Info :)

Wednesday, November 30, 2011

:: Aktiviti Kat BGRC Selain Meeting ::

 Tepek gambar secara berjemaah.. makan 3 - 4 hari nak menyudahkan tepek-menepek ni.. huhu..


Cerita basi lagi.. samb. cite seblm ni.. cek-in bilik pukul 3.30 cam gitu.


Dah siap mandi, duduk jer ngan muka masing-masing dah boring











Memang nampak nau boringnya... sampaikan bekas beras pon nak dibuat main


Yang sorang ni pulak mama pegang kamera dia pon nak amek gambar.. haha


berguwau sambil bergusti hehe



 So sebelum katil tu runtuh... meh turun jalan-jalan kat bawah meh



ouch saya lagi tinggi dari penguin! o'o kalau lagi tinggi kena bayar kalau nak main air kat Water Park huhu








Duduk sini pulak budak kecik ni pegi punggah bantal bagi kat kakak... kakak pulak tanak bantal --> dia letak jer kat atas lantai... haishhhh tak leh jadik! tukar lokasi!



Eksaited tengok mainan cam nih.. melulu jer budak baju pink tu lari ke depan. Tapi siang hari mainan ni lom bukak lagi (selamatttt hihi).. so main jer lar rides yang ada.. sibbek sekali ride RM1 jer.. tapi awat ler rides kat sini cam tak diselenggara dengan baik ek? Banyak gak mainan yang nampak uzur dan rosak :(



 suka dapat naik rides karton feberet diorang




wah seriyes nyer.. udah macam naik halidevidsen dah gayanya


pengetuk dah tak der... guna tangan pon jadik la huhu



Muka budak penakut.. boleh dia nak terjun turun masa kapal terbang tu tgh gerak.. haishhh kecut perut mak..


ok naik balik motor tom & jerry kali kedua. muka tak puas ati sebab kakak tumpang duduk sikit





Malam lak bawak Damya gi dinner.. Adelya tinggal sebab ingatkan nak tolong kemas bilik miting.. kang bawak ramai-ramai tak jadi keje lak kan?? sekali bilik lom siap lagi... terus layan funfair.. terbang $$$ sebab seme mainan funfair RM4 per ride.. baju sama tak tukar sebab? haha dah citer kan sebelum ni.. huhu.. tapi hari kedua dah dapat balik beg baju... silalah salin baju 3-4 kali sehari ye anak-anak.






Naik kuda pusing tapi duduk dalam ni ala-ala princess gitu.. LR pon merasa gak jadi queen haha.. tapi dah naik dah  #%*+>¥ pening hak hak hak






Layankan budak ni naik ketapi lak sesorang (kat belakang sekali)













Mainan yang biasa-biasa je LR bagi Damya main.. Ada lagi yg pusing-pusing laju.. Uishh bahaya kalau naik sorang2 sebab LR tak kuasa nak nemankan







Macam best naik bas ni.. tapi ni macam top gun (kat funfair dulu-dulu diorang panggil top gun jer).. dulu masa muda belia naik top gun 2 raon rilek jer.. sambil kepala kat bawah kaki kat atas kena pusing 360 darjah... haisshhh kalau fikir-fikir sekarang baru kenal gerun huhu


Sebelum datang sini, beriya LR pegi carikan diorang baju mandi.. alih-alih air kolam pon tak merasa.. haha sian toi..  miting 2 hari abis lambat... asal abis miting jer kolam pon dah tutup.. asal kolam tutup miting pon habis.. ha cenggitu la haha... pas tu tiba hari nak balik, hujan pulak turun dengan lebatnya huhu


asal lalu jer kat bridge, mesti budak-budak ni berenti tinjau kolam nih.. huhu ciannya... en. lan.. nampak tak yang mana 1 en. lan & kuarga dalam gambar ni? sakannnnnn mandi ek?



- Posted using BlogPress

Sunday, November 27, 2011

:: 1 Muharam 1433 ::

Salam Maal Hijrah.


Semoga tahun ini membawa kepada sesuatu yang lebih dari tahun sebelumnya.. Insya Allah


Azam baru?


Huhu LR jarang buat azam-azam ni sebab mmg tak fokus pon kat azam tu.. hidup just follow the flow huhu sedih kan?


So rasa-rasanya tahun ni LR nak buat azamlah.. semoga LR berjaya teruskan sampailah ke tahun depan dgn azam yg baru

1. Nak melipat-gandakan amal ibadat (Insya Allah)

2. Nak kuruskan badan (opss)

3. Nak duit banyak (haha)


Cukup la kot 3 tu kan? Kalau banyak2 tak jalan pulak.


Apa yang penting LR kena fokus untuk azam2 ni kan? Gogo chaiyok LR!


Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk melaksanakan azam-azam ini.. Amin


- Posted using BlogPress

Thursday, November 24, 2011

:: No More Tapak Kaki ::

Sangat menyampah bila kita klik kat nama diorang... kuar web ntahpape.. so sejak dua menjak ni ramai sangat dari keturunan mereka meninggalkan tapak kaki kat bilik kecik ni.. so dengan berat hati la jugak... LR dah remove dah... so kalau sapa nak tinggalkan jejak... kat komen box jer lah ye.. 




Harap diri korang maklom!

Monday, November 21, 2011

:: Cerita-ceriti Kat BGRC ::

Assalamualaikum..


Pagi ni dah mula miting. LR kuar dari bilik hotel cecepat koi 7.30 takut si kecik tu bgn nak ngikut plak (sebab smlm dah kena tinggal)


LR n family bertolak dalam koi 10 pagi (ES tak dapat ikut sebab cuti yellek dah - 3 hari kena berkampung kat sini)


So LR yang drive all the way! (siap tanda seruan utk menyatakan kezutan haha). Gigih jugak la rasa sebab sejak kawen mmg tak de drive jauh-jauh ni.. paling jauh pernah drive pegi IKEA je haha


Apa yang LR risao nak drive ni bukan apa.. tapi pasal Damya & Adelya la. Adelya awal-awal lagi ada gaya nak tido, pastu nangis-nangis nak datang kat mama dia yang tengah drive dengan penuh dedikasi ni.. haaa tapi mintak maaflah.. permintaan tidak dilayan haha


Damya pon tak kurang gak.. try her luck too.. 'nak duduk kat mama boleh?' uisshhh mmg tak boleh la kan?


Tapu bila Adelya dah bangun tido, ok pulak dia duduk ngan TokChik sampai le ke BGRC ni.


Walaupon dah pasang Mr. Papago, tapi tetap la LR gabra sampai salah masuk jalan! grrrr.. terus cancel nak konvoi ngan Zam.. huhu


Tapi dah lepas tu, perjalanan adalah lancar.. Alhamdulillah. Singgah kat R&R Temerloh jap jumpa ngan geng opis lelaki kat situ


Cek in kat hotel koi 3.30 camtu.





Mintak tlg orang hotel bawak naik barang dari kereta.. dah macam nak balik kampung dah kan?


Mao taknya.. siap bawak rice cooker, beras, sardin, telur, ikan bilis goreng, maggi dll untuk famili LR.. sebab kat sini mmg susah nak cari makan (mahal yg sebenarnya). Nak keluar pon boleh tahan jauh gak.


Bila dah uruskan D&A mandi, tup tup cari beg baju diorang boleh x der pulak!!!


Oooo em jiiii beg diorang tertinggal kat umah! glurppp!! Nasib baik beg baju yang bawak berjalan ada baju dalam tu.. boleh la buat pakai huhu.


Plan nak mandi kat kolam pon hancusss berkecai.. baju mandi baru beli pon dalam beg tu huhu


Ok nak tu je dulu nak citer.. nak concentrate dengar presentation ni




- Posted using BlogPress

Friday, November 18, 2011

:: Hari Ni Tak Sempat Jengah Blog ::

Assalamualaikum salam petang Jumaat..


Semua benda nak kejar hari ni sebab minggu depan hampir 1 opes tak der pegi bercuti eh pegi miting kat Bukit Gambang yeayy!


Alangkah best kalau pegi betul-betul untuk bercuti kan?


Tahun lepas LR dapat tugasan sebagai repot-tua (sangat tak suka tugas ni sampai kena stay-up sampai lewat malam kat hotel untuk rumusan mesyuarat esoknya)


Alhandulillah tahun ni LR dapat tugas senang.. yiehaaaaa!


Nanti balik sana jer la LR citer ek.. malas nak taip banyak-banyak guna hp


Tata till meet again!


- Posted using BlogPress

Wednesday, November 16, 2011

Tuesday, November 15, 2011

:: Banyak-banyak Tempat, Sini Jugak Dia Nak Lepak ::


help! i need baju baru! tiap-tiap pagi asek termenung depan pintu lemari fikir nak pakai baju apa mana...




Sunday, November 13, 2011

:: Wong Solo Ayam Bakar ::

Assalamualaikum..


Sekarang restoran ni dah buka cawangan kat Kajang. So orang2 Kajang bolehla pegi kat sini.. belakang Hospital Kajang jer, senang nak cari.. nak parking pon senang kalau nak bandingkan makan kat Kg. Baru nun


LR just tapau jer sebab hujan dan Adelya dah tertido dah dalam kereta










Hebat jugak packaging dia.. siap berkotak







Taraa inilah isi dalamnya.. ada ayam bakar opkos la kan, ada tahu goreng, tempe goreng dan terung sambal (i loike sambal ni) sapa yang tak suka tahu goreng, boleh jer mintak tukar ngan tempe.. so ada 2 tempe yeayy!


Pajej ni dan air mineral gelas tu RM10.90... tapi sehingga 1 Dis 2011 ni akan dapat 10% diskaun utk restoran kat WS Kajang ni jer tao hehe. LR cam nak try jus avokado tapi nak tapau cam x best la pulak.. maybe next time leh try [avocado pon tak pernah try... tetiba nak minum jus dia haha.. apa la rasanya ek?]


Tokma kata ayam tu rasa manis, tp boleh pegi makan lagi pas ni :-)



- Posted using BlogPress

Friday, November 11, 2011

:: Nak Jugak Pahat 11.11.11 Dalam Blog ::


Hari ni 11.11.11 jatuh pada hari Jumaat
8.8.88 jatuh hari apa? haaa LR ingat tao.. jatuh hari Khamis!
tapi tarikh-tarikh yg best-best lepas tu dah tak amek port pon jatuh hari apa 
[sebenarnya otak dah tak leh nak ingat dah.. selalu jer lupa sekarang ni... apakah??]


Ok semoga hari ni membawa kepada masa depan yang lebih cemerlang untuk LR sekeluarga.. Insya Allah *wink*




Gambar tade kena-mengena pon.. haha tapi kalau dapat rembat kabinet Ikea ni memang best melampaulah kan?



Oya esok nak pegi daftarkan Damya ke sekolah mengaji Al-Bagdhadi kat Kajang... hehe camner lah agaknya nak kena ngaji malam-malam tu? Selalunya budak itu tido awal jer malam-malam... baru maknya nak layan drama melayu kat tv dah ngajak naik tido.. aduyaiiii


Eh rasa macam tak percaya pon ada yang anak dah besar... dan dah mula nak kena fikir pasal sekolah balik dah pas ni.. huhu


Semoga anak-anak mama maju jaya di dunia dan di akhirat.. Insya Allah


Thursday, November 10, 2011

:: Edisi Tak Sesat | Cheese Nan Meleleh ::

Tengok gambar je la ye.. Isi perut tgh bergambar dgn riang sambey say chizzz!


Alkisahnya terliur bila tgk my little sunshine masukkan gambar nan ni dlm fesbuk dia.. memang meleleh ai tell yu!
















Sekeping RM5.

Lokasi : dekat ngan maju junction tapi kedainya deret ngan kedai lotus, kay el.



- Posted using BlogPress

Saturday, November 5, 2011

:: Edisi Sesat | Cozy House Restaurant ::

Aaa hah!


Mmg JJCM LR penuh dgn cabaran.. hahaha


Kali ni makan buah langsat (read : sesat) kat area Ampang. Antara PAPAGO dan kawan, LR pilih kawan utk difolo haha dia terjun perigi kitorang pon terjun jugak.. barulah 'u jump i jump' kekdahnya.. gegege. Nak dekat koi 2 ptg baru sampai ke destinasi


Alkisahnya kawan LR ni mmg selalu jugaklah berbanding LR pg makan kat sini.. nilah baru pestaim LR jejak kaki ke Great Eastern Mall.. idok le pernah LR tao tempat ni & ada tempat soping jugak kat dalamnya huhu






Memang boleh dikatakan meja penuh masa kitorang sampai. Sibbek ada meja utk kitorang ber-6.






The menu.. macam-macam ada tapi direcommended tom yam nya. Memula LR nak oder tom yam dgn nasi putih jer.. tapi dan dan tukar di saat akher bila tgk reganya semangkuk RM23! Masa oder tak tgk pon menu tu sbb dah malas nak hadap menu yg macam-macam ada tu..


Ini yang LR pilih.. tetap tom yam cuma tukar ke bihun tomyam.. psstt yg ni lagi murah




Hehe tapi LR tak ingat berapa rega semangkuk ni.. maybe RM9... tapi mangkuk dia mmg besarrrrrr.. rasanya pulak cam leh tahan.. masam masin manis cukup rasa. Dah nak mcm tomyam kat Malee rasanya.

Siap ada lalalala teganung kite.. macam kat Malee yg LR citer kat entry sblm ni






haaa tadi nampak restoran Hj Sharin Low kat area situ.. ngam2 baru jer abes cerita kat kengkawan pasal Edisi Sesat semlm huhu


Yang uniknya kat sini, gelas teh o ais limau ni dan fuuuuh sedaplah teh o ais limau ni.. mcm tak cukup segelas hihi




Segelas RM6.50


Ok next time kalau dtg sini lagi, nak try yee mee kungfu atau nasi goreng pulak. Sekian harap maklom.


- Posted using BlogPress

Friday, November 4, 2011

:: Edisi Sesat | Restoran Haji Sharin Low Bangi ::

Assalamualaikum geng!


Selalunya orang sebut jalan-jalan cari makan kan.. haaaa kali ni LR nak cerita pasal pencarian makan jugak.. tapi Edisi Sesat gitew.. hak hak hak...


Udahnya! Memang kesesatan yang hampir membawa kepada kebuluran walopon time tu baru pukul 8.30 malam dan hampir membawa kepada perkara-perkara yang tidak diingini antara laki bini huhu.


Ceritanya begini. jeng jeng jeng.......


Enchek Suami (ES <-- nama glemer terbaru haha) ngajak nak gi makan kat Restoran Malee jer.. ala mmg dekat ngan umah... pemes ngan Tomyam Perahu Pecah yang dalamnya ada macam-macam makhluk - ayam biasalah... udang pon biasa.. tapi yg macam-macam tu ada ikan... ada lala... ketam ada tak ek?? tak ingat dah lama dah pegi tapi makhluk tu dibuat tomyam macam lain rasanya kan... kuahnya pekat tapi....... tapi... ada manis-manis pulak... sangat tidak ikut selera tekak LR kekdahnya.


Dan LR pon sajeskan pegi makan kat satu kedai makan cina-muslim kat bangi... sebab banyak kali dah tengok iklan kedai ni kat dalam majalah iklan yang hantar kat rumah-rumah tu... pas tu tengok gambar makanannya kat sini pulak.. nampak sedap dan yang penting mampu milik lah kan....


jom tengok lu yang cik adieha ni order



 LR rasa cam mampu milik lagi harga ni kan

Ok nak cerita pasal kedai lain dah sesat ke sini lak ye... Nak tao pasal makanan best-best lagi? Masuk jer sini k... boleh tengok gambar-gambar yang menggiurkan


Bila dah sampai kat Restoran Mohd Chan (RMC) ni.. aihhhh upenye ada kedai lain lagi TokMa tengok dalam tv.. bukan RMC.. tp nama Syahir something (TokMa dah tak ingat dah) waduhh kok ES pon nak gi yang tu jugak?? Ok tak per... udah ES nak g kat situ kita folo jer.


Tapiiiiii... harus di mana hendak dituju? Dah depan kedai RMC ni. Ok call talian hayat (abang LR - Hulu Langat bawah jajahan beliau) ok dia bagitao kat belakang Ice Room. Pusing-pusing jumpa RMC.. ok pusing lagi kot-kot tak nampak... jumpa RMC lagi.. haha. Call lagi talian hayat yang tengah menebas.. dia kata kalau yang Syahir ni yang dia tao kat Sg. Merab... siap dia explain Uniten... Maybank... kiri.. kanan hehe LR boleh tangkap sampai Maybank Trainning Centre jer... ok set PAPAGO... goooooo!


Dah sampai Maybank ni.. sambil-sambil LR search alamat penuh RHSL ni.. uish tak jumpa website apa... tp ada banyak fb bawah nama RHSL... bukak tak nampak no. fon pon... baca lak kat blog ni... dia describe cam ni...

sori bro.. tepek sini tanpa izin.. LR tambah sikit.. Petronas tu akan nampak bila dah buat u-turn.. smlm tutup sebab tengah renovate... kedainya kat belakang kedai perabot..


Jenuh gak la U-turn tak jumpa... U-turn lagi untuk U-turn balik... tak jumpa... grrrrr ES dah fed-up.. perut dah lapo tu.. banyak kali U-turn.. sampai ke Kajang pulak ko! haha. Call abang LR 2 kali tak berjawab dah... sibuk menebas eh? Dah kat Kajang ni baru LR dapat cari no. fon kedai tu dalam FB... memula pakai no. ni orang pempuan jawab.. masa ni LR dah tahan ketawa sampai keta pon goyang sebab ES tanya... ni kedai Syahir Chan ker? hahahahha tetiba tukar nama kedai orang... pas tu macam perempuan tu tak faham.. dia cakap dekat Denso.. aishhh terus jer ES kata ok... letak telefon.


Pastu LR pulak telefon no. lagi 1.. haaa sibbek yang ni lelaki (maybe owner dia) dapat la sikit info... kena lalu Kg. *** Ahmad Bendahara... nama sikit punya panjang LR dah tak ingat nama penuhnya... tapi bendahara kat belakangnya... dah lalu tak jumpa... U-turn balik... pas tu U-turn lagi... tak jumpa gak.. lagi sekali U-turn sebelum call balik orang tadi... barulah jumpa!


Sebenarnya gigih jugak ES cari kedai ni.. kalau ikutkan LR dan TokMa dah boleh pegi jer makan tempat lain... nak ajak balik lauk jer ada nasi tak der naya gak... tapi yer lah kan.. dah geram tak jumpa.. kena gak cari sampai jumpa...




Budak-budak dah tido... sibbek masa angkat Damya sedar... pas tu sambung tido balik.. Adelya pulak dah segar mata lepas dapat air...


Ruangan dalam kedai makan.. orang tak ramai sangat.



Gambar sebelum tak sempat amek... udah kebulur.. hahaha abis makan jer baru amek.. tu pon sebab Adelya duk mintak 'pon' dapat pinjam jap utk snap gambar ni hehe






gambar dari atas : sayur meow dan udang butter






LR tamo amek set dia.. sebab ada Lemon Chicken.. entah apa rasakan... so LR oder ala kad--dar jer.. tu pon main belasah jer.. sebab bila baca menu dah macam baca kot bahasa perancis lak.. tak tao apa jenis masak hehehe

1. Ayam Black Pepper
2. Butter Prawn (L) - budak pelayan tu cakap ada dlm 11-12 ekor... LR tak kirapon bila sampai
3. sayur yg direcommendkan oleh budak pelayan tu - Dried Prawn Tau Meow (meow??? hahaha)
4. telur dadar (lauk back-up seandainya lauk kat atas tak mencukupi hehe)
5. Air - Carrot Susu (2) & Laici (1)
6. Crab Meat Taufu - bila oder sampai.. macam semua tak berkuah pulak so oder la ini pulak

Total : RM87.00


Ermmm... tapi kan... sian kat ES.. tak ikut tekak dia lor... ayam black pepper tu x nampak pon lada hitamnya... pastu udangnya manis tak macam biasa makan tu.. maybe sebab kena ngan nama menu udang tu 'Butter Prawn with Butter Milk'.. telur dadarnya pulak terlebih masin... tapi sayur meow tadi first time makan... rupanya ia adalah kacang panjang dicelup tepung... tapi manis jugak tapi sedap gak sebab dia rangup bila makan... taufu tu pon LR boleh telan...


Maybe lain orang lain pandangan kan... bagi LR cukup la pegi sekali ni jer hehe.. RMC tu nanti kena terjah jugak tu... haha nak jugak try masakan Cina-Muslim... seblm ni dah try yang Amy Seach punya... pon sekali tu jer lah kalau nak pegi pon hahahah... 


Ok so kepada sapa-sapa nak terjah RHSL ikut jer panduan kat atas
atau boleh call 012-373 1999
atau facebook nya




Kitorang ni tidak sah mencari makan kalau tidak sesat... seeloknya kalau nak gi mana-mana tempat baru sila buat Edisi Siasat dulu barulah gi terjah ye geng jangan buat Edisi Sesat cam LR... haha


Dah balik rumah, LR dan ES gelak besar lagi dalam bilik bila kenangkan yang ES telefon tadi.. ulang tayang la ni... ES cerita cam ni... "bla... bla.. bla (dah salah nama kedai lagi)... ni haa wife saya tak tahu jalan nak pegi sana" orang pompuan tu pulak cakap... "haaa wife u kat mana sekarang..." eh dia tak faham maaa.. ke ES salah cakap? hahahah tapi bila kenang balik situasi tu memang lawak la.. dgn sesat + lapau + call tak dapat info, LR ketawa tergolek2 atas katil sambil packing baju wahahahhaa