Info :)

Wednesday, January 2, 2013

1113 & 2113


Assalamualaikum...

Salam di tahun baru walaupun hari ni dah 2hb baru sempat nak menaip kat sini hehe.

Semalam pon sempat jer nak tulis-tulis tapi lagi syok layan zzzZZzz depan tv jer haha. Mao tak ngantuk weh, tv tu aseklah cerita karton jer... tu la yang ngantuk jer haha.

Semalam kami tak buat apa-apa pon. Lepak kat rumah jer. ES jer yg buat keje part-time betulkan bumbung porch huhu... letak kawat tak nak bagi meow-meow masuk dalam tu. LR just tolong hulurkan drill besar dan drill kecik sambil layan BINGO je ngeh ngeh ngeh.

Dah petang dalam 6.00 ptg baru la amek angin jap pegi kedai mamak kat BTHO beli tosei & roti naan. Dah balik, si Kakak pulak buat hal sebab dah tertido dalam keta... kalau dah sedar memang bikin hal punyalah sebab tido kejap tak sampai sejam kot. Pujuk-pujuk oklah.. hehe tapi sebelum tu siap ugut mama x nak pegi sekolah hari ni wakakakaka... tapi pagi tadi dia bangun seniri je, eksaited nak gi sekolah la tu wahahahaha.

Selamat bertadika ye kakak.. semoga kakak dapat ilmu yang bermanfaat. Mama sambung jer kat tadika lama.. walaupun tadika tu tadika biasa-biasa je, mama harap kakak dapat serap segala ilmu yang cikgu ajarkan ye?

Maaf la sebab mama tak amek cuti pon hari ni utk hantar kakak. Kakak ok kan naik van pegi sekolah?? Tahun depan In Shaa Allah mama amek cuti sebab nak kena hantar kakak darjah 1 dan adik tadika 5 thn.. hehe macam mana la ye bila dua orang bersekolah :)

Ok datang keje pagi tadi dah tak seindah sebulan lepas kih kih kih... dah ada pesta lampu berderet-deret kat atas jalan dah. So dah tak leh nak amek sweet time dah kat rumah... ingatkan nak naik keta, tapi rasanya baik tak yah dulu kot. Naik keta kalu, 6.15 dah kena kuar (zzzZZzzz).

Ok tu jer untuk citer semalam dan pagi ni. Babai.   


3 comments:

  1. Replies
    1. hehe nanti tunggu anak kamoo pulak.. tup tap tup tap.. kejap jer dah g tadika tu hehe

      Delete
  2. da besar da adik kakak... kak lida kecil2 dah ajar berdikari. pergi sek naik van.

    http://sfadazzlinggirl.blogspot.com/

    ReplyDelete