Assalamualaikum..
Today is the day. Ecewah. Lama hilang timbul2 jer kecek oputih pulok dok?? Amek mood.. amek mood.
Aku bukan penulis yang bagus. Kalau boleh nak tepek gambar je pastu diam haha. Dulu pernah masa present aku malas nak baca kat depan tu.. baca sikit je so sila la baca seniri sebab dah ada kat depan tu kan haha..
Masalah nya pulak gambar tak transfer ke pc pon. Pastu tiba nak amek gambar dah tak boleh sebab dah full. Haishh rasa tak boleh la nak delete gambar anak-anak dalam hp tu. Tak sanggup weh rasa. Korang ada rasa cam tu x? Sebenarnya video yg beratkan fon tu.. tapi la ni si Rania tu yang suka tengok balik video2 dia masa baby & kakak2.. leka weh dia tengok. Sekarang ni memang aku dah tak leh pegang hp dah.. dia je yg conquer.. abis bateri baru diam. Kalau cas, idup kejap je tak sempat 10% pon dia dah tarik grrr.
Semalam pegi daftar tadika Kngah & bayar yuran sekolah agama Klong. Yuran Kngah boleh tahan weh.. dah sama taraf yuran aku masa belajar kat ITM dolu2.. yuran UiTM sekarang ni aku tak tao la pulak dah jadi berapa ribu eks?? Lama gile dah tinggal alam U huhu. Sekarang baru nak balik ke alam sekolah je. Lagi 10 tahun la kalau nak bergelumang balik ngan U.. Insya Allah. Tapi aku rasa gak nak study wat full time, kelas sikit2 je leh la balik umah goyang kaki.. macam best je kan? Dapat pulak kat UPM tu dekat sikit ngan umah :). Fuh cita-cita ada tapi course apa pon tak tao apa ada kat UPM nun haha. Tapi tunggu naik 44 dulu baru kita intai course apa.
Tadika kodi-kodi je dekat umah.. yuran dia RM1,020.00 utk setahun. Tapi dalam yuran tu dah ada fee utk bln 1. Bln 11 tak perasan masuk sekali tak.
Yuran sekolah agama Darjah 2 RM136.10. Bulanan RM20 je :). Hehe murah pulak kan? Yuran sekolah rendah lom tao lagi. Semalam p beli buku tulis.. memula pegi sekolah, tutup pulak. Rupanya boleh je pegi kedai buku kat Kajang tu je.. total buku tulis RM23.10.
Semalam ingatkan nak half day je uruskan semua ni. So ES aku hantar ke Komuter. Balik sana singgah Caltex nak kuar duit. Tup tup keta putih dah abis bateri pulak! Dah le sesorang. Dah le pukul 6 pagi. Cuma tak takut sebab Caltex dah bukak & ada staff dia dah. Tapi jaga-jaga jugak la sebab bawak duit nak bayar yuran tu kan.. siap lock dari dalam keta tak pasang ekon huhu. Nak pasang ekon canne nye dah keta tak leh idup wakaka. Wasap ES dia kata dia mintak tlg kawan dia.. tapi agaknya lom bangun tido. Baru ingat nak call abang, datang keta nak isi angin kat sebelah. Tengok2 India lelaki.. macam berumur jugak la pakcik tu, tu yg berani kuar mintak tolong huhu. Alhamdulillah Allah permudahkan. Dia boleh tolong. Jumper dia panjang weh. Staff Caltex tu yang tegur.. dia kata tu jumper lori hek hek hek.. memang dia dah standby dalam keta.. bagus betul!
Bila keta hidup, terus je la balik umah. Nasib baik ES tak bawak keta hitam. Kalu tak, memang tak leh gi memana lah.
So SMS bos kata EL. Ingatkan nak cuti hari ni.. sebab Rania appointment kat klinik Sg. Chua.. so ES je la pegi.. so petang ni giliran aku pulak balik naik komuter.
Apa ada dengan hari ini? Hari ni TokMa susah-payah keluarkan aku ke dunia ini. Semoga Allah memberikan kasih-sayang kepada TokMa, sentiasa dilindungi, diberi rezeki melimpah ruah & diberi kesihatan yang baik. Ore saye Ma.
Oh ya.. Rania dah 2 tahun 3/1/2015.
2 orang bedey girl