Info :)

Wednesday, September 2, 2015

Big J & Mid J Dah Mula Ngaji

Assalamualaikum..

Seperti telah diwar-warkan di dalam entry sebelum ni haha.. so diulangi sapa yg elergik nak baca pasal anak-anak (meluat aih macam dia sorang ada anak kan?) boleh lah shush shush jauh-jauh ye

Sebab akak bercita-cita untuk aktif kembali blogging sementelah line tel susah nak dapat signal 3G kat opis nih.. jadinya dah tak de sumber utk connected :(. Kat opis ni memang block fb cuma akan bukak pukul 1-2 tengahari... tadi try bukak alahaiiiii mendatangkan amarah je!!

Maybe kat tingkat ni ramai yang bukak kot.. tu yg jadi lemah gemalai alahai. Tutup je lagi baik. Oh akak dah pindah ke tingkat 32.. balik ke tempat asal kekdahnya.. sebelum ni menumpang jer kat bilik orang.. kat tingkat 33 tu line superb! Tu yang tak ingat pasal nak berblog keh keh keh.

Ada hikmahnya kat sini.

Setelah makan tahun jugak duk mencari orang ajar budak-budak ngaji, akhirnya jumpa gak setelah BJ umur 8 tahun & MJ 6 tahun... its never too late too learn rite? <--- ayat="" cover="" p="">
Bukan tak pernah nak hantar... masa BJ umur 5 tahun pernah daftarkan dia kat Al-Baghdadi.. tapiiiii communication breakdown... tatao bila kelas mula kah kah kah.. susah nak amek hantar... rasanya camtu la masalahnya sebab akak pon lupa dah apa masalahnya dek non. Citer lama kan?

So, harapan mama ialah anak-anak mama dapat manfaatkan ilmu untuk belajar Al-Quran, celik Al-Quran.. boleh baca & sedekahkan ayat suci kepada mama papa setelah kami tiada di dunia nih.

Semalam start ngaji lepas maghrib. Huru-hara jugak lah nak hantar tu hehe. Balik keje, mama mandi & solat Asar, terus turun masak kari ayam. Tak pernah hidup lagi tao akak ni masak kari hahahaha sedeh! Tapi jadi la jugak karinya hehe.. terus rasa nak buat roti jala balik ni cicah kari.

Pulak tu si LJ pulak nak perhatian.. sambil dokong sambil masak kekdahnya. Aduhaiii upah eskrem tamar cocoa baru buat hal seniri. Gugang gugang kat dapo.. bagi diorang makan dulu. Mama naik solat jap. Pastu pegi hantar diorang.

Dah tanya ES dah jalan ke rumah kakak ajar ngaji ni. Dah lalu area rumah dia, tapi tak nampak gaya ada budak ngaji la pullok... 2-3 kali gak la pusing depan rumah dia. Call pulak tak dapat. Last-last ES call suami kakak ni. Memang kami benti betul2 depan rumah dia pon huhu.

Duk sembang jap ngan kakak ajar ngaji ni sebab dia uzur.. dia bagi kat suami ajar budak-budak. Lepas tu tinggalkan je la 2 beradik tu kat situ. Ok lah ada kawan-kawan BJ kat situ gak. Seronok la tu lama-lama.LJ pun nak ngaji gak.. tanak ikut mama balik hehe. Tak yah la dulu dik oi.. tunggu awak 4 tahun la kalau nak join ngaji k.

Itulah citernya. Cuma mama nak berkejar tu ada semfutt sikit la. Dengan BJ balik sekolah dah lewat jugak sampai rumah. Nak suruh mandi bagai lagi... nak drama2 lagi pufff sabor je la banyak-banyak. Tahun depan lagi semfutt sebab MJ pulak dah start sekolah.

Chaiyok!!

ps : Tak sempat aih nak snap gambar.. kang kata kelam kelibut! Pulak pon storage hp dah penuh ngan gambar... lom sempat transfer ke pc.


Legend :
BJ - Big Julia
MJ - Mid Julia
LJ - Lil Julia
ES - Enchek Suami















Salam Merdeka

Assalamualaikum

Salam Merdeka to uols!

Merdekakan hati
Merdekakan jiwa
Merdekakan kemalasan menaip blog

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tercapai gak cita-cita nak tengok raptai perbarisan Hari Merdeka kat Dataran Merdeka sana... live dari opis tkt 33.

ps : Terimalah hakikat akak wish merdeka ni selepas 2 hari ye keh keh keh

pss : Rajin update ni sebabnya line tel/line internet tenat... makanya tak leh nak berfacebooking huaaaaaaaaa

psss : Nak update citer anak-anak pasni.. sape elergik nak baca.. pegi main jauh-jauh k