Info :)

Wednesday, January 30, 2013

Cek Mata Baby

Start pukul 6 pagi baby kena puasa minum susu. Pastu cek mata, kena tunggu 4 jam baru abis puasa.

Cek mata koi 9 pg, tapi time start minum koi 3 ptg ni. Tu pun kena minum half dulu iaitu 17ml. Then koi 6 ptg baru minum full 33ml.

Dan baby kena masukkan drip dulu kat tangan kecik dia tu.. huhu sian tengok sbb dah seminggu gak tangan dia bebas dari wayar2.. hari ni kena ada balik.

Tadi mama datang lambat kat baby. Sempat pegi bwk TokMa beli nasi lemak & pegi pasar kajang & byr air syabas kat drive tru (senang!).

So nurse kata mata ok. Alhamdulillah. Next app 13/2 (bestday papa). Ermmm rasanya baby dah kuar wad time ni kot. Tapi baby still kena puasa nanti. Cumanya x de masuk air la kalau dah kat umah. Harap baby tahan lapar r nanti :(

Hari ni weight baby dah 1.66kg. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.


- Posted using BlogPress

Monday, January 28, 2013

Baju Newborn Saiz Kecik

Memandangkan anak-anak aku semua keluar size comel-comel dan mak mereka beli baju tak agak-agak amek yg 3-6 bln sebab nak jimat leh guna lama haha.. menjadikan bila anak-anak pakai adalah menggelobos kekdahnya. Lom lagi bab nak cari sarung tgn n kaki.. asal pakai jer jap-jap kena pakaikan balik sebab dah terlucut dr tgn n kaki.

Tapi since keluaran terbaru ni lagi comel saiz dia, barulah maknya gigih cari baju size newborn. Tapi walopon dah size newborn, tapi tetaplah gedobos.. pakai baju jer pon dah cam pakai gaun hehe.

Tapi nasib baiklah sekarang ni Pureen telah mengeluarkan koleksi pakaian untuk anak-anak newborn yang kecik... so kepada ibu-ibu yang ada anak saiz comel ni atau anak pra-matang.. Leh cari di gedung berdekatan anda.. LR beli di Jasko je. Alhamdulillah sekarang tgh sale dptlah diskaun :)





Ada topi, sarung tgn, stokin, baju lgn pjg lengan pendek (dijual berasingan dgn seluar) dan juga rompers. Range harga dari RM14.90 - RM15.90 (kalau x silap).

Tapi sayangnya semua adalah berwarna putih. Harap-harap lepas ni lagi banyak koleksi dari jenama2 lain dgn warna2 yg ceria dikeluarkan ya.





Sebelum guna kena cuci dulu ;p. Terima kasih Papa & TokMa sebab tlg cucikan baju saya


- Posted using BlogPress

Saturday, January 26, 2013

Daftar Nama Anak di JPN

Alhamdulillah semlm dah selamat pegi daftarkan nama baby. Pegi kat JPN Kajang, perghh punyalah orang ramai.. nak pulak masa sampai pintu x bukak lg sbb lom 245.. so mmg sikap rakyat Malaysia kan... x reti nak beratur! So bila pintu dah bukak, serangggggg kekdahnya (geleng paler :( ).

Dah beratur kat dalam, rupanya nak segala salinan dokumen sblm nombor diberi. Huk aloh, ada lg 1 benda x fotostat iaitu rekod buku merah!

Tapi sibbek pas dah isi form n lengkap salinan, x yah beratur, dia soh dtg amek no. terus je :) (tapi tebal muka gak sbb bagi org tak tao, cam potong line org gitu..)

ES pulak melayan princess 2 org lg main kat luar... haish x nak bwk kesian, dah bawak kita pulak yg dikasihankan ekekeke..

Dah isi form dan ada salinan lengkap, pegi amek nombor. Pegawai kaunter cek, ada lg yg lom lengkap difotostat iaitu muka dpn buku merah yg kita check up kat klinik masa peknen.. aduyai hihi (baru tao susahnya bila dah kena wat seniri kan? Sebelum2 ni tunggu benda siap je kat umah diam-diam hehe).

Okeh meh LR senaraikan apa dokumen yang perlu ada sebelum kita kena beratur untuk dapatkan nombor giliran supaya dah x kelam kabut cam LR semalam huhu

1. Salinan MyKad ibu dan bapa
2. Salinan Sijil Nikah
3. Salinan Buku Merah (muka depan, page masa 1st time check-up dan page belakang perihal kelahiran bayi (buku LR doktor tak isi pon page ni hihi)
4. Of coz borang Pendaftaran yang telah lengkap diisi (ASAL)
5. Yang ni memandangkan rekod baby tak diisi kat buku, PPUKM sediakan satu borang yang diisi dan ditandatangani oleh doktor mengenai kelahiran baby.

Ok rasanya ni je dokumen yang diperlukan. Tapi bila dah jumpa kaunter pendaftaran, semua kat atas perlu bawak yang ASAL gak. Masa ni MyKad ES lak ada ngan dia, sibbek dia kat luar je.

Pastu Sijil Nikah yang ada ngan LR bukan yg ori lak.. Yg ori kat opis hehe. LR dah tak berani bawak sijil ori sejak hilang dulu.. hai sibbek ada rekod lama.. ye r ni anak no. 3 kot, mestilah dah ada rekod.

Oh ya! Memandangkan kami lewat daftar kelahiran ni (dah 23 hari dah) yg sepatutnya kena daftar tak lebih dari 2 minggu lepas lahir, kenalah denda sikit. Tapi sibbek murah je dendanya (leh buat lagi haha). Denda RM5 je.

Pastu beli sampul plastik Surat Beranak RM3.50. Orang kaunter tu pesan tunggu setengah jam baru masukkan SB lam plastik tu. Eh SB kakak baby 2 org tu LR dah tak ingat simpan kat mana huhu harap2 TokMa tao kat mana ;p

Oklah tu jer.. jumpa lagi





- Posted using BlogPress

Tuesday, January 22, 2013

Day 19 - 20 : Kanggaroo Care

Semalam abis jumpa doc dekat koi 11 gak.. phew lama kan? Nak buat cam ne, doc sini bz. Pagi2 kena raon wad dulu.. huhu. Dah lama duduk wad dah tao dah aktiviti docs ;p

Dah sudah, singgah kat baby dulu sblm balik dan pam susu. Dapatlah sekali minum utk pukul 2. ES dah ada singgah jap dr opis. Dah 2x dia dtg. Kang blk keje singgah lg huhu.

Balik umah, singgah nak amek Damya kat tadika, tapi dia dah balik naik van. Mmg saja x call van, sebab kalau sempat amek sempatlah.

Pastu koi 2.30 pegi balik spital. Tgk2 oksigen kat baby dah off dari koi 1. Huhu risao gak tgk tp Alhamdulillah nampak stabil.

Lepas specialist raon dan baby pon dah minum susu, koi 5 baru wat Kanggaroo Care tu. Kangaroo care ni letak baby atas dada ibu. Nanti papa pon leh buat. So inilah first time skin to skin connection antara me n baby. The feeling : macam2 ada hehe. Kekok, suka, risao. Tapi baby cool jer. Maybe dia dgr heart beat mama sama cam masa dia lam perut.

Buat tu dlm setengah jam je sebab nak pam susu utk koi 6 lak. Lg pulak prof pon tgh raon. Kan nampak lak dada i huhu.

Bila dah masuk balik dlm inkubator, tiba2 je respiration baby tinggi. Nampak perut dia tgh mengah tarik nafas. Sgt risao dan kesian tgk dia. Pastu nurse pon samb. balik oksigen dia. Lega mama & papa hehe.

Hari ni LR kuar koi 5.30 pg ok? Alhamdulillah jln smooth jer. Pam pagi ni dapat ngam2 50ml. Dapat lah 2x baby minum koi 8 & 10 pg. Sebab prof dah suruh add HTF dlm susu. Walaopon baby br minum 19mm tp utk add HTF tu perlukan susu sebyk 25mm. So boleh sekali guna je. Yg baki buang jer la huhu cam sayangnya tp HTF tu nak bg baby cepat besar tapi bukan gemuk. Mama redho jer la.

Koi 7 LR kuar dr spital. Sian pulak kat Damya sebab x jumpa dia sblm gi sekolah. Alhamdulillah sempat hantar dia gi tadika td. Pastu balik umah post entry huhu.

Ok tu jer lah.. Nak rehat2 jap ;p


- Posted using BlogPress

Monday, January 21, 2013

21/01/2013 : Day 19

Assalamualaikum,

Hai hai hai... selamat pagi Malaysia!

Hehe pagi ni ada appointment kat Daycare O&G, tengah tunggu doktor dan ada line 3G barulah sempat nak update citer sikit..

Kalau kat NICU line E je manjang.. hilang mood nak tatap hp.. So terapi yg terbaik utk hilangkan keboringan ialah tgk anak jer hehe.

So.. Citer 18 hari lagi nanti la tepek sini bila senang2. Kadang nak up kat umah cam x de mood nak taip guna ipad.. cik lappy lak dah rosak huhu.

Hari ni LR dah pegang balik jawatan sebagai pn. driver setelah beberapa bulan x pegang stereng keta tu huhu. Pagi tadi kuar cam org nak g keje, koi 6 pg dah kuar umah.. tapi ku sangka keta x byk adalah mitos shj.. nak sampai ke spital amek masa 35 minit gak! Adoi jem sikit.

Tapi dah sampai parking, x stress cari parking kot.. byk kosong lg :).

Tadi pam susu Alhamdulillah dapat 2oz (susu merudum lak lepas seseme & demam mgu lps) pastu mkn ubat clarinese & antibiotik bagai.. maybe tu la punca susu kurang :(.

Perkembangan baby lak, start smlm dah minum 17ml tapi berat tak naik lak dari 3 hari lepas (lepas off lipid) huhu.. Tapi tak per, biar maintain asal jgn turun. Now her weight 1.413kg. Alhamdulillah.

Oh ya.. baby dapat jiran baru 2 hari lepas.. anak org femes gitu.. Iaitu anak Dr. Sheikh Muzaffar & Dr. Halina. Depa dpt baby girl gak. Tahniah Docs. Tapi lom sempat jumpa lagi diorang sbb masing2 tutup langsir sebab sibuk duk mengepam susu hihi.

Oklah sampai sini dulu. Takut kang taip punya panjang x lepas nak publish lak.

Miss u ols.



- Posted using BlogPress

Wednesday, January 2, 2013

Orang Rajin Menang Lagi


Ini lebih dari sekadar tempat basuh kereta. 2 rakan yg berasal dari Kerala ini saya kenal dari tahun 2006 semasa menetap di apartment saya di Puchong. Mereka berbasikal bawa tong ambil upah bulanan RM30 cuci 3x seminggu dan hanya kerja malam. Hari ini mereka dah ada tempat khas. Lebih menginsafkan, mereka masih berkongsi rumah murah dengan pendapatan sekitar RM20-30K sebulan tanpa cuti. 3 orang adik-adik mereka mampu belajar perubatan di UK dan India sejak mereka memerah keringat di sini dan ibu bapa mereka dah menetap di rumah batu berbanding rumah pondok sebelum ini. Bagi yang bawa kereta besar company punya dan kerja dgn tie dan cufflink, tak perlu rasa lebih besar kerana jika diukur kaya wang mungkin mereka di tepi jakan ini lebih hebat lagi, jika diukur sumbsngan kpd yg lain mungkin lagi teruk kita berbanding mereka. Just be nice to all :)
ORANG RAJIN MENANG LAGI!!
shared from Saiful Nang's fb
 
Pedoman dari ini cerita: 
Kerja perlu rajin, ikhlas dan saling bantu-membantu.. mesti kemanisannya lebih dirasai. In Shaa Allah di tahun 2013 ni kita chaiyok2 ubah nasib kaum kita pulak occay? Kaum lain boleh je dapat ribu-riban di negara kita, apa lagi kita? 
Jom sapa yang seriyes RAJIN nak extra $$$$? Jom kita sedut ELMU di Business Presentation (BP) New Image di seluruh negara... it's free! Just contact Lida untuk details k?


1/1/2013 - SELAMAT TAHUN BARU 2013

2/1 WED-8:30pm KL, Wisma Getah Asli

4/1 FRI-3:00pm KB, Royal Guest House
4/1 FRI-7:30pm KUCHING, Pearl Harbour hotel

5/1 SAT-1:30pm KOTA KINABALU, The Palace Hotel

6/1 SUN-11:30am KL, Wisma Getah Asli

7/1 MON-8:30pm SD Club

9/1 WED-8:30pm KL, Wisma Getah Asli

11/1 FRI-3:00pm KUALA TRENGGANU, Permai Inn Hotel
11/1 FRI-8:30pm PUTRAJAYA, Lake club putrajaya

12/1 SAT-10:30am MELAKA, Kings Hotel
12/1 SAT-3:00pm JB, akan update tempat

13/1 SUN-11:30am KL, Wisma Getah Asli

14/1 MON-8:30pm SD Club

16/1 WED-8:30pm KL, Wisma Getah Asli

18/1 FRI-3:00pm KB, Royal Guest House
18/1 FRI-8:30pm IPOH, tempat akan update

19/1 SAT-2:30pm SUNGAI PETANI, tempat akan update

20/1 SUN-11:30am KL, Wisma Getah Asli

21/1 MON-8:30pm SD Club

23/1 WED-8:30pm KL, Wisma Getah Asli

25/1 FRI-3:00pm KB, Royal Guest House

26/1 SAT-2:30pm KUANTAN, Hotel Seri Malaysia

27/1 SUN-11:30am KL, Wisma Getah Asli

28/1 MON-8:30pm SD Club

30/1 WED-8:30pm KL, Wisma Getah Asli