Info :)

Wednesday, November 26, 2014

[Cuti Sekolah] - Ke Mana Kita?

Assalamualaikum..

Kisahnya masa balik Melaka itu hari, tingin nak bawak anak-anak gi Taman Rama-Rama.. Yer r, Melaka kan negeri pelancongan tapi kita ni x sokong pon kan agaga.. bila dah tercakap kat anak-anak, itu je la diorang tanya selagi tak pegi huhu.

So satu hari tu kami pon pegi la. Dah parking semua turun, mamanya terus p terjah harga tiket. O'oooo... Mahai jugak harga tiket dia ;(. Terus cancel nak masuk agagaga. Kalau 2 dewasa 2 kanak2... Nangis! RM46 semua sbb Rania masih free. Takyah la nak sokong2 hak hak hak. Baik gi beli makan kenyang perut kah kah kah ingat makan je! Dewasa RM15 Budak RM8 sorang. Tak de harga warganegara ke oit?

Bukan per, tengok keadaan taman tu cam.. Alahaiiii x berbaloi kot... Seram pon ada huhu. So anak2 masuk keta tanya2 kenapa x jadi masuk.. Alhamdulillah anak2 memahami. Dan kami janji nak bawak diorang gi tengok ikan pulok :)


Alhamdulillah tiket dah beli tru Groupon. 4 tiket je sebab Rania masih dpt masuk free :-). Mama suka sebab beli dari groupon dapat jimat RM30!! Yay!

Tak tao nak bawak anak-anak ke mana cuti sekolah ni? Bawak je la pergi Aquaria hehe. Kalau korang nak berjimat jugak.. klik jer kat sini GROUPON 


Friday, November 21, 2014

Keputusan Peksa Kak Ngah Pulak

Assalamualaikum..

Sebelum tu just nak maklum kat sape2 yg baca ni.. Jgn anggap nak menunjuk ke apa bila tayang keputusan peksa anak. Sekadar utk rekod shj. 

Ekceli kami tak tao KNgah dapat nombor berapa. Cikgu x maklum pon. Tapi ada jemputan ke Majlis Anugerah & Konvo kat dewan. So pegi je la sbb dengar2 KNgah ada wat persembahan. 

So layan gambar dulu. Video x reti nak upload kot. 

Persembahan pembukaan oleh semua pelajar umur 4-6 tahun.

Gambar tak clear sbb amek sambil dukung Rania.. Tskkk

Persembahan pertama dari KNgah. Kngah kat belakang tengah.

Gummy Bear Song sebagai persembahan kedua. Tukar baju biasa dah.

Persembahan terakhir.. Jadi bunga raya tu. 

Bila pengumuman pelajar terbaik, barulah kami tao KNgah dapat no. berapa. Jatuh gak resultnya huhu.



Gambar hadiah KNgah tangkap seniri huhu.. Ni je gambar yg ada sblm dia dah tak sabar2 nak bukak. 

Baru dapat buku rekod ni smlm. Dari No. 1 jatuh ke No. 3.. Adesss haha. 

Cerita sebenar, memang kami yg salah sbb tak amek berat & tak sempat ajar anak-anak kat umah. Diorang hanya belajar kat sekolah je. Balik sekolah terus campak beg layan tv.

Pasni kena tegas sikit & cari masa utk spend masa mengajar anak-anak ya mama. Insya Allah mama boleh!

Last sekali belanja gambar mama & adik lah. Adik yg boring & merayau2 dlm dewan sampaikan naik atas pentas. 





TokMa & Klong turut hadir. Papa dtg kejap sbb kena g opis lepas tu.

Tuesday, November 18, 2014

Mana Keputusan Peksa Kak Long?

Assalamualaikum,

Ini adalah pengalaman mak yg anak baru darjah 1..
Tertunggu-tunggu gak mana keputusan peksa tak dapat2?

Semalam Damya bagitao kena tgk online.. laaa ye ke??
Macam mana nak tengok? Kat mana nak tengok?? Aiseh terlupa pulak gugel kan ado???

Pagi ni terus taip 'keputusan peperiksaan darjah 1 2014'... maka keluarlah berderet-deret linknya.




So kita klik yg mula2 tu.. atau klik je terus kat http://sapsnkra1.moe.gov.my/ibubapa2/index.php.. jom!



Mak pulak yang berdebar nak tgk result huhu.

Ok ni lah result dia :(
Result dia jatuh teruk jugaklah... dari no. 1 dpt no. 5!

Ok pas ni memang confirm kena sekat citer karton2 tu semua ya Klong & Kngah.


Dah nampak yang drop kat mana.. BI & Math!! Core subject tu kot Klong... pas ni kena pulun ye anakku. Tapi Alhamdulillah semua masih A.

Buku rekod Kngah lom dapat.. tapi dah tao dapat no. berapa. Nanti kita story yg Kngah lak.




Friday, November 14, 2014

[Sebelum vs Selepas] - Bekas Pensil



Sian koala nih... Dah x muat nak isi muatan :)

So.. Taraa!


Pasu dah bertukar jadi bekas pensil keh keh keh.