Info :)

Tuesday, November 30, 2010

:: Beli iPhone 4 Pon Macam Beli Goreng Pisang Panaslah ::


Seriyes nih! Kat low yat abis stok. Lagi 2 minggu maybe stok sampai.. Maybe ye! Itu plg minima katanya. Owh 2 minggu tu dr minggu lepas. Maybe sekarang ni kena tunggu lagi seminggu. Siap kena booking lagi ko! panas x panasnya ip4 ni.


So gigih nak ip4 dan-dan tu jugak (mmg dasar tiada esok buatmu.. haha apatah lg kena tunggu 2 minggu) maka haruslah gigih jugak call tanya kat maxis & digi.


Kat maxis yg ada stok hanya kat selayang. Digi pulak kat soho mont kiara.


Okeh kita ke selayang je sbb pernah pegi area situ. Sekali pegi, dah last stok 2 bijik. Tu pon dah ada org punya.. tskkk.


Mentang2 encek suami nak belikan, aku suggest pegi tanya kat digi jer sbb rasa2 mcm pernah nampak kat area situ. Zasss terus jln ke tempat paking & panjat motor.


Ek eleh wat penat jer panjat motor td sbb digi tu sebenarnya selang 2-3 pintu je dr maxis... haha nampak tak kat situ yg kitorg ni frust x dpt beli ip4 sampai jln menonong tak toleh kiri kanan dah... hahaha.


Sooooooo kat digi tak ramai sgt orang. Tanya2 je salesgirl tu ckp ada. Eh mcm tak percaya pulak... hahaha. Terus je sign amik postpaid plan dia yg plg murah (rm63) sbb tu dah syarat digi... Kena ikat guna digi 24 bln lah nampaknya. Hmmmm 24 bln lama gak sebenarnya tu! Tp demi nak pakai ip4 haruslah tutop je mata.. haha.


Lagipon aku rasa plan digi lagi ok dari maxis. Eh aku puji digi ni bknnya aku dpt apa pon... haha. Erm nanti senang2 aku buat perbandinganlah yeh. Nak tido dahhhhh. Gud nite. Sweet dream.


psstt : dengar2 ip4 tak de stok tu sebagai market plan nak naikkan harga di pasaran.. hmmm ye ke?


Thursday, November 25, 2010

:: Memang Berbaloi ::


Alhamdulillah hari ni dapat 2 berita gembira.. Kedua2nya sbb aku akan dapat hadiah dari GA yang aku join baru2 ni.. Hahaha seronok seh! 2 hari lepas pon aku diumumkan jd pemenang kedua... Alhamdulillah. Masuk ni dah 4 kali aku menang... hoyeyyyyy! Coppp!! aku cakap taip ni bukan nak riyak tao... sekadar berkongsi keseronokan jer lah.. theeheehee.



Memandangkan salah srg dari penaja hadiah tu senang jumpa, terus hadiahnya dpt hari ni. TQVM Linda dan anak-anaknya sbb bagi hadiah ni sempena aku org 1st join GA beliau... X sangka berbaloi gak aku join awal sbb sebenarnya ada 1 hadiah utama je, tup2 ada hadiah khas pulak utk 3 org.. That Something About  Me U... u r so nice Linda.. muahhhh.



So inilah hadiahnya... Aku dah siap letak gambar bdk 2 org ni kat opes aku dah. Taraaaaa....





pssttt : memandangkan aku dah banyak menceburkan diri dalam bidang contest nih... aku dah buat satu belog baru untuk contest sajork... takut ada yang muak lak kang asal masuk belog aku asek entry contest jer kan... hahahaha... 


:: Lunch Date Yang Tak Henggat ::







1 choc & peanut from big apple donut





1 pinggan nasi lemak rendang ayam

1 gelas enriched cocoa ais

1 biji telur separuh masak (encek suami oderkan 2 tp aku tak larat dah nak mkn.. hahaha)








Hasil lunch dating ngan encek suami tadi. Itu semua yang masuk perut aku tadi.. hahahha. Tapi yang aku tak paham, dia yang ajak pegi Bandar Lama tu.. tapi aku lak yang over mengoder nasi lemak untuk aku padahal sebelum2 tu aku kenyang jer rasa.. hahaha




Anyway, tengkiu laling belanja makan tadi & tengkiu untuk *tutttttt* u bagi 2 hari lepas tu... i loike very deep-deep lor! u make my wishlist come true... *tersengeh-sengeh mode*



:: Rapunzel : A Tangled Tale ::



Feedback dari orang2 yang dah pegi tengok cerita nih... seme pakat kata best. Pakat bagi 4 bintang dari 5. 


poster


So... tingin lak nak bawak Damya pegi tengok petang nih... aku dah siap tengok kat cinemaonline ada show koi 6.20 petang nih sebelum menelefon encek suami untuk pemberitahuan.


bey ingat nak bawak Kakak pegi tengok wayang cite katon 3D

kat ner?

kat jasko jauh.. orang cakap citer tu best.

haa kalu tak best takyah lar pegi (eh cene tetiba suami leh dengar dari best ke tak best?)

eeehhh bukan tak best... tp best. tapi Adik cene ek?

tak pelah i jaga. tapi kalau tak pegi tak boleh ke? buatkan dah ajar Kakak kang, asek2 nak pegi tengok wayang jer dia.

errrr... emmmm. oklah. (terus letak telepon).


So, kesimpulannya sorrylah Kakak yer... nanti tengok jer lah CD kat umah.... ada benar jugak kata-kata papamu itu... ngeeeeee. Buatnya Kakak ajak pegi tengok wayang jer tiap2 hari, sapa nak jawab?? Mama jugak yang tensen nanti!






Pertama kali Damya pegi tengok wayang citer Upin Ipin... masa nih dia baru umur 2 tahun... boleh lak  dia tertido tengok citer tuh... (aku pon boring bila part dalam hutan tu byk sangat kuarnya) haha.


Nak kuar dating jap... babai



Wednesday, November 24, 2010

:: Miya's Birthday Giveaway ::



Haiyaaa ketinggalan erl lagi.. tapi sibbek syempat.. thee hee hee *wink*



 Nak tag :



sapa-sapa nak join klik sini




psstt : epi belated bestday miya!










Tuesday, November 23, 2010

:: Hiye Em Bek ::


Salam,


Mood untuk cover cerita seminggu lepas lom mai lagi. Just nak habaq yg aku dah kembali berkhidmat untuk negara *erkk ni tengah amek mood utk keje lar ni.. bluweeekk* setelah start bercuti dari 13hb... semalam pulak terrrrpaksa EL... sepanjang-panjang tu sempatlah jugak aku wat 1 post jer.. nak wat cene aku bukanlah seorang blogger tegar.. itu kena ambil maklom! hahaha.



Pagi tadi sebelum masok opes, terus pegi Klinik Tanling... sebelum 7.30 pagi tu dah ramai rupenye yang datang tunggu pintu klinik bukak. Ingatkan aku yang paling awal.. hahaha. Tapi sibbek cepat gak servis tadi.. koi 9 dah siap jumpa Doktor. Pegi mintak ubat batuk & sesema je.. almaklom lar... aku  & encek suami kan keje ngan go.men, kalu gi klinik swasta kang... terbang gak puluhan ringgit...nak claim pon tak dpt... so gunakanlah hak aku sebagai orang go.men (walaupon kena menunggu sejam 2.. tak de hallah) *terpaksa cakap tak de hal sbb dah dapat ubat free* haha.



Oke selamat bekerja semua.


Mood untuk singgah ke rumah korang pon lom ada lg nih. Tata.





Wednesday, November 17, 2010

:: Salam Aidil Adha ::


Assalamualaikum...


Wah jarang-jarang berlaku ni aku dapat bersiaran secara langsung di pagi raya ni.. antara sobab-musababnya ialahhhh....






Memula sekali disebabkan Adelya ZzzzZZzzz. Tapi sebelum tido haruslah dia banyak hal.... maybe disebabkan dia demam + block nose. Ishh sori Adik, Mama lupa nak bawak balik benda sedut hingus + lupa nak beli yg baru kat sini... 



Pas tu pulak... Damya ikut papanya pegi sembelih tengok orang sembelih lembu... horeyyyy Mama leh bersuka-ria guna lappy tanpa gangguan... kalau tak asek berebut dengan dia jer.. dan memang dia jerlah yang dapat.. hehe.






psstt : wah slow amat nak upload gambar ke belog nih... sampai Adelya pon dah bangun.. hmmm





Thursday, November 11, 2010

:: Terima Kasih Kepada 77 Mereka Ini ::



U jump... I jump...remember? huhu ayat tu aku pinjam dari cerita Titanic... yang membawa maksud, korang follow saya, saya follow korang balik.. eh tetiba guna 'saya' pullok... hahaha bukan apa dah ini entry ucapan, haruslah bagi nampak sooopan dan berbudi bahasa gitew... ahaks!


Eh penting ke kena follow balik? Bagi saya, memang penting, sebab saya akan keep in touch dengan korang yang follow saya... sebab tu saya adakan 1 bloglist untuk korang yang follow... supaya saya senang nak pantau korang buat apa... hahahaha. 


Psstt lagipon siapalah sesebuah belog tanpa orang follow... eh? haha.






Sekali lagi saya ucapkan berbanyak terima kasih atas ikutan kalian terhadap belog saya yang kadang-kadang ada entry tu.. HAHAHA. Tapi demi tidak menghampakan korang HAHAHA... saya akan cuba update 1 hari 1 post (kalau cuti... belog pon harus cuti.. gagaga) tapi kalau ada lebih dari 1 post tu kira bonuslah untuk korang semua HAHAHA *perasan* .


Bukan nak kecoh pasal follower yang ciput, tapi sebab dah cecah ke no. 77 (my fav. nombor *wink*)... tu yang terpaksa kecoh jugak tu.. haha tanda terima kasih saya kepada korang-korang. Jangan lupa jenguk-jenguk selalu, kot-kot ada GA pasal lucky nombor lagi... saya memang suka angka-angka nih... tapi kalau angka $$$$ laaaagiii suka HAHA (iklan kejap : to lily, sooooori sangat-sangat hadiah lom pos kat awak... Insya Allah esok saya pos.. jangan serik-serik yer?). Sapa nak gi pejabat pos? nak kirim!


Masih lagi cuba mengenali kamoo semua... keep in touch!

:: Lucky Draw Anak Ayah ::



Phewww sibbek tadi tuan rumah buat enonsment... kalu tak harus terlepas peluang sbb esok dah tutup. Nak join pon bukan kena buat apa pon... meh tengok sini.. sempat lagi kan aisha? hehehe ;p







Ini pulak anak-anak mr. papa.. oppp tak yah susah-susah... tak yah tepek gambar apa pon... aku saje letak gambar ni utk kenangan (agak-agak sape nyer bestday tu?)


Haaa ekceli kek tu Adik nyer tapi Kakak lak beriya tukang tiup lilin.. haha




Wednesday, November 10, 2010

:: Follower Bertuah GiveAway ::



Thank you miya sebab sudi tag me buat contest GA Aina. Apa lagi.. jommmm gempur sekarang!




Dengan riaknya aku tag orang nih: (oppps tercopy ayat miya pullok)
(jap lagi saya pegi ketuk rumah korang utk maklumkan yer)



 

Tuesday, November 9, 2010

:: Pink Craft Birthday Giveaway ::


Salam,

Sejak 2 menjak ni me asek melayan contest sajork.. hahaha i loike... bak kata pujangga nih. 

Berat batu tenggelam
Berat sabut timbul.

Aik? Apakah benar itu aku? errr rasa-rasa dah betul dah perumpaan aku tulis kali nih.. gagaga


Next!! 

Yok join kat sini cepat-cepat sebab esok dah last day!






 psstt : epi belated bestday to you

 

:: Ada Apa Dengan Fahrin Ahmad? ::


Menduduki carta No. 1 pelakon poojaan hati aku buat masa dulu dan sekarang. Kenapa? Jom tengok jer gambar curi aku amek dari fesbuk dia nih... speechless! ngeeeeeee.




To FA, bila nak kenalkan buah hati awak tu? harap-harap yang sesejuk mata memandang jugak yeh? opsss...


Sekian.


Saya peminatmu tapi tak pernah ketemuan,

Monday, November 8, 2010

:: Baby and Toys Contest ::


 
Me nak join contest nih yg ditaja oleh Dilazfamily.. senang bangat seh... 


 "BABY AND TOYS CONTEST"
 
Syarat-Syaratnya di sini


Jom meramaikan majlis.. hehe.


 Nama : Julia Nur Damya 
Umur : 3 tahun 7 bulan dan 2 minggu 
[haha.. kredit to lilypie for the calculating]


kejadian tembak-menembak ini berlaku pada Sabtu lepas di Dataran Pahlawan, Melaka... tengoklah muka Damya tu.. gembira jer bila hajat nak pistol belon ni tercapai... opss itu adalah tangan mr. papa yg mengawasi anaknya menembak belon-belon itew... hehe

Nak tag :
ibu aqil 
ibu irsyad


Tarikh Tutup :
30 November 2010







:: Cool Blog.. Katanya Ramai Yang Suka ::



Sebelum-sebelum ni pernah baca review pasal Cool Blog ni... sema pakat cakap sekali cuba mao lagi... tengoklah ramai duk beratur nak beli tu... Opss lupa nak habaq, Cool Blog ni bukanlah belog yg kita duk ngadap tu ye.. ia adalah nama kedai es blended... dekat K4 ngan umah aku pon ada kedai ni.. tapi kat Dataran Pahlawan Melaka jugak aku pegi try...





Memandangkan ni adalah pertama kali nak mencuba es blended keluaran Cool Blog, makanya terbeliak2 jugaklah bijik mata aku yang bundar ni *hek* duk baca menu es blended.. perghh bermacam-macam jenis ada... tapi last-last dah tatao nak pilih, aku amek jer Best Sellernya - Chocolate Blog RM2.50. Tapi aku tamo bubble tu... macam pengacau jer kalau minum air ada sumthing kena kunyah lak.




So, bila dah trai tu, bagi aku & encek suami... terangkat kening & terkerut dahi jer... owh ingatkan sedap sangat sebagaimana review orang yg penah rasa.... kalu nak dibandingkan dengan adik yg jual kat pasar tani opes kitorg, lagi best adik tu punya.... 'dik, fun dee free satu' sebab akak promote konyer es blended ni.. hehe.





Ini antara review aku baca oleh mereka yang pernah cuba.


Yang paling kami suka ialah ice blended honey dew dan chocolate cool blog. Satu cawan tak cukup lah ~ littlemamadiary


Emmm... Masa tulis entry ni pun lidah aku tengah teringin nak rasa lagi. Akkkk! ~ ayisy


Jadi, kepada korang yang belum pernah merasa CoolBlog, segeralah cari gerai CoolBlog berdekatan dengan tempat korang. Aku percaya korang tidak akan rasa rugi membayar RM3.10 (CoolBlog ice blended + 1 scoop ‘pearl’). Aku yang pertama kali minum ice blended dan juga CoolBlog ni pun mengatakan yang CoolBlog ini memang sedap ~ blogaku



Tepuk dada tanya selera,


Thursday, November 4, 2010

:: To All Visitors ::

Sempena Diwali & Hari Minggu,






Saya ke PD & Melaka, kamoo?

:: Saya Dah Dapat Slip Gaji November, Anda? ::


Cepat kan? Hahaha maklom lah bulan ni gaji kan dapat 10hb. Phewww nak menuju ke gaji seterusnya kena puasa ganti sepenuh masalah kaedahnya.


Alhamdulillah rupanya ada jugak kebaikan bila dapat slip gaji online ni... hari ini aku cek laju lak nak access... masa first time bukak bulan lepas (time ni seme pakat serbu kot), bolehlah pegi toilet dulu baru dapat masuk step 1... pas tu pegi pulak jumpa bos (wat-wat sibuk) masuk lak ke step 2... pas tu nak ke adobe reader pulak... bolehlah pegi lah ke mana-mana dulu sebab maybe slip gaji aku tu maluuuuuuu agaknya nak kuar...  (tak banyak mana tapi Alhamdulillah, ada jugak gaji) huh!


Dan hari ni tetiba cepat (maybe aku orang pertama cek slip gaji bln 11 nih) hahahaha... excited kot-kot gaji naik bln nih... almaklum lah orang go.men kan naik gaji tiap-tiap tahun... hahahaha walaupon kenaikan takde sampai beratus pon.. harus bagi orang jeles (ada ke yg jeles dgn org go.men yg dpt bonus 1.4 juta ni? opss tu kalau kira dlm rupiah).. udah jd jutawan lor hahaha.


Keh kat sini aku nak tutorialkan sket cara-cara nak dapat slip gaji online bagi yg tatao. Kalau dah tao sila diam!


Step 1


Step 2

Kat sidebar belah kiri --> klik kat e-Penyata Gaji & Laporan




Step 3 

Klik Akses Sistem




Step 4

Bagi pengguna pertama kali, perlu mendaftar terlebih dahulu di Pertama Kali Mendaftar dan masukkan maklumat-maklumat yang diminta. Di sini, sila refer Slip Gaji sebelum-sebelum ini untuk mendapatkan No. Gaji.




Klik OK. So daftar masuk semula dengan memasukkan No. KP dan Kata Laluan yang telah didaftar tadi.


Step 5

Paparan ini akan keluar dengan Butiran Peribadi anda. Klik di bawah Penyata Gaji --> Sendiri (boleh utk orang lain jugak ke? haha kompius di situ)



Step 6

Paparan ini akan keluar. Sila pilih di menu dropdown bulan Slip Gaji diperlukan. Kemudian klik di tempat bertanda merah seperti dalam gambar di bawah.


Step 7

Akhir sekali, keluarlah Slip Gaji yang memberikan sejuta makna itu.. hahahaha *wink*



Sekadar gambar hiasan



- T.A.M.M.A.T -

Wednesday, November 3, 2010

:: Nokia N8 vs iPhone 4... Mana 1 Pilihan Anda ::


Assalamualaikum,


Tengah hot kat opes aku ni... ceritanya ada sorang J48 (nama dirahsiakan) dah beli Nokia C7... semalam status dalam fb... C7 sangat bagussss... ari nih dah cerita pasal baik beli Nokia N8 dari iPhone 4 pulak...  ada ura-ura nak tukar dari C7 ke N8 hahaha... tu lar.. len kali riki dulu baru beli yer cik lan... opss tersebut nama beliau pulak... ekekekeke.


Jom tengok perbezaan antara iPhone 4 ngan Nokia N8 ni.






1. SIZE : 

iPhone 'nampak' lagi nipis berbanding N8.. walaubagaimanapun saiz dan berat adalah lebih kurang jer.


2. CAMERA : 

Kamera N8 lagi power dengan 12mp berbanding dengan iPhone 5mp.


3. DATA : 

iPhone 16/32 GB storage 512MB RAM, N8 16 GB storage, 256MB RAM, 512 MB ROM (apa beza RAM n ROM? aku pon tatao janji leh simpan gambar banyakkkkkkk)


4. DISPLAY SIZE : 

iPhone 640 x 960 pixels, 3.5 inches, 
  - Scratch-resistant oleophobic surface
  - Multi-touch input method
  - Accelerometer sensor for auto-rotate
  - Three-axis gyro sensor
  - Proximity sensor for auto turn-off


N8 360 x 640 pixels, 3.5 inches
  - Multi-touch input method
  - Proximity sensor for auto turn-off
  - Accelerometer sensor for UI auto-rotate
  - Scratch resistant Gorilla glass display


5.  VIDEO CALL : 

Vid call dari N8 lagi mudah kot sebab guna cam telefon biasa tu (kalau ada line 3G leh la wat call), tp kalau iPhone kena ada Wi-Fi dulu baru leh call.


6. COLOR : 

 iPhone ada 2 kaler jer iaitu Putih & Hitam. N8 ada 5 kaler iaitu Dark Grey, Silver White, Green, Blue, Orange


7. ICON : 

iPhone punya lagi menarik bagi aku... maybe dah lama ngan Nokia, muak dah ngan icon tu.


8. Harga : 

iPhone RM2,690.00, N8 RM1,540.00 (haha beza banyak gak tu).

= = = = = = =  ♥♥♥ = = = = = = =


So kalau tanya pendapatan aku.... aku tetap nak iPhone jugak!!! Kaler hitam yer. Derma kilat amat dialu-alukan.


[kredit : gsmarena]


:: Papa & Baby Contest!! ::




anjuran oleh Cute Mum







========= ♥♥♥ =========



Kebetulan ada pulak gambar ni masa nak beli kek bestday Adelya yg setaon

so saya menjoinkan diri yer

sapa-sape nak join, diperdudukkan...
klik jer situ --> Papa & Baby Contest






harap-harap gambar ni menepati piawaian Cute Mum dan juri-juri ye?





Nama Papa : Jefry bin Ali
Nama Baby : Julia Nur Adelya binti Jefry
Umur Baby : 13 bulan



Tarikh Tutup :
14 November 2010






:: Nak Buat Salam Penutup Tak? ::

Assalamualaikum,


Semalam ai baru buat menda alah tu kat belog ai nih... so dah ada yg berminat nak jugak... jomlah layan...


Apa tu salam penutup? Haa cuba tutup belog ai... kuar lah benda tu.. eh cop tapi cepat-cepat masuk semula yer... rahsia belum dibongkar lagi ni...






benda nih lah yg akan kuar kalau korang tutup belog ai nih.. so kalau tanak benda nih kuar jer... jgn tutop-tutop okeh? ngeeeeee




tapikan, kalu masuk sekali-sekala belog yg ada tu ok lagi nak klik OK tu kan... buat dah hari-hari masuk belog ai nih, asek nak kuar benda tu, harap mahap ler... cepat-cepatlah tutop mata korang dan klik OK tu... huahuahua... ada ai kesah?


Ok... jom klik sini ramai-ramai... macam-macam adaaaaaaaa....



http://jeritanblog.blogspot.com




sekadar gambar hiasan



Terima kasih daun keladi lagi sekali kepada jejaka Akasia Maya atas share & tunjuk ajar beliau...