Info :)

Friday, October 17, 2014

Takwim Cuti Sekolah 2015

Salam Jumaat.


Bila anak dah sekolah, kenalah tengok jadual cuti kalau nak plan apa-apa kennnn...

Tadi google menda lain.. pas tu jumpa takwim nih. Berguna kot!

Klik sini je ok.

Ni pulak cuti umum 2015


Leh la plan cuti.

Dah tu je nak bgtao. Babai.

p/s : Zikir Harian di hari Jumaat ialah Ya Allah. Jom banyakkan zikir ye kawan-kawan.



Thursday, October 9, 2014

Happy 5th Bestday



2 hari lepas sebenarnya. Tak sempat nak post :)

Semoga KNgah, Klong & Adik menjadi anak mama papa yang solehah ya. Mama doakan anak-anak mama berjaya di dunia & juga akhirat.

Kngah baru 5 tahun kan? tapi mama rasa macam dah besar dah.. dah pandai baca 2 suku perkataan.. dah pandai menulis walopon kadang-kadang S terbalik kikiki. Masa 4 tahun suka ultraman, tapi bila dah masuk tadika, dah minat princess pulak.. la ni demam frozen lah. Asek-asek la nyanyi ledigoooo ledigooo.

Suka selfie.. Ikut sape tatao lah haha. Tapi yang suka tengok gambar-gambar dalam hp ni adik dia.. siap ketawa gelak2 bila tgk gambar kakaknya nih. Macam-macam muka ado haha.





Hadiah?
Mama nak buat kek coklat letak edible frozen.. tapi lom buat. Sabtu Ahad la kita operasi ye?
Papa bagi keta remote yg Kngah requested.
Klong papa belikan mainan vending machine yg Klong nak.
Adik mama belikan ice cream stick yg colorful kat DIY.. nanti nak ajar adik warna.
Abi pulak beli jam tgn frozen utk Klong & Kngah.

Lagi 2 bulan adik nak 2 tahun. Klong lagi 5 bln nak 8 tahun. Semoga anak-anak mama sentiasa diberikan kesihatan dan dilindungi oleh Allah selalu.

Luv u all,
MAMA

Tuesday, October 7, 2014

[Sambutan Aidil Adha] - Ibadah Qurban

Assalamualaikum.. Puas dop asek make daging je minggu ni? Lengguh gusi dok kunyah daging manjang dop?

Kekonon buat tajuk ada bracket bagai mcm ada sambungan kekdahnya.. Tapi nak amek gambo pon sah malas.. Acane nak continue entry raya haji?

Haishh nasib baik zaman whatsapp ada. Ada la gak yg rajin amek gambo & send kat grup.

Gambar makan2 pagi raya tak de. TokMa buat ayam gulai (read : nasi berlauk ayam) pagi ni. Memang marvellous! Terubat rindu nak mkn nasi berlauk kat Kelate... Bila nak blk Kelate jenguk mok ni? Insya Allah ada rezeki & cuti sekolah boleh la blk nanti. Psstt rindu nak mkn sup perut atas pasar kb!!

Klong & kngah ikut TokMa gi solat kat surau. LR mandi & siapkan Rania. Pukul 10 pagi semua pegi semula ke surau sebab TokMa amek sebahagian lembu.

LR dapat baju hijau bertulis kat blkg 'URUSETIA 2014' gitewww.. ES, Abi & Dedi pon pakai baju urusetia warna pepel.

Layan gambar je la. Ihsan dr whatsapp.
Nampak tak LR kat ujung2 tu tgh potong daging? Khusyuk weh.. Sakit pinggang rasa berdiri potong daging tu.








Gambar ES tgh lapah daging pon lupa nak snap.



Pas tu, ada masak2 & lepas asar baru siap masak & makan2. Tapi LR balik tengahari tu & tak nampak muka dah lepas tu hihi. Tak kose dah nak g mkn. Wakilkan ES je la. LR blk terus pekena gulai ayam TokMa lg syok!

Semoga tahun depan ada rezeki LR & ES pulak untuk buat ibadah qurban ni.. Insya Allah.


Saturday, October 4, 2014

[Sambutan Aidil Adha] - Ke Pasar

Di sinilah kami selalu shopping barang basah ie ikan ayam dll.

Hari ni memang penuh lah pasar semua nak beli untuk juadah esok pagi.