramai orang berebut nak msk blog list dia, so aku pon terhingin lah jugek.. ngeeee..


Encik Ben, letakkan saya dalam kategori Personal je lar yer.. sebab 2 kategori lagi (masakan & ibubapa) tu caca-marba dalam ini belog.. hehe.




so sape en. ben nih yg "muka bangla nama mat salleh" <--- moh tingok same² rupeparas beliau... (dah kawen ke lom eks... tulun tanya b/p org jer.. ahaks)


|
|
|
|
|
V



:: ade ghupe yusri kru + jimmy shanley pon ye kannnnn? ::

kalau korang nak join gak, klik sini yek: BLOG LIST BEN ASHAARI




Monday, August 16, 2010

:: Bubur Lambuk Kg. Baru + Nasi Ayam Ampangan ::

Jumaat ari tu mintak balik koi 3 ngan Bos Kecik. Bos Kecik siap bagi pesanan penaja "Boleh tapi jgn bagi mak tiri nampak".. huahuahua.




Alang² balik awal, kitorg pg Kg. Baru, en. suami berenti kat Pak Hasan Bubur Lambuk. (TokNyey terliur nak mkn). Sibbek sampai² tu bubur lambuk dah siap. Tapi orang dah ramai duk hurung meja kat situ. Tapi buburnya takde pon. OhhooO rupa²nya kena berebut seh. Ini bukan bubur lambuk free ya.. ini bubur beli.. sebungkus RM1.50. So aku yang disuruh diberi penghormatan untuk berebut beli bubur lambuk itu.. hahaha nasib lah berebut, dapat gak 2 bungkus. Eh tetiba kami rasa tak cukup pulak 2 bungkus tu sbb nak gi PD... so aku berebut lagi untuk sekian kalinya, aku ambik 2 bungkus pulak padahal nak tambah 1 jer lagik.. huh tamak! Akhirnya buat buka dan bawak ke sahur jugek.. tak abis² jugak kaedahnya... ngeee. Lepas siap beli tu, aku nak amek gambar, tapi cam segan lak nak amek gambar.. huhu. Hint : kedai bubur lambuk ni dekat² dengan ofis DBKL Bandar Wawasan Kg. Baru.



Odw pegi PD, memang niat nak singgah kat PARAM Ampangan (sebelah Giant) sebab nak beli nasi ayam kat salah satu kedai kat situ. Sampai² je hujan dah nak turun renyai². So en. suami, TokMa & Damya jer yang turun menunaikan amanah. Tinggal aku & budak tocit ni ngan TokNyey jer... tengah boring tunggu tu, pe lagi syok seniri je r.



 :: owh hitam itu menawan.. -wink- ::





 :: cubaan nak amek hp ::





 :: tak dpt hp, dpt kasut lah pullok ::




Eh nasi ayam ni memang famous amos tao? Tapi sayangnya sebab aku tak turun, makanya takdelah gambar... nama kedai pon tak dpt nak bagitao. Pas tu gambar nasi ayam pon lupa nak amek bila dah time buke. Takut korang terliur pulak.. hehehe. Tapi hint kalau ada yang nak cari nasi ayam ni... dia nya kotak pembungkus tu standard gak.. yang plastik siap tudung tu (leh recycle). Emmm macam bungkus nasi ayam Linda Onn (dulu lah.. skang dah pakai polisterin.. ape kes?).

:: sape yg buat sotkabar bersepah tu? ::






- zoom in -





:: ini budaknya.. tgh khusyuk tgk tv ::





Thursday, August 12, 2010

:: Semangat Aku Dah Lain ::

Assalamualaikum,



Salam 1Malaysia! Menara Bangsa! Hati Malaya! Wawasan 2020! Warisan!



Ohhooo... memang semangat aku dah lain disebabkan oleh Kursus Kenegaraan (BTN) yg aku pergi... cerita sebelum pergi di sini dan sini! Aku rasa selagi kita tak pergi kursus ni, kita akan berprasangka buruk ke atas kursus ni. Ada yang kata kursus BTN ni untuk brain wash pilih parti politik.. sokong orang tu sokong orang ni. Tapi bagi aku sebab apa tak pernah mintak ke kursus ni sebab takut ada aktiviti lasak macam budak² PLKN tu.. ada flying fox, merangkak bawah kawat dan yang sewaktu dengannya.. uhhh memang aku tak sanggup dah buat aktiviti2 cenggitu dah sekarang ni (ya aku sedar diri - badan dah berat).



Masa nak pergi tu, badan macam nak demam jer. Hidung pun puas bersin² sampailah hari kedua. Nasib baik aku bawak ubat selsema. Tapi rasa²nya lepas makan ubat selsema, mata pulak buat hal. Dah tak boleh nak kontrol dah.. asik terlelap jer masa penceramah tengah bagi ceramah. Mintak maaf tuan² penceramah, bukan ceramah uols tak best, tapi dah tak boleh nak tahan mata dah. Eh aku ingat aku je yang angguk², rupanya orang lain pon sama.. so boleh ke ubat selsema itu disalahkan??? Ada 4 orang penceramah kesemuanya. Yang paling best penceramah yang last.. salute! best² pun aku sempat gak ke alam lain.. huhu. Setiap kali tukar penceramah, kami kena nyanyikan lagu Menara Bangsa.. hmm tak pernah dengar lagu ni.. nyanyi pun tak de feel.




Malam hari kedua (LDK 1), buat kat dalam dewan beramai². Suasana memang gamat dengan gelak ketawa. Mana tak pecah perut kalau tengok aksi masing² buat gaya konduktor muzik sambil tutup mata. Macam² gaya ada...  tengah goreng kue teow ada, tengah mengait baju pon ada.. hehe. Last sekali pembahagian kumpulan. Aku tergolong dalam golongan orang² beriman.. eh doa untuk diri senidiri tak pe kan? Insya Allah. Aku dalam kumpulan lagu Wawasan 2020 seramai 12 orang.




LDK2 hingga LDK8 buat dalam bilik yang telah diberikan mengikut kumpulan masing². Kat sini perbincangan² dan pendapat² dilakukan. Seronok juga aktiviti dalam kumpulan ni. Tak boring pun walaupun kena perah otak sikit sebab tiap² orang kena bagi pendapat kepada aktiviti yang dijalankan. Tapi bila LDK8 tu, bab rumusan.. aku dah tak boleh kawal mata dah.. sampaikan tuan fasi pun perasan.. isk! Petang pulak takde riadah. Digantikan dengan tayangan Hati Malaya. Owh baru faham perjuangan oleh Dato' Onn dan Tunku Abd. Rahman.




LDK9 tiba jugak akhirnya. Esok dah boleh balik.. yeay! Dimulakan dengan persembahan lagu² patriotik oleh tiap² kumpulan. Kami dengan lagu Wawasan 2020. Ada lagu Jalur Gemilang, Malaysia Kita dll (lupa tajuk). So macam² gaya pun ada nak tunjuk. Pas tu kena nyanyi lagu Warisan Allahyarham Sudirman Hj. Arshad pulak. Memang feel nyanyi lagu ni. Pas tu ditayangkan visual di negara² yang tengah berantakan seperti di Palestin. Haa tayangan ni menggoncang jiwa sikit sebab ditayangkan wajah² anak² kecil yang terseksa, meninggal dunia akibat keganasan askar2 Yahudi. Sedih. + tak sanggup nak tengok.. nak pulak bila teringat anak² kat rumah. Mintak dijauhkanlah negara kita jadi macam negara Palestin tu. Amin Ya Rabbal Alamin.





Aktiviti riadah/PJK pulak sekadar berbaris untuk menaik dan menurunkan bendera. Tak ada pun aktiviti² lasak yang aku fikirkan sebelum ni.. Alhamdulillah.. hehe. Yang ada pun adalah ujian kecerdasan. Ada 8 ujian yang kena buat antaranya berdiri sebelah kaki sambil tutup mata, melompat sambil tepuk kaki, pumping (orang pompuan asal buat jer, jadi ke tak jadi, tak kisah pun.. hahaha), membongkok tangan kat atas tanah, tahan nafas dalam masa 60 saat & last sekali cek denyutan nadi. Result akan menentukan umur seseorang... weip tolong hormat aku lebih sikit yer.. sebab aku tergolong dalam golongan warga emas (50+)... sebab aku tak buat dalam ujian berpusing 5 kali pas tu jln dlm 5 meter ke depan (boleh  bikin kepala pusing dong) dan gagal denyutan nadi (lebih 70 degupan).




Pas tu ujian berlari pulak. Kena lari dalam 2km (keliling kem). Bagi lelaki kena sudahkan larian dalam masa 18 minit dan perempuan dalam masa 24 minit. Hmm aku lari jugak sambil jalan jugak, dapat habiskan larian dalam masa 17 minit 28 saat... hahaha oklah tu boleh masuk dalam catatan masa orang lelaki gak... fuhh memang letih gile lari tu.. kaki rasa dah tak boleh nak angkat dah... esoknya nak turun tangga pun sakit kaki.. aduyai!




Hari kelima, ada exam. Soalan dia nak kata senang tu nampak macam berlagak pulak kan? So boleh lahhhh.. semua soalan boleh jawab (eh berlagak lagi? bukan r sebab soalan objektif.. pilih jer nak yg mana.. hehe). Masa untuk menjawab dalam 1 jam setengah. Tapi rata² kami keluar awal. Siap² untuk kembara pulak. Pukul 11 berbaris untuk dilepaskan ke dalam kebun kelapa sawit. Hmm keseluruhan berjalan jer kat dalam kebun tu. Cuma ada 1 tempat jer mencabar sikit. Kena cross tali air/parit ada air setinggi aras paha (bagi aku lah).. orang yang rendah maybe sampai montot.. huhu. So kat sini apa yg penting? kerjasamaaaa. Terima kasih kat geng² laki dalam kumpulan aku. Tengoklah pakaian masing² dah kena selut/lumpur. Gambar kredit to Amzar (tgn tgh depang tu).




Balik kembara, makan tengahari. Pas makan, kena berkumpul kat dewan pulak untuk acara penutupan. Kena nyanyi balik lagu Menara Bangsa. Eh tetiba macam bersemangat nyanyi lagu ni. Maybe semangat sebab dah nak balik kot? hehe. Tapi keseluruhan kursus ni telah berjaya membuka mata dan minda aku untuk meneruskan kemerdekaan negara kita ni. Sebelum ni kalau baca suratkhabar, baca ruangan artis jer, tapi lepas balik kursus, isu² semasa negara aku dah baca. Rupa²nya memang ada segelintir  mereka di luar sana yang telah menyentuh mengenai kita sebagai orang melayu dan hak² melayu.. memang realiti telah lama berlaku. So, marilah bersama² mempertahankan negara, agama dan bangsa dengan laungan 1Malaysia (sila angkat tangan gaya Dato' Najib ye).



:: Gambar kredit to syimah. Gambar berenam (hari last) ada dalam kamera iskq.. kena tunggu dia datang kerja lah nampaknya baru leh upload ::






Wednesday, August 11, 2010

:: Ramadhan Telah Tiba ::

Nama saya Syaaban. Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda bersama isterinya, Rezki dan kedua² anaknya iaitu Sahur dn Iftaar. Mereka akan ditemani oleh cucunya iaitu Rahmat, Barakah dan Keampunan. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki penerbangan Eidul Airlines. Hargai mereka dan anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda!!

 

- SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK -