Info :)

Thursday, August 12, 2010

:: Semangat Aku Dah Lain ::

Assalamualaikum,



Salam 1Malaysia! Menara Bangsa! Hati Malaya! Wawasan 2020! Warisan!



Ohhooo... memang semangat aku dah lain disebabkan oleh Kursus Kenegaraan (BTN) yg aku pergi... cerita sebelum pergi di sini dan sini! Aku rasa selagi kita tak pergi kursus ni, kita akan berprasangka buruk ke atas kursus ni. Ada yang kata kursus BTN ni untuk brain wash pilih parti politik.. sokong orang tu sokong orang ni. Tapi bagi aku sebab apa tak pernah mintak ke kursus ni sebab takut ada aktiviti lasak macam budak² PLKN tu.. ada flying fox, merangkak bawah kawat dan yang sewaktu dengannya.. uhhh memang aku tak sanggup dah buat aktiviti2 cenggitu dah sekarang ni (ya aku sedar diri - badan dah berat).



Masa nak pergi tu, badan macam nak demam jer. Hidung pun puas bersin² sampailah hari kedua. Nasib baik aku bawak ubat selsema. Tapi rasa²nya lepas makan ubat selsema, mata pulak buat hal. Dah tak boleh nak kontrol dah.. asik terlelap jer masa penceramah tengah bagi ceramah. Mintak maaf tuan² penceramah, bukan ceramah uols tak best, tapi dah tak boleh nak tahan mata dah. Eh aku ingat aku je yang angguk², rupanya orang lain pon sama.. so boleh ke ubat selsema itu disalahkan??? Ada 4 orang penceramah kesemuanya. Yang paling best penceramah yang last.. salute! best² pun aku sempat gak ke alam lain.. huhu. Setiap kali tukar penceramah, kami kena nyanyikan lagu Menara Bangsa.. hmm tak pernah dengar lagu ni.. nyanyi pun tak de feel.




Malam hari kedua (LDK 1), buat kat dalam dewan beramai². Suasana memang gamat dengan gelak ketawa. Mana tak pecah perut kalau tengok aksi masing² buat gaya konduktor muzik sambil tutup mata. Macam² gaya ada...  tengah goreng kue teow ada, tengah mengait baju pon ada.. hehe. Last sekali pembahagian kumpulan. Aku tergolong dalam golongan orang² beriman.. eh doa untuk diri senidiri tak pe kan? Insya Allah. Aku dalam kumpulan lagu Wawasan 2020 seramai 12 orang.




LDK2 hingga LDK8 buat dalam bilik yang telah diberikan mengikut kumpulan masing². Kat sini perbincangan² dan pendapat² dilakukan. Seronok juga aktiviti dalam kumpulan ni. Tak boring pun walaupun kena perah otak sikit sebab tiap² orang kena bagi pendapat kepada aktiviti yang dijalankan. Tapi bila LDK8 tu, bab rumusan.. aku dah tak boleh kawal mata dah.. sampaikan tuan fasi pun perasan.. isk! Petang pulak takde riadah. Digantikan dengan tayangan Hati Malaya. Owh baru faham perjuangan oleh Dato' Onn dan Tunku Abd. Rahman.




LDK9 tiba jugak akhirnya. Esok dah boleh balik.. yeay! Dimulakan dengan persembahan lagu² patriotik oleh tiap² kumpulan. Kami dengan lagu Wawasan 2020. Ada lagu Jalur Gemilang, Malaysia Kita dll (lupa tajuk). So macam² gaya pun ada nak tunjuk. Pas tu kena nyanyi lagu Warisan Allahyarham Sudirman Hj. Arshad pulak. Memang feel nyanyi lagu ni. Pas tu ditayangkan visual di negara² yang tengah berantakan seperti di Palestin. Haa tayangan ni menggoncang jiwa sikit sebab ditayangkan wajah² anak² kecil yang terseksa, meninggal dunia akibat keganasan askar2 Yahudi. Sedih. + tak sanggup nak tengok.. nak pulak bila teringat anak² kat rumah. Mintak dijauhkanlah negara kita jadi macam negara Palestin tu. Amin Ya Rabbal Alamin.





Aktiviti riadah/PJK pulak sekadar berbaris untuk menaik dan menurunkan bendera. Tak ada pun aktiviti² lasak yang aku fikirkan sebelum ni.. Alhamdulillah.. hehe. Yang ada pun adalah ujian kecerdasan. Ada 8 ujian yang kena buat antaranya berdiri sebelah kaki sambil tutup mata, melompat sambil tepuk kaki, pumping (orang pompuan asal buat jer, jadi ke tak jadi, tak kisah pun.. hahaha), membongkok tangan kat atas tanah, tahan nafas dalam masa 60 saat & last sekali cek denyutan nadi. Result akan menentukan umur seseorang... weip tolong hormat aku lebih sikit yer.. sebab aku tergolong dalam golongan warga emas (50+)... sebab aku tak buat dalam ujian berpusing 5 kali pas tu jln dlm 5 meter ke depan (boleh  bikin kepala pusing dong) dan gagal denyutan nadi (lebih 70 degupan).




Pas tu ujian berlari pulak. Kena lari dalam 2km (keliling kem). Bagi lelaki kena sudahkan larian dalam masa 18 minit dan perempuan dalam masa 24 minit. Hmm aku lari jugak sambil jalan jugak, dapat habiskan larian dalam masa 17 minit 28 saat... hahaha oklah tu boleh masuk dalam catatan masa orang lelaki gak... fuhh memang letih gile lari tu.. kaki rasa dah tak boleh nak angkat dah... esoknya nak turun tangga pun sakit kaki.. aduyai!




Hari kelima, ada exam. Soalan dia nak kata senang tu nampak macam berlagak pulak kan? So boleh lahhhh.. semua soalan boleh jawab (eh berlagak lagi? bukan r sebab soalan objektif.. pilih jer nak yg mana.. hehe). Masa untuk menjawab dalam 1 jam setengah. Tapi rata² kami keluar awal. Siap² untuk kembara pulak. Pukul 11 berbaris untuk dilepaskan ke dalam kebun kelapa sawit. Hmm keseluruhan berjalan jer kat dalam kebun tu. Cuma ada 1 tempat jer mencabar sikit. Kena cross tali air/parit ada air setinggi aras paha (bagi aku lah).. orang yang rendah maybe sampai montot.. huhu. So kat sini apa yg penting? kerjasamaaaa. Terima kasih kat geng² laki dalam kumpulan aku. Tengoklah pakaian masing² dah kena selut/lumpur. Gambar kredit to Amzar (tgn tgh depang tu).




Balik kembara, makan tengahari. Pas makan, kena berkumpul kat dewan pulak untuk acara penutupan. Kena nyanyi balik lagu Menara Bangsa. Eh tetiba macam bersemangat nyanyi lagu ni. Maybe semangat sebab dah nak balik kot? hehe. Tapi keseluruhan kursus ni telah berjaya membuka mata dan minda aku untuk meneruskan kemerdekaan negara kita ni. Sebelum ni kalau baca suratkhabar, baca ruangan artis jer, tapi lepas balik kursus, isu² semasa negara aku dah baca. Rupa²nya memang ada segelintir  mereka di luar sana yang telah menyentuh mengenai kita sebagai orang melayu dan hak² melayu.. memang realiti telah lama berlaku. So, marilah bersama² mempertahankan negara, agama dan bangsa dengan laungan 1Malaysia (sila angkat tangan gaya Dato' Najib ye).



:: Gambar kredit to syimah. Gambar berenam (hari last) ada dalam kamera iskq.. kena tunggu dia datang kerja lah nampaknya baru leh upload ::






7 comments:

  1. bagus2.. ada iktibar dari BTN :-) akak, slmt berpuasa yek ..

    ReplyDelete
  2. linda dulu buat ujian tu pon umur sama tahap ngan warga emas..
    best kan BTN..maybe tgk tmpt BTN tu jgak kot..ada tmpt yg xbest lansung..sib baik linda dpt tempat yg best gilerr..

    ReplyDelete
  3. salam..
    seronok ehh gi BTN tu.. saya pun takut nk gi sebab ingat ada bab aksi2 lasak tu.. tak sanggup sebab kesihatan tak tip top.. agaknya dia orang dah review kot aktiviti2 lasak dia orang since ada kes satu candidate meninggal hari tuh..

    baju kurung putih kain itam tu uniform ker?

    ReplyDelete
  4. sue,
    mmg ada iktibat g BTN tu... selamat berpuasa utk kamu jugek... masak best2 ye.. ngeee

    ReplyDelete
  5. linda,
    hehe leh r join club warga emas.. maybe tempat & fasi pon main peranan best ke x kan? Alhamdulillah tempat akak pg nih leh thn r, dekat n fasi pon ok2

    ReplyDelete
  6. aanas,

    sila jgn takut kalau dpt offer g BTN. x der ape2 pon.. Insya Allah. Yup, baju putih ngan kain hitam/gelap.. tudung tempat kitorg x kisah nak pakai corak², kaler len pon ok x semesti itam

    ReplyDelete
  7. tul2..jagn dok pkir yg bukan2...pergi dulu baru wat conclusion..hehehe

    ReplyDelete