Info :)

Monday, December 28, 2015

Kidzoona Aeon Melaka

Destinasi wajib bila balik Melaka.

Ni kali kedua dtg sini.


Muka happy je semua ye!


Nampak macam bola2 ni dah kurang sangat sampai leh nampak karpet.. Masa 1st time dtg bola2 tu penuh sampai betis org dewasa.. 


Tak faham apa manfaat main pusing2 dlm ni.. Bersimpang siur bila kena tolak guling2


Stall2 ni favorite kakak2.. Haha menurun mama betul ni.. Suka sgt meniaga. 

Harga masuk weekday RM10, tp kalau weekend & public holiday RM15 srg (ni harga lama.. Harga baru dah naik jd RM17) . Tapi bila byr RM17 tu ada macam2 aktiviti gak mcm bercerita.. Sand art dan yg lain2 x igt dah apa

Tapi kami bawak hari weekday je kah kah kah.. Jimat weh jimat!


Thursday, December 10, 2015

Cerita Adik Rania la pulak hari ni :)


Assalamualaikum,

Lagi 24 hari je nak 3 taon ini budak.

Tapi rasa macam dia besar sangat dah. Maybe sebab berkawan ngan kakak-kakak.. tu la semua benda dia ikut.

Pandai macam-macam dah tapi cakap ada yang faham.. ada yang kakak-kakak dia je yang paham & ada yang dia seniri je faham hehe. Tapi bila orang tak faham.. dia ulang 2-3 kali mulalah nak amuk. Jadi langkah terbaik.. mama iyakan je kikiki. Kadang2 je berjaya haha. Banyak cakap jugak budak ni. Ntah apa dia bebel pon tak tao.

Kegemaran sekarang adalah pegi Speedmart. Kalau boleh hari-hari nak ke sana. Sampai sana je.. masuk je pintu Speedmart.. ayat tak leh blah dia.. 'Adik tak de apa-apa pon'. Haha tapi ayat tu power. So memang ada je bahagian dia. Tak essyim.. ula-ula.

Lagi satu yang spesel dia ialah.. ngikut sangat TokCik dia.. sekali hari tu dia saon apaknya macam ni.

'Dah la pa... tu dah bukak'. Siap tunjuk lagi kipas atas dah bukak.. so tutuplah kipas berdiri. Kahhh penjimat abis nih.




Sekarang ni memang kurang makan.. semulut dua je tapi minum susu jer banyak. Sebelum tido 2 botol boleh hadap weh.

Gambar ni masa ngikut tengok kak long ujian taekwando. Pas ujian, kita meramaikan majlis ke Ikea Cheras pulok.. ikut Tok Ma & Umi. Tapi tak dapat nak hadam.. ramai gile maknusia..

Ok tu je la dulu ye Adik. Papai.



Tuesday, December 8, 2015

Hari Anugerah 2015 Kak Long

Assalamualaikum

Ok ni last entry. Mata mama dah berpinau update blog.

Maaf lah adik Rania, asek cerita Klong & Kngah je eks.. nanti citer awak pulak.

Minggu last, semua sekolah pon nak pulun wat Hari Anugerah. Ni Kak Long kena datang sekolah agama & sekolah kebangsaan. Nasib baik tak sama waktu.

So mama papa amek cuti 2 hari sebab hari 1st tu Kak Long kena datang raptai SK. Van memang start cuti dah. Daddy pulak ke Ostolia.. tidak haruslah jadi mangsa kena hantar amek Kak Long hehe. Selalunya macam tu la.. kalau ada apa-apa kat sekolah, selalu jugak kacau daddy diorang keje. Mintak jadi wonder pet. Terima kasih Daddy. Jasamu dikenang.

Masa hantar raptai tu, mama follow jadual yang cikgu bagi je la. Katanya pukul 8. So 7.58 baru sampai kat sekolah. Taapiii budak-budak dah siap berkumpul ngan cikgu-cikgu dah.. haha nasib la Kak Long. Pastu janji siap pukul 10.30, mama datang amek, tak siap lagi. Maka tengoklah sekali raptainya tu sampai pukul 11.15. Kak Ngah pulak papa gi amek.

Petang pulak, Hari Ikhtifal SA.

 Hiasan pentas tak nak kalah gak sekolah agama ni hehe



 Guna hp jer amek gambo + tangan gego memang kena redho je lah kualiti dia kah kah kah




Terima kasih ustaz ustazah yang mengajar & mendidik Kak Long sepanjang 2015. Jumpa lagi di tahun 2016.




 Tahniah Kak Long.. walopon tak dapat top 3, (dapat no. 9 rasanya) tapi dapat matapelajaran Tauhid terbaik.. Alhamdulillah. Malu-malu bila suruh amek gambar atas pentas usai majlis.. grrr. 


Masa ni mama papa & kngah adik pon datang. Tapi masing-masing buat hal.. adeh stress mak! Duduk lama-lama dalam tu, ajak kuar pulak. Pastu ajak masuk. Yang adik pulak tengok ada budak makan gula-gula.. dah tak senang duduk. Terpaksa mama mintak kunci keta ngan papa gi kedai beli gula-gula. Pastu bila Kngah tao tak ajak dia, ngajuk pulak dah.. haha fenin btoi. Janji balik singgah Speedmart beli air milo baru ada senyum.


Pas abis gula-gula, si adik ni berzikir nak gi umah abi pulak. Adeh dik.. apa hal ni?? Last-last ajak balik. Tak sempat mama nak tengok Kak Long buat persembahan nasyid. Nasib baik papa amek video. Masuk keta, terus lena pulak si Rania ni.. patut la buat hal.. ngantuk upanya.


Pas hantar diorang.. mama datang balik. Nasib baik sempat tengok Kak Long amek anugerah.. pheww lap peluh. Gitulah kesahnya. Esok rasa tak nak bawak je diorang ni gi SK. Tapi adik mana boleh nak tinggal? Kngah tak ikut sebab hari Jumaat tu last day sekolah & ada jamuan besdey.

Hari Anugerah SK pulak.

Memang trend kot hiasan bulat-bulat tu ek?



Nampak tak Kak Long tu? Tengah beratur nak naik pentas.





Hadoi.. maaf la Kak Long.. gambar ni amek guna hp papa tapi mama pegi zoom.. tak tahu naper pulak jadi macam ni.. redha je lah ye. 




 Dapat sijil & baucer RM10 dari Czip Lee.. Alhamdulillah. Dah guna baucer wat beli buku tulis Kak Long & Kak Ngah dah hehe. Nanti mama bagi RM10 untuk Kak Long beli apa-apa Kak Long nak ye. Guna baucer tu sebab takut expired nanti.. rugi lak.


Tahniah lagi sekali Kak Long. Tahun ni dapat tempat sama macam tahun lepas gak. No. 5/41 haha. Nasib baik la sekolah ni baik hati bagi hadiah sampai no. 6. Keseluruhan no. 9/161. Tahun depan naik kelas kena tingkatkan lagi usaha ye. Tahniah jugak sebab dapat jadi pengawas selepas 2 tahun pegang jawatan Ketua Darjah. Walaupun mama tak berapa suka Kak Long jadi pengawas sebab nanti letih kot.. tapi dah Kak Long suka, ok lah.

Nak kena interbiu pulak nak jadi pengawas ni.. kena datang awal ke sekolah. So daddy la jadi wonder pets tolong amek & htr ke sekolah. Nasib baik dapat jadi. Berbaloi la jugak daddy hantarkan tu hehe. Tapi yang tak sedapnya.. mama baru je berkira-kira baju sekolah Kak Long tahun depan beli tambah sepasang jer sbb yg tahun ni elok lagi... sekali dah jadi pengawas ni kena beli baru semua.. glurpppppp...

Cikgu pulak siap bagi surat suruh beli kat kedai Professor sebab nak bagi seragam warna.. fuhh berpeluh dah dengar sebab kat kedai tu kalau selai baju dia pon bukan calang-calang harga. Telan ailio banyak kali sebab terpaksa beli gak la kat situ.. hua hua hua.

Baru fikir dapat berjimat dah kena lagi banyak nampaknya. Redho je lah.


Hari Graduasi Kak Ngah

Assalamualaikum

Hai hai hai... its me again & again. Kita hadap blog je lah hari ni.

Hari Graduasi ni buat kat tempat sama macam tahun lepas. Ok tao tahun lepas pon tak de wat entry. Yang best nya entry Hari Graduasi Kak Long masa tadika dulu pon tak sempat masuk blog okeh.. haha teruk benar mak korang ni.

Buat kat dewan dekat sangat ngan umah. Kat dewan ni jugak buat hari sukan. Seronok gak la sebab dekat sangat2 ngan umah hehe. Tadika Kak Long dulu aseklah buat kat Bangi je. Tercungap-cungap gak la nak kejar masa ke sana haha.





Gambar dari FB TMH. Tahniah.. dekorasi tahun ni ada umphh.

Pelajar 6 Tahun menyanyikan lagu Yakin Boleh & Your Mother by Yusuf Islam.

Kena pakai suar hitam & kemeja putih. Nasib baik tak ikut kata Kak Ngah.. dia nak mintak belikan sarung tangan putih & inner pink. Nak cari sarung tangan putih pon bukan senang-senang nak jumpa nak oi... nasib baik tanya cikgu dulu sebelum pegi cari. 

Sebenarnya sarung tgn & inner pink tu untuk persembahan Aci-aci Buka Pintu & apa ntah lagi 1 lagu. Dia tak involve pon wakakaka.. 

Majlis bermula pukul 9 pagi.. abis 10.30. Kejap sungguh! Sampaikan Kak Long ngajuk sebab pagi tu kitorang suruh dia gi latihan Taekwan Do sebab minggu depan ada ujian. Ingatkan sempat la papa amek dia dari sekolah terus datang sini.. tapi by the time dia sampai, konsert pon abis hahahadoiiii... 


Tadika ni pulak kang.. dia tak bagitahu awal-awal keputusan peksa budak-budak ni. Aku siap sms tanya bila tao keputusan.. katanya hari isnin iaitu selepas hari anugerah ni setel. Ok so tak tahu la Kak Ngah dapat nombor berapa.

Bila nak umumkan anugerah bagi pelajar tahun 6, mak macam biasa la berdebo-debo. Apaknya duk rilek sembang ngan kawan dia. So bila dengar nama anak dipanggil, tak dan nak snap gambar sebab hp si Rania tengah main. Alhamdulillah Kak Ngah dapat no. 1. Masa peksa tengah tahun ritu, dapat no. 8/12. Syukur Alhamdulillah. Memang tak expect tapi mengharap tu mestilah ada. Alhamdulillah.






Bergambar bersama Pengetua & Guru Kelas, Pn. Norriah & Cikgu Na.


Dengan Cikgu Na.. nama penuh mama tak tahu opss. 


Cikgu Linda. 


Tangan gegor.. grrr



Masa ni papa gi amek Kak Long. So selpi seniri. Lebar sangat lah mama tuh




Happy face! Tahniah Kak Ngah.


Gambar beramai-ramai tak de sebab as usual, kelam-kabut. Ngan Kak Long pon ngajuk kan? 







Tamat lah sudah Kak Ngah bertadika. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Pengetua dan guru-guru yang telah mengajar & mendidik Kak Ngah atau cikgu-cikgu panggil Julia Robert ni. Terlebih terkurang mintak dihalalkan ye.








Hari Jamuan Kelas Kak Long

Assalamualaikum

Haa tengah rajin nak update nih.. sekali gus kita update semua.

Minggu last sekolah.. dapat tahu ada jamuan kelas pulak. Fikir-fikir nak bawah apa..nak goreng bihun  ke? (tak abis-abis goreng bihun je hahahhahaah) memang tak la.

Last-last buat goodies bag je sebab paper bag yang beli untuk Kak Ngah mula-mula tu ada kan?? Lagipon nak beli jiwa weh.. dah buat untuk sorang.. yang sorang lagi pon kenalah buatkan gak.

So proceed walopon tuan badan macam tak nak bawak goodies bag tu sebab orang lain bawak bekas je katanya.. hurmm orang nak buat tak nak lak.. tapi akhirnya ikut je apa mama buat haha.

 Ini jer yang boleh muat dalam bag tu.




Alhamdulillah setel buatkan. Kebetulan Kak Long tukar kelas 3 Ros tahun depan.. Kira buat ni last untuk kawan-kawan kat 2 Orkid la... BFF Kak Long yang nama Alya & Zahra tak ikut sekali.. sian Kak Long kena cari BFF lain pulak la ye hehe.


Zahra belah kiri, Alya belah kanan. Gambar ni masa gi trip sekolah.


Kak Ngah Birthday Celebration @ Tadika Mata Hati

Assalamualaikum

La ni cuti-cuti sekolah.. anak2 kat rumah bergumbira main sepah rumah bagai.. hurmm hurmm hurmm.. yang tak tahan asek la main jual-jual.. kang diorang susun la segala macam... gaya macam car booth sale pon ado hokeh.

Tak cukup main kat bawah.. kang ada pulak yang rajin punggah menan wat naik atas. Hari tu ada 2 bakul menan.. pastu tak tahan tengok bersepah.. sebakul dah masuk stor. Taaapiiii... yang sebakul ada ni pon kenapa sama jer penuh rumah hah?

Ok bukan nak cerita pasal rumah sepah sebenarnya. Nak citer pasal diorang last-last sekolah.

Kebetulan Kak Ngah besdey bulan 10. So tadika dia tu memang tiap-tiap bulan ada 1 hari sambut besdey. Sebab memang cikgu sekolah dah bagi tarikh sambutan tu siap-siap, so bolehlah prepare goodies bag tu awal2 sikit. Cumanya.. tertanya-tanya je jadi ke idak tarikh tu. Sebab 2-3 hari barulah dapat surat dari sekolah mintak mak pak sediakan cake, food & goodies bag. Amboih kemain demand kot haha.

Cake & goodies bag tu Alhamdulillah setel. Tang food tu... krik krik krik. Nak fikir nak bangun goreng bihun.. pukul berapa nak start? Pukul 6 pagi dah kuar koje. So... food is yellek. Hahaha.


Ini je mampu orderkan.. benarnya nak order stail rambut elsa sampai ke bawah.. tapi kedai tu tak de pulak edible elsa yang nak tu.. pastu... kena tambah duit separuh harga kek tu pulak lagi kalau nak jugak. Hurm tak pe la.. dari macam tu, baik order 2 ketui kek.. betoi dak? Hahaha dasar mak qs sangat!

Pastu mak buat lidi bagi cucuk sikit kat atas kek.. tak mo la letak lilin. Dengar2 tak elok kalau pasang api atas lilin tu pastu tiup... tapi dengar2 je.. mak tak gugel apa hukumnya.. dah dengar camtu baik la tak yah buat... tak rugi apa pon kot.



Apaknya amek cuti hari Jumaat tu sebab nak kena gi amek kek & hantar goodies bag.. 2 kotak besar la jugak.. Haa.. tu nampak tak kotak 2 bijik kat gambar bawah ni? Tu goodies bag kitorang haha.. Harap je besar tapi tak de apa sgt pon.. Nak kirim kat van sekolah bukan dia la kot... haha



Cikgu tengah susun food.. kali ni sambut kat luar.. selalunya makan kat dalam jer.. agaknya sekali buat dengan Hari Kanak-kanak.. budak-budak pon pakai baju biasa. Biasanya diorang pakai baju tadika je.. hehe rezeki Kak Ngah kot. Bayar RM10 cikgu nak belikan KFC, tapi last-last wat balik Happy Meal McD. Buat balik kotak, kemain sayang kotak tu huhu.




Papa hantar gambar kat whatsapp.. kenapa tudung tu? Bagi betulkan sikit appa weh.



Kat tadika Kak Ngah ni.. tak wajibkan girls pakai tudung. Tapi kami suruh gak dia pakai walopon bila balik dalam van berpeluh-peluh panas. Kesian memang la tapi nak bagi biasa nanti nak masuk sekolah lagi lama kena pakai, sebab sekolah pagi & petang. Walopon kuar-kuar jalan kejap pakai kejap tak masa tu. Tapi la ni, asal nak kuar je, dah cari tudung weh.. Alhamdulillah.



Haa comei sikit dah tudung tu apaknya betulkan hehe. Happy sweet 6th years old Kak Ngah. Masa ni tadika buat sambutan dah hujung bulan pon hehe.. 


Ni gambar amek dari FB Tadika Mata Hati



4 orang je October's Babies. Comey gak cupcakes tu susun macam dress kan?



Nasib baik ada gak kenangan goodies bag Kak Ngah sebab tiba-tiba  gambar goodies bag Kak Ngah hilang.. adoiii kesian mama.. design penat-penat tu hehe.


Tapi ni la yang mama buatkan kat bag Kak Ngah tu

Stiker ni tampal kat belakang



Ini tepek kat depan. Tapi bila print jadi warna merah pulak lines tu.. Kebetulan leh matching ngan sticker hahaha


Masukkan dalam paper bag ni beli kat kedai bakeri Bagus. Dalam RM11.90/100 pcs. Kalau tak silap harga la.. dah lupa. Beli siap2 yang ada base. Sebenarnya ni second time beli sebab beli yang mula-mula kat Bake With Yen warna putih.. kecik sangat pulak pastu tak de base. Tapi nasib baik boleh guna untuk Kak Long pulak.. pheww!

So itu jer lah..buat kenang-kenangan anak-anak. Walopon bila dah masuk darjah 2, diorang ingat tak ingat dah :(. Ni kes kak long la.. kitorang buatkan goodies bag masa dia tadika 5 tahun ke 6 tahun ek? Mama pon tak ingat jugak dah haha.. bila cerita kat dia sekarang.. macam ingat-ingat lupa lak dia..