Info :)

Friday, September 30, 2011

:: Happy BESTday Ma ::



muahhhh we love u TokMa!





barang nak beli tahun lepas tak dapat beli lagi huwaaaaaaa.. so bawak lagi untuk tahun mendatang... sori Ma eks sebab anakmu ini tidak berkemampuan lagi sob sob sob

:: Jiwa Kosong Untuk Berblog ::

wahhh tajuk tak menahan!


tapi itulah yang LR rasa sejak dua menjak ni
entry raya pon tak der nak letak
apa lagi entry makan-makan kat opis minggu lepas
memang disengajakan
tatao la naper...
ermmm...



being me yang memalash dan tak nak memikir apa-apa hahahahha.. korang shud try.. ia sangat besh!

eh tapi kalau tertiba LR letak cerita basi tu sila fahami jer lah haha


oklah LR ingat nak amek cuti lar...
bercuti dari berblog hehe (ops ada yg kesah ke? macam tak der pon hahahhaha)


Babai.

p/s : LR baca tao blog korang walopon blog LR cuti ngeeeeeee

Monday, September 19, 2011

:: Jom Standby Kalendar 2012 Untuk Hari Rabu Ni ::

Ada apa dengan hari Rabu??


dari fesbuk airasia
tapi 5 destinasi jer ke eks??

Kalendar 2012 pon LR dah siap wat dah... ;p

Wednesday, September 14, 2011

:: ww - #6 ~ dua-dua baru ::



kaki mem punya






Tayar motor mem punya (tayar blkg ekekeke)



- Posted using BlogPress

Monday, September 12, 2011

:: Jangan Amek Mudah ::

Bayangkan dlm kandang ni LR srg je sooper dooper senior haha








Mak pak bdk lain just monitor anak2 dorang dr luar jer. Tp sbb LR tak yakin Adelya leh main sorang2 dlm tu, haruslah masuk


Ermm apakah LR terlalu berjaga2 sampai tak biarkan anak sebesar Adelya main dlm ni? Ada gak yg anak yg sebesar Adelya dlm ni main sorang2 tp tak pasti umur berapa


Tapi LR dah menyelamatkan srg anak kecik dari jatuh atas ni. Cer tgk... tinggi kan? Haishh mak bapak silalah jaga anak2 anda!!






Bdk tu cuba turun dr tempat warna merah atas kepala D&A ni. Tak gerun ke???Alahai kalau la jatuh kan??



- Posted using BlogPress

Saturday, September 10, 2011

:: Lepas Pekena Roti Jala, Moh Ke Pizza Lak ::

Cerita basi 2 hari lepas.


Tapi nak tepek gak gambar diorang. Susah sebenarnya nak dapatkan gambar berdua cam ni. Ni pon asal boleh la. Nak snap kali kedua dah tak berjaya sebab hp dah kena rampasan kuasa




Si kakak demam. Teruk gak demam kali ni. 2-3 hari badan panas gak. Dah pg klinik pon tak ok lagi. Selalunya asal pegi klinik balik tak mkn ubat dah baik dah. Janji kena pg bagi duit kat dokter jer huhu


Pastu sehari tak mkn apa. Ofer sup pizza jer terus nak. Nak pulak makan kat situ, tamo tapau2.


Haishh nak oder sup semata kang mcm tak best lak. Terpaksa la order pizza set plg kecik. Terpaksa jugak LR makan 2 slices (terpaksa sampai 2 ke?). Tak baik membazirkan... hehe tp 2 lg tapau wat balik... omak dah kenyang dowh


Bila anak2 demam campur batuk2 yg bawak ke muntah, terus doa kat Allah bg lah sakit tu kat LR. Biarlah LR tanggung. Tak sanggup rasanya menengok diorang sakit demam kan? Risau jer hati mak ni.


Semalam panas badan dah kurang. Tp hari ni mcm ada panas lak skit2. Tapi lepas raya ni ramai yang demam kan? LR dan satu rumah pon seme dah pakat demam gilir2


Selamat berweekend uols!



- Posted using BlogPress

Friday, September 9, 2011

:: Cubaan Nak Naik Tren KTM Tidak Berjaya ::

Tadi tengari kuar awal. Ada projek bahekkk punya kat mitveli nung. Projek apa malu nak bgtao haha.


Pegi en. hubby hantar. Terus menapak ke tempat yang dituju.


Berasap berpeluh sampai tertido, koi 3.30 jugak setel.


Kunun-kunun tanak susahkan en. hubby amek. Mesej en. hubby bgtao ai naik komuter jer. Kang dah sampai komuter baru yu amek... hehe kena susahkan jugak di situ


Ok malu bertanya sesat jalan. So bertanyalah LR mana arah tuju jalan ke komuter. Ok sibbek dekat jer. Eh lepas tu dah kompius. Kena seberang jalan ke? Terlilau-lilau mcm viva masuk bandar, nak tanya orang tak der yg rupa mcm kaunter pertanyaan lak... haishh jgn kasi malu ore kapong weh!


Owh rupanya ada jejantas kat dlm mitveli siap dgn escalator. Perghhh maju seadanya.


Ok direct beli tiket kat kaunter. Walhal dulu LR dah expert beli tiket kat mesin jer tapi tamo malukan ore kapong lg sekali pg kaunter lg senang sambil2 leh tanya akak tiket tu tren mana nak amek ke BN.



"2 orang ke?"

"sorang jer"

owhh rupanya rm1 jer haha. LR tak tanya pon berapa tambangnya just hulur 2 keping rm1 *blur*




Tiket ni dari tahun 90-an masih tak berubah


"naik ke BN amek tren mana ya?"


"turun platform 1" titik noktah. Ahh sudah tak mesra alam pulak kakak minachi tu. LR ni kalau org dah titik noktah awal2, mmg terkedu dah nak tanya soklan seterusnya. Terus angguk tanda buat2 paham sambil berlalu... grrr


Sampai platform 1, tengok waktu tren ke rawang koi 4.22... Masa tu baru koi 4. Lama lagi kena tunggu uishhh tak sempat sampai rasanya. Sambil duk kira-kira, waktu tren rawang sampai tadi dah jadi 4.35 lak. Haaaaa masak.


Mesej kat mat A mintak tlg offkan pc dannnn mintak tuttt sekali. Haha paham2 le apa benda tu. Memang kompem tak sempat sampai. So mesej2 en. hubby, dia kena datang amek gak kat situ. So patah balik ke mitveli. Dah rugi rm1 kat situ.


Tengari tak makan, singgah beli rotiboy, makan sambil lenggang kangkung, abes gak seketoi. Haishh air air, tercekik lak rasa. Tp dah lalu tepi bolevad tu banyak restoran yg pakat jual air setan jer... eh negara Malaysia ke ni? huhu


Keh la sekian kisah ahkak hari ni yang dah ghupe org kg masuk bando kekdahnya.


- Posted using BlogPress

:: Jom Menjala ::

Semalam balik kerja, terus ke dapur.. eh bukan nak tunjuk rajin tu tapi nak intai dalam piuk TokMa masak apa hehe


Semalam berceting ngan kawan opes lama dulu. Dia rikues nak mkn nasi dagang kalau dia datang umah LR... haaaa LR masa raya ritu pon tak buat nasi dagang tao x.. just buat nasi impit jer huhu


So katanya lg tak dpt nasi dagang nak yang sedap haha leh rikues2 bagai ya. Sebenarnya LR nak angkat air 'kelesss ko jah' jer ekekeke. Pastu terfikir kalau nak sedap, roti jala jer senang nak wat haha (eh sedap ke roti jala tu?)


Oya.. berbalik kepada perenggan di atas, dah bukak tu terbaulah kari.. oyaya TokMa buat kari daging! Ting! Terus LR nak buat roti jala walopon tade orang datang. Makan seniri sajork.


Sebabnya masa kali pertama wat roti jala bulan puasa ritu macam tak puas makan sebab dengar jer azan terus hadap nasi haha buruk lantok.. so makan 2-3 ketoi jer la






menjala yang tak berapa jadi






Inilah hasil tangkapannya


Bahan-bahan men masuk ikut sukati jer dapatlah dalam 25 ketoi rupa cam ni.. tapi tak berapa padat macam orang buat jual tu.. kira kalau nak jual jugak 3 ketoi singgit jer hehe




- Posted using BlogPress

Thursday, September 8, 2011

:: Hari Kedua Lepas Raya Kat Opes ::

Tak buat keje apa pon... baru dapat 3 keja jer pon.. wawawawa nak tunggu cukup 5 baru nak buat ke? tapi tahap kemalasan tu memang menggunung tinggilah... esok jer lah buat... hari ni hari bersuka ria wawawawa


so kerja hari ni adalah main fesbuk sambil baca blog! wiu wiu.. tak cukup ngan guna pc... baca blog pakai hp.. hahaha gigih tak... LR pakai hp sbb mana-mana blog yang guna dot com memang kena blok tak leh nak masuk... so terpaksa baca halus-halus pon kat dalam hp ni.


eh hari ni LR baru start puasa.. kunun-kunun azam nak ganti puasa awal-awal. Tapi tak tao le berapa hari leh puasa awal... macam tahun sebelum-sebelum... 2-3 hari lagi nak Ramadhan masih lagi terhegeh-hegeh nak ganti.. dush!


pas tu godek-godek gambar dalam external hard disc.. gambar raya tak de pon. belum upload masuk. masih malas nak upload. tepek gambar ni dulu lah.. dah lama weh dalam hard disc tu... inilah keburukan teknologi... amek gambar simpan... pas tu kalau hilang langsung tak der gambar. kalau dulu abis jer seroll filem terus pegi cuci.. lawa ke idak ke belasah jer simpan dalam album ekekekeke


 outdoor photoshoot la kununnya ni.. hehe



tapi ini budak ini mood ke laut sebab baru bangun tido


tengah memilih gambar untuk diphotobook kan.. tapi dah pening nak pilih gambar mana.. huwaaaaa

Wednesday, September 7, 2011

:: Huishhh Dah Kena Datang Kerja Ker? ::

Assalamualaikum,


Haiyaaa sangat berchenta nak datang keje hari ni. Tapi gigih gak lar set jam 5.30 sebab nak kena gosok baju. Semalam baru niat nak gosok tapi blackcurrent lak dalam sejam.. time nak tido pulak tu dia leh tutup lampu! haish sangat panas kalau tak der letrik ni... naper lar orang dulu-dulu ok jer kan tido tade kipas.. owh kat kampung memang suasananye sangat nyaman.. kalau pukul 3 pagi tu.. dah tak yah nak on kipas dah... sejukkkkk... time ni la selimut amat diperlukan hehe.


Sepanjang-panjang cuti.. malas yang amat nak membukak blog. Gayanya blog tu umpama kerja jugak kekdahnya haha. So keja cuti = blog pon cuti.. yeaayhaaaa sangat tidak relevan. Lagipun LR kan bukannya blogger tegar gitu.. lantak ler ada traffik ke idak.. janji malas tetap malas hehe.


Gambar raya yang tak berapa banyak pon takde napsu nak masukkan lam lappy. Tunggulah kalau r.a.j.i.n datang... hehe


Sekarang ni amek mood dulu k.. sesambil tunggu geng makan.. eh awat macam kosong lagi opes nih.. oit korang-korang.. kan dah janji datang keje ari ni... cepat ler.. perut ahkak dah windu nak makan kat kantin bawah nih.. hehe



SELAMAT BEKOJE KENGKAWAN!