Info :)

Wednesday, December 3, 2014

Tepung Beras vs Gajah

Assalamualaikum..

Hari ni baru tao yg tepung beras ada banyak versi.

Kalau nak buat menggoreng, nak buat kuih koci, laksam kena guna tepung beras berbeza. Gitu. Bila TokMa soh beli tepung beras je, main amek je yang mana ada tulis TEPUNG BERAS.. Tu pon puas baca takut tersalah amek tepung ubi dll tepung. 

Tadi tengok kat FB kawan.. Rupanya ada 3 jenis tepung beras... Yg bezanya pada berapa banyak gambar gajah.. Tsskk


Tepung beras cap 1 gajah sesuai utk mengoreng

Cap 3 gajah utk buat kuih koci or apam

Cap 5 gajah untuk buat laksam

So.. Nak bagi kuih kita menjadi, baik hafal berapa ekor gajah yg kita nak cari hehe.

P/s : tepek sekali resipi cempedak goreng utk rujukan diri seniri.

Tepung gandum 4 sudu, tepung beras 2 sudu, telur sikit, garam, kunyit, air... Ada yg suruh masukkan kelapa parut sikit utk rasa lemak2. Jgn cair sgt nanti x melekat kat cempedak.

Wednesday, November 26, 2014

[Cuti Sekolah] - Ke Mana Kita?

Assalamualaikum..

Kisahnya masa balik Melaka itu hari, tingin nak bawak anak-anak gi Taman Rama-Rama.. Yer r, Melaka kan negeri pelancongan tapi kita ni x sokong pon kan agaga.. bila dah tercakap kat anak-anak, itu je la diorang tanya selagi tak pegi huhu.

So satu hari tu kami pon pegi la. Dah parking semua turun, mamanya terus p terjah harga tiket. O'oooo... Mahai jugak harga tiket dia ;(. Terus cancel nak masuk agagaga. Kalau 2 dewasa 2 kanak2... Nangis! RM46 semua sbb Rania masih free. Takyah la nak sokong2 hak hak hak. Baik gi beli makan kenyang perut kah kah kah ingat makan je! Dewasa RM15 Budak RM8 sorang. Tak de harga warganegara ke oit?

Bukan per, tengok keadaan taman tu cam.. Alahaiiii x berbaloi kot... Seram pon ada huhu. So anak2 masuk keta tanya2 kenapa x jadi masuk.. Alhamdulillah anak2 memahami. Dan kami janji nak bawak diorang gi tengok ikan pulok :)


Alhamdulillah tiket dah beli tru Groupon. 4 tiket je sebab Rania masih dpt masuk free :-). Mama suka sebab beli dari groupon dapat jimat RM30!! Yay!

Tak tao nak bawak anak-anak ke mana cuti sekolah ni? Bawak je la pergi Aquaria hehe. Kalau korang nak berjimat jugak.. klik jer kat sini GROUPON 


Friday, November 21, 2014

Keputusan Peksa Kak Ngah Pulak

Assalamualaikum..

Sebelum tu just nak maklum kat sape2 yg baca ni.. Jgn anggap nak menunjuk ke apa bila tayang keputusan peksa anak. Sekadar utk rekod shj. 

Ekceli kami tak tao KNgah dapat nombor berapa. Cikgu x maklum pon. Tapi ada jemputan ke Majlis Anugerah & Konvo kat dewan. So pegi je la sbb dengar2 KNgah ada wat persembahan. 

So layan gambar dulu. Video x reti nak upload kot. 

Persembahan pembukaan oleh semua pelajar umur 4-6 tahun.

Gambar tak clear sbb amek sambil dukung Rania.. Tskkk

Persembahan pertama dari KNgah. Kngah kat belakang tengah.

Gummy Bear Song sebagai persembahan kedua. Tukar baju biasa dah.

Persembahan terakhir.. Jadi bunga raya tu. 

Bila pengumuman pelajar terbaik, barulah kami tao KNgah dapat no. berapa. Jatuh gak resultnya huhu.



Gambar hadiah KNgah tangkap seniri huhu.. Ni je gambar yg ada sblm dia dah tak sabar2 nak bukak. 

Baru dapat buku rekod ni smlm. Dari No. 1 jatuh ke No. 3.. Adesss haha. 

Cerita sebenar, memang kami yg salah sbb tak amek berat & tak sempat ajar anak-anak kat umah. Diorang hanya belajar kat sekolah je. Balik sekolah terus campak beg layan tv.

Pasni kena tegas sikit & cari masa utk spend masa mengajar anak-anak ya mama. Insya Allah mama boleh!

Last sekali belanja gambar mama & adik lah. Adik yg boring & merayau2 dlm dewan sampaikan naik atas pentas. 





TokMa & Klong turut hadir. Papa dtg kejap sbb kena g opis lepas tu.

Tuesday, November 18, 2014

Mana Keputusan Peksa Kak Long?

Assalamualaikum,

Ini adalah pengalaman mak yg anak baru darjah 1..
Tertunggu-tunggu gak mana keputusan peksa tak dapat2?

Semalam Damya bagitao kena tgk online.. laaa ye ke??
Macam mana nak tengok? Kat mana nak tengok?? Aiseh terlupa pulak gugel kan ado???

Pagi ni terus taip 'keputusan peperiksaan darjah 1 2014'... maka keluarlah berderet-deret linknya.




So kita klik yg mula2 tu.. atau klik je terus kat http://sapsnkra1.moe.gov.my/ibubapa2/index.php.. jom!



Mak pulak yang berdebar nak tgk result huhu.

Ok ni lah result dia :(
Result dia jatuh teruk jugaklah... dari no. 1 dpt no. 5!

Ok pas ni memang confirm kena sekat citer karton2 tu semua ya Klong & Kngah.


Dah nampak yang drop kat mana.. BI & Math!! Core subject tu kot Klong... pas ni kena pulun ye anakku. Tapi Alhamdulillah semua masih A.

Buku rekod Kngah lom dapat.. tapi dah tao dapat no. berapa. Nanti kita story yg Kngah lak.




Friday, November 14, 2014

[Sebelum vs Selepas] - Bekas Pensil



Sian koala nih... Dah x muat nak isi muatan :)

So.. Taraa!


Pasu dah bertukar jadi bekas pensil keh keh keh.

Friday, October 17, 2014

Takwim Cuti Sekolah 2015

Salam Jumaat.


Bila anak dah sekolah, kenalah tengok jadual cuti kalau nak plan apa-apa kennnn...

Tadi google menda lain.. pas tu jumpa takwim nih. Berguna kot!

Klik sini je ok.

Ni pulak cuti umum 2015


Leh la plan cuti.

Dah tu je nak bgtao. Babai.

p/s : Zikir Harian di hari Jumaat ialah Ya Allah. Jom banyakkan zikir ye kawan-kawan.



Thursday, October 9, 2014

Happy 5th Bestday



2 hari lepas sebenarnya. Tak sempat nak post :)

Semoga KNgah, Klong & Adik menjadi anak mama papa yang solehah ya. Mama doakan anak-anak mama berjaya di dunia & juga akhirat.

Kngah baru 5 tahun kan? tapi mama rasa macam dah besar dah.. dah pandai baca 2 suku perkataan.. dah pandai menulis walopon kadang-kadang S terbalik kikiki. Masa 4 tahun suka ultraman, tapi bila dah masuk tadika, dah minat princess pulak.. la ni demam frozen lah. Asek-asek la nyanyi ledigoooo ledigooo.

Suka selfie.. Ikut sape tatao lah haha. Tapi yang suka tengok gambar-gambar dalam hp ni adik dia.. siap ketawa gelak2 bila tgk gambar kakaknya nih. Macam-macam muka ado haha.





Hadiah?
Mama nak buat kek coklat letak edible frozen.. tapi lom buat. Sabtu Ahad la kita operasi ye?
Papa bagi keta remote yg Kngah requested.
Klong papa belikan mainan vending machine yg Klong nak.
Adik mama belikan ice cream stick yg colorful kat DIY.. nanti nak ajar adik warna.
Abi pulak beli jam tgn frozen utk Klong & Kngah.

Lagi 2 bulan adik nak 2 tahun. Klong lagi 5 bln nak 8 tahun. Semoga anak-anak mama sentiasa diberikan kesihatan dan dilindungi oleh Allah selalu.

Luv u all,
MAMA

Tuesday, October 7, 2014

[Sambutan Aidil Adha] - Ibadah Qurban

Assalamualaikum.. Puas dop asek make daging je minggu ni? Lengguh gusi dok kunyah daging manjang dop?

Kekonon buat tajuk ada bracket bagai mcm ada sambungan kekdahnya.. Tapi nak amek gambo pon sah malas.. Acane nak continue entry raya haji?

Haishh nasib baik zaman whatsapp ada. Ada la gak yg rajin amek gambo & send kat grup.

Gambar makan2 pagi raya tak de. TokMa buat ayam gulai (read : nasi berlauk ayam) pagi ni. Memang marvellous! Terubat rindu nak mkn nasi berlauk kat Kelate... Bila nak blk Kelate jenguk mok ni? Insya Allah ada rezeki & cuti sekolah boleh la blk nanti. Psstt rindu nak mkn sup perut atas pasar kb!!

Klong & kngah ikut TokMa gi solat kat surau. LR mandi & siapkan Rania. Pukul 10 pagi semua pegi semula ke surau sebab TokMa amek sebahagian lembu.

LR dapat baju hijau bertulis kat blkg 'URUSETIA 2014' gitewww.. ES, Abi & Dedi pon pakai baju urusetia warna pepel.

Layan gambar je la. Ihsan dr whatsapp.
Nampak tak LR kat ujung2 tu tgh potong daging? Khusyuk weh.. Sakit pinggang rasa berdiri potong daging tu.








Gambar ES tgh lapah daging pon lupa nak snap.



Pas tu, ada masak2 & lepas asar baru siap masak & makan2. Tapi LR balik tengahari tu & tak nampak muka dah lepas tu hihi. Tak kose dah nak g mkn. Wakilkan ES je la. LR blk terus pekena gulai ayam TokMa lg syok!

Semoga tahun depan ada rezeki LR & ES pulak untuk buat ibadah qurban ni.. Insya Allah.


Saturday, October 4, 2014

[Sambutan Aidil Adha] - Ke Pasar

Di sinilah kami selalu shopping barang basah ie ikan ayam dll.

Hari ni memang penuh lah pasar semua nak beli untuk juadah esok pagi.







Friday, September 26, 2014

Kejadian Kelakar Bila Buat COD

Wah tajuk kan?

Setakat ni LR rasa ada 2 kejadian yang kelakar bila nak buat COD... ada yang tak tao ke COD tu apa? Sejak zaman biz online.. pemes COD tu hehe. COD tu maksudnya peniaga hantar barang kat customer, pehtu barulah customer buat bayaran... kot omputihnya CASH ON DELIVERY.

Hah... kalau nak COD, pehtu jangan pulak cust tak datang ye.. penat tao seller datang. Dah la kadang tu free delivery jer.. kan kalau kita pos, ada caj pos kan? Patutnya kalau nak seller hantar, kenalah caj minyak tol segala tu. Tapi jenis seller yang tak sampai hati? Huhu sedekah jer la kan?

Kejadian Pertama
Masa ni kat Klinik Azzahrah Bangi. Janji jumpa kat situ. Maka LR pon pegi la tunggu kat situ. Haaa kakak tu dah tunggu. LR pon pegi lah. Kakak tu pon tanyalah berapa? LR pon bagitao la harga sekian-sekian. Pastu dia tanya soklan pelik pulak. Eh salah orangkah??? Rupanya kakak tu COD beli ubat huwaaa nangis! Pastu barulah perasan customer LR baru sampai ngan anak dia huhu.

Tak sangka la tempat perjumpaan seller & customer boleh berlaku pada waktu yang sama.. kikiki. Ni dah lama.. dah tak ingat sangat dah jalan cerita dia hehe.

Kejadian Kedua

Berlaku hari ni.. customer ni call LR dari pejabat dia kat Bank Pembangunan. Masa tu LR kelam-kabut beli ikan kat NSK. Dia kata dia kat KL, kalau COD boleh ke? Ok dekat lah kan? Boleh jer nak datang kat area Bank Negara (senang bgtao Bank Negara.. sebab cam semua orang tao kot Bank Negara kat mana huhu). Pastu macam susah pulak dia nak datang.

LR tanya dia duduk mana. Dia kata Semenyih. LR kata boleh la kalau nak jumpa Kajang pon. Dekat je kan? Tapi tiba-tiba ES cakap dia boleh hantarkan sebab dekat jer.. ok set r. Mintak dia sms no hp la senang nak deal. LR pon masa dia cal tu lupa nak tanya nama haha. Nak call balik opis dia pon no point kan? So dalam hati kata, ada rejeki adalah. Esok dia tak sms pon. Lusa barulah dia SMS. Lupa katanya. Lusa tu hari nilah. So.. my ES pon pegilah sana. Dan-dan tu dia call, terus hulur phone dia kat customer i tuh..

'Haa kak.. ni Ha (masa dia SMS dia bgtao nama dia Zita). Nama penuh dia Hazita. Panggil Ha jer kat rumah. LR pon macam blur2 la kan? Pastu baru clear sikit.. haaa Ha? Lailahaillallah.. rupanya dia bukan orang jauh pon.. wife sepupu LR je pon. Selalu jugak jumpa. Aduhhh.. kecik betul dunia. Dia ceritalah dah lama dia cari Hanger Tudung yang LR jual tapi tatao nak beli kat mana hehe. Sibbek LR tak caj kos hantar. Kalau dak, malu eh.. pastu ES bagi harga sepupu lagi kat dia hehe.

Sepupu dia punyalah jual kan? Dia boleh search kat Internet. Barulah rasa nak gelak bila teringat masa dia call mula-mula tu, bila dia tanya Kajang kat mana.. bila LR bgtao dia cam ooo dekat ngan rumah kakak sepupu kui3. Rupanya kakak sepupu itu adalah LR seniri.

Kalau lah tao, esok pon nak jumpa kat rumah abang LR haha.

Okeh.. supaya kejadian kedua ni tak lagi berulang, LR nak bagitao kat kengkawan kot-kot ada yang dah tak tao nak kemas/simpan tudung.. bolehlah contact LR.

WhatsApp ke 016-6602507

LR jual Hanger Tudung 17 Klip dah yang sewaktu dengannya... untuk shawl ada.. untuk tudung bawal pon ada gak.

Harga sekarang tengah promo 1 set termasuk pos ke SM RM29 sahaja. Tapi kalau ada kawan-kawan dekat sini jer, leh la diskon sikit lagi.. :)

Oh ya.. kalau beli lebih dari 1 lagi besh sebab LR bagi diskon lagi.

Kalau 2 RM55 shj termasuk pos ke SM. Kalau nak borong, WhatsApp je la ye ke 016-6602507.





[Godek-Godek] - Konvo Day

Tajuk godek-godek tu maksudnya throwback la ye.

Hehe jumpa gambar masa konvo tahun bila ni ye??
Haha lupa ingatan weh.. tak silap 2006 nih.

Kalau 2006, masa ni dah jadi tunangan orang dah. Tapi orang tu tak dapat join sebab ada kursus katanya. Konvo ni hari Selasa kot. Tapi tak pe, ada family yang datang celebrate sama-sama :)

Kiranya masa kejadian ni blog nih tak wujud lagi.. blog wujud bila Damya dah kuar tahun 2007. Tapi 2008 baru ada blog :). Maknanya gambar-gambar masa bujang tak pernah appear kat blog ni huhu. Oh ada gambar photoshoot kat studio.. tapi tak scan. Pastu masuk album gambar.. pastu tak tahu dah album kat mana? Kat Kelantan kot.

Ok. Ini adalah hasil penat lelah bergelar seorang pekerja cum pelajar selama 4 tahun ulang-alik KL-Shah Alam weekdays. Kalau kenangkan balik sekarang ni, memang tak sanggup nak buat part-time study cam ni dah.. tobat wakkkk... nak pulak sekarang dah ada anak kan? Dulu boleh la single lagi... kuar pepagi gi kerja.. sampai rumah dalam 11 mlm. Kalau sekarang wat cam nih? Memang anak tak kenal mak le jawab nyer heh heh heh. 

Masa konvo ni tak sama-sama ngan kengkawan batch yg sama. Sebabnya tangguh wat report dissertation setahun. Cam tak tao nak buat report pasal apa. Pastu malas nak fikir huhu. Tu yang lone rangers jer amek gambar hahaha.

Jomlah kita layan gambar masa konvo nih. Adeh gambar tak sharp..guna kamera apa nih?

Dah siap.


 With chenta hati.. mum, mok, kakak & abang


 Cik Mah & Emi pon ada gak.


Yang masuk kat dalam Ma dengan sape ye? Seriyes tak ingat hehe.


 Dah panas.


Gambar biasa dilihat. Layankan je :)

Kat rumah langsung tak der gambar pakai topi.. eh gambar kawen pon tak de.. haha. Kami jenis tak tepek gambar kat dinding umah. Tapi rasanya gambar pakai topi nih kena print gak selai untuk tunjuk kat anak-anak kan? Bagi semangat kat anak-anak.

Macam nak amek Master.. tapi tunggu dapat 44 dulu la kot. Baru leh wat full-time :)


Tuesday, September 23, 2014

Kisah Van Sekolah Anak

Hi,

Sepagi hari ni buat keje.. jumpa bos. Amend surat sikit. Dah.

Call orang2 yang berkenaan ngan urusan kerja diorang.. Alhamdulillah 1 dah setel. Tinggal 1 lagi jap2 lagi nak datang. Ok dah dtg. Habis keja hari ni :)

Semua boleh beres bila dapat telefon office baru! Gitew alasan kan? Sebelum ni telefon kat sini nampak cantik tapi dah nyawa-nyawa ikan. Lupa nak amek gambar telefon sebelum. Nak tekan nombor tu, kena usaha lebey sikit.. tekan letak gagang angkat tekan letak gagang dan lagi dan lagi baru butang dial dia tu berfungsi. Then hari apa ntah, Khamis ke Jumaat, terus telepong tu boikot. Langsung dah tak leh nak dail.

Ok wat aduan kat PA Bos. Sampai ke sudah tak de telefon ganti. Last-last LR nekad bawak seniri telefon tu gi bawah haha.. dari tkt. 4 membawa ke tkt. 2. Ting! Dapat telefon baru. Dapat telefon macam kat umah je tapi yang bestnya kaler hitam! i loike!

Ok dah pasal hal opis.

Tadi TokMa telefon bagitao Klong demam.. mintak call aunty van supaya tak yah datang amek kat rumah. Memang tiap kali anak-anak tak gi sekolah, kami akan call driver van bagitao jangan datang. kang kalu datang, sian kat depa. Tapi ada jugak kadang tu terlupa call haha. Tapi jarang la. So far, driver van anak-anak kami ialah orang India. Van Uncle direkomen oleh orang tadika. 2 choice tadika suggest, 1 driver melayu 1 driver India. Tapi bila driver India bagi murah sikit, tu yang amek je hu hu.

Van Uncle ni amek masa Klong masuk tadika tahun 2012. Sampai sekarang masih guna perkhidmatan uncle ni untuk hantar Klong ke sekolah agama, hantar Kngah ke tadika. Alhamdulillah setakat ni ok lagi. Kadang bila pegi amek diorang kat sekolah/tadika, nampak la Uncle ni turun untuk amek2 anak-anak orang lain.. means harap2 anak kita pon dia buat macam tu jugak lah.

Van Aunty pulak untuk amek Klong gi sekolah kebangsaan waktu petang. Start tahun ni la bila Klong dah masuk darjah 1. Direkomen oleh Van Uncle sebab kakak dia jugak. Alhamdulillah selesai masalah nak cari orang amek hantar anak sekolah. Ingat lagi masa tu dah nak bukak sekolah, baru mak pak teringat nak cari driver. 1st day sekolah LR amek cuti untuk hantar Klong. Masa pegi LR hantar.. hurm kisah sekolah anak lom cerita kat sini. Next entry la kot kalau rajin. Dah nak cuti sekolah dah pon agagaga.

Balik tu, kami tunggu kat sekolah. Tapi Klong kami mintak balik ngan Aunty untuk biasakan. Sebab esok dah start full pegi blk ngan Aunty dah. Bila Klong naik van, rasa semacam je. Risao weh. Sapa tak risao kan bila anak-anak kena balik seniri. Nak pulak kawasan sekolah tu memang tengah bandar. Anak-anak kena kuar pagar & jalan pegi kat van. Hanya doakan kat Allah jer la untuk anak-anak dilindungi dari musibah & kejahatan.


Masa ni 1st time Klong naik van sekolah pegi tadika. Nampak samar-samar yang pakai tudung putih ada line hitam tu.


Nasib baik kaki sampai nak panjat tangga bas. 

Ni pulak 1st time Kngah naik bas sekolah pegi tadika. Tak risao sangat dah sebab Klong ada. Masa ni Klong dah otai hehe. Klong nak gi sekolah agama. 

Tapi balik tak sama sebab Klong balik koi 11, sampai rumah dalam 1120-1130. Kngah balik koi 12 sampai rumah dalam 1230 - 1245. Driver akan tunggu pagar bukak baru diorang jalan. Alhamdulillah. Walaupun berlainan agama, tapi diorang baik dan bertanggungjawab jugak la.

Klong kena balik siap-siap cepat-cepat sebab Aunty datang amek pukul 1145 pulak. Memang dia penat. Tapi lebih baik anak-anak penat belajar dari penat tengok tv kat rumah. Kesian kat anak-anak. Rasa cam nak tukar tempat keja dekat umah.. boleh amek hantar anak sekolah. Tapi kena la terima kenyataan mak nya.. takat ni tak de lagi post daerah hahaha. Anak-anak sila la bertabah.

Kadang tu, diorang mintak amek. Alasan panas la atas bas tu.. huhu. Yer r.. sebelum sampai umah, kena raon dulu amek hantar orang lain kan? Mama faham nak. Kalau mama free memang mama nak amek hantar korang. Klong kalau boleh nak petang Jumaat tu amek dia. Kadang ikutkan gak. Tapi kalau tak sempat, balik jer la ngan Aunty hehe.







Monday, September 22, 2014

Batuk & Selsema Menyerang

Assalamualaikum,

Hari ni bos cuti.. Ada SST nak sign atok tapi bos x de, kena tunggu bos gaklah.

So alang2 dah x de keje, kuar g klinik Tanglin jap arghh.. Sbb ubat batuk yg dulu2 dah abis smlm.

Kalau tak makan ubat batuk, alamatnya tak leh nak tido mlm. Batuk dapat lepas hantar anak2 gi PD. Dlm keta odw nak balik rumah, dah start dah. 

LR kengkonon pegi lambat dekat 11 pagi kengkonon org dah ramai cau. Meleset! Penuh dalam tu tgh tunggu sampai kusi penuh huhu. Sabar je la nak kata apa lagi. 

Pas dah jumpa Dr., dia tanya keje ke? nak time slip.. LR haah je la. dia soh tunggu kat luar dulu nanti dah siap dia bagi.

Alih2 dapat kertas kuning.. MC. Haishh kalau tao Dr. baik nak bagi MC, teruslah bagi 2 hari. Ni dah dtg keje pon. Nak balik kang, ES kat opis. Lagipon tinggal 3 jam je.. Tunggu je la kat opis.. X de keje pon dah bos pon x de kan.. 


LR mintak ubat x ngantuk, tapi Dr. bagi gak yg ngantuk... mmg pas minum ngantuk!

Oh ya, rupanya bukan LR srg je yg kena batuk sesema ni, 1 rumah kat PD tu batuk sesema berjemaah.

Dah la Muhammad Aqil Zharif (anak buah LR) dah dapat kuar wad.. Ridao gak la. Tapi Alhamdulillah tak join batuk & selsema tu. Kalau kena sian sangat la kan?

Abi diorg siap bwk gi klinik. Bila blk Kajang, kngah & adik je yg nak makan ubat. Klong asek layan katon sampai lupa mkn ubat. Bagus pulak si adik senang mkn ubat.. Guna cup ubat tu je. Bagi kat dia, dia minum seniri.. very good! Tapi tak baik-baik lagi :(. Meleleh je, reti bila soh amek tisu & hembus hingus kuar. Tapi angin je yg kuar haha.

K lah.. Nak pg solat pastu tutup lampu zzZzZz jap :) wish me luck!! Selalunya susah nak lena kat opis. Cer kalau kat rumah.. Kejap je dah krohhh krohhh


Friday, September 19, 2014

First Task

:)

Nasi Lemak Luar Pagar

Salam everyone,

Bekpes hari ni ditaja oleh diri seniri. Seniri beratur & beli kat luar pagar opis. Kalau kawan2 tanya beli mana? Jwb 'luar pagar' je semua org dah tao hehe.

Zaman dulu (sebelum pegi JPS) ayahnya yang niaga. Tapi bila pakcik tu x sihat, anak perempuan dia take over. Bawak van seniri uolss.. Muda lagi budaknya. Semoga adik bertambah sukses! 

RM4.50
Nasi lemak paru + begedil.

Hamboi! Kemain mkn pagi kan? Pastu dah takut nak pijak penimbang hahahaha.



P/S :
LR masih lagi mencari kawan2 yg nak cantik, gebu, muka x kusam anymore dll yg sewaktu dengannya, jom share beli collagen powder dr shaklee.. Jom la join.. Boleh dpt harga murah giler kalau beli ramai2. Offer bln ni je tao! Fast action fast result gitew :)

Thursday, September 18, 2014

Testimoni Meleleh

Hai uols.. dah masuk entry ke 3 utk hari ni :)

Memang nampak nau lom dapat kerja heh.. syhhhh jgn bising2 tao... mana tao esok lusa tak menang tangan LR ni pulun wat keja kan? So masa yang ada ni, kita baca blog berfaedah je la hehe

Baca yang tu baca yang ni.. last-last ternampak ini.

|
|
v

TESTIMONI #1
Kesan jeragat semakin pudar. Kulit terasa lebih lembut dan cerah. Kesan calar, sunburn dah hilang.


Nampak sangat berbeza kan? Sangat meleleh weh.. sebab muka LR macam gambar atas tu sekarang ni sob sob sob. Sunburn masa naik moto ulang-alik keje setahun lepas memang tak hilang2. Tengok gambar tu. Memang mendatangkan ketidakpercayaan. So kita scroll lagi dan lagi dan lagi.

Meh tengok testimoni-testimoni lain lagi...


TESTIMONI #2
Suami puji kesan jeragat semakin pudar. :D



TESTIMONI #3
Selepas mengambil Shaklee Collagen Powder selama SEMINGGU, telapak tangan yang dulunya selalu kering, kini semakin lembut dan lembab tanpa memakai sebarang losyen.



TESTIMONI #4
Walaupun baru makan Shaklee Collagen Powder selama 3 HARI, dah rasa keberkesanannya.
Kulit makin lembut, kesan jerawat makin pudar, sakit badan dah hilang, bangun pagi bertenaga, mudah buang air besar, gastrik dah hilang, pecah-pecah pada tapak kaki dah hilang.



TESTIMONI #5
Mak beliau berumur 59 tahun, selepas makan Shaklee Collagen Powder, tiada lagi eyebag, tiada lagi pigmentasi, tak cepat penat, sendi pun tak sakit dah.



TESTIMONI #6
Selepas ambil Shaklee Collagen Powder selama 5 HARI, jerawat kurang, kulit semakin licin!! Kulit kaki pun terasa lembut jee..



TESTIMONI #7
Selepas mengambil Shaklee Collagen Powder sebanyak 2 kotak, kesan ketara kulit lebih cerah dan tona sekata, lembab, lembut. Jerawat cepat kecut, tumit kaki licin.



Ouchhhhh meleleh meleleh meleleh... cepat la korang.. jom kita share beli Shaklee Collagen Powder ni.. sebab la ni shaklee ada promosi bulan September 2014. Beli 6 box dapat free 1 box.





Sebab apa LR ajak share? Jom buat kira-kira sikit. Sebelum tu tengok kat harga retail kalau beli 1 box tu. Nampak tak?? RM298/box agagaga...  x mampu lor nak beli sampai harga cam tu.

Tapi bila beli 6 free 1 dia dah jadi harga cam nih.

RM298 x 6 bahagi 7 = RM255 (jimat RM43/box).

Nak jimat lagi? LR kenal kawan-kawan yang jual Shaklee.. diorang bagi harga ahli diorang je :)

So lagi la dabel trabel jimat!!

Cepat jom.. hubungi LR ok?



Lida Rahim
sms/whatsapp 016-6602507