Info :)

Monday, February 25, 2013

Last Day EPO

Alhamdulillah...

Rania dah tak perlu datang cucuk lg. Hari ni last cucuk yg ke 10. Sepatutnya sampai 18 kali.

Walaupun ada berita duka tadi, Allah dah gantikan dgn berita gembira ni.

Semoga lepas ni semuanya OK. In Shaa Allah.

Friday, February 22, 2013

Hari Ni 22hb dan Berat Saya 2.2kg Sudah

Assalamualaikum,

Hari ni mama bawak saya ke PPUKM lagi utk cucuk EPO yang ke 9. Masih ada lg 9 kali *phewww*. Aunty nurse cucuk selang-seli kat paha kiri kanan saya.

Pastu mama bawak pegi NICU pulak utk cucuk BCG kat lengan kiri saya. Masa jarum tu masuk kat kulit, saya terkejut dan nangis. Tapi kejap je bila jarum tu kuar, terus saya benti nangis... hihi.

Oh ya masa kat timbang kat klinik paed, jumpa kawan yang sama-sama kat NICU. Katil dia depan katil saya. Mama dan mama dia selalu pegi makan sama-sama masa diorang jaga kami kat sini.

Oh ya.. nama kawan saya ni Sabreen. Dulu berat dia lahir dalam 790gram tapi sekarang dah hampir sama dgn saya - 2.1kg dah.. Alhamdulillah.

Semoga kita membesar dgn sihat dan ikatan persahabatan kita berkekalan ya.

Gambar x leh nak rotate lak kat hp ni. So sila teleng sikit kepala makcik2 semua ya.


Tak Boleh Nak Marahlah Kalau Camni

"adik kan cayang mama... Mama sangat comel"

Hahaha terus mama ketawa senang hati dengar anak cakap cam tu kikiki

Tapi mana entah dia belajar cakap word SANGAT tu tatao la.. tapi memang sangat comel je bila dengar dia cakap tu. Tiap kali dia mintak sesuatu pastu mama buat tatao.. Mulalah ayat2 ni kuar... Teruuusss tak sampai hati nak biarkan dia tunggu lama2.





Inilah suspeknya!

Masih bahasakan diri beliau adik.. Kadang tu dia akan cakap ni 'adik besar'. Dan sebenarnya mama pon tetap panggil dia adik walaupon dalam cubaan nak panggil dia Kak Ngah hehe.. Sampaikan Kakak Mya pon kompius adik tu adik mana satu..

p/s : dan dan Kakak Mya nak bahasakan diri dia Kak Long.. Erkhhh cam tak kena jer hihi.. dan tetap gak kami panggil dia Kakak..





Gambar ni papa hantar masa mama kat dalam wad hari tu.. depa tengah makan nasi ayam.





Gambar ni pon papa hantarkan masa mama kat wad gak. Depa breakfast mekdi. Bila tengok gambar ni terus je mama sedih sebab dah lama tak jumpa diorang! Terus bp pon naik tak turun2 haha.. tapi masa ni tak cakap pon kat papa ;). Doktor pon boring then soh tukar wad biasa. Bila kat wad biasa dan dapat jumpa anak-anak, terus bp bagus dan esok leh kuar wad huhu.

Itulah the power of anak-anak kan? Boleh buat kita gembira sokmo walopon penat melayan keletah diorang.

Gambar baby tak de dalam ipad ni.. So sori x dapat tepek sini ye baby


- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, February 18, 2013

EPO Injection

Assalamualaikum,

Bersiaran langsung dari NICU HUKM.

Hari ni parking punyalah sesak. Tak pernah lagi jumpa keadaan macam ni. Pheww nanti kena datang awal lagi kot. tadi sampai spital dalam 10 lebih.

Tujuan hari ni bawak Rania untuk cucuk EPO untuk kali ke 7. Masih ada 11 kali lagi kena ulang alik hospital untuk cucuk tak termasuk appointment dengan klinik.

Sekarang tengah tunggu doktor datang amek darah dulu sebelum cucuk. Lambat lak maybe depa ada raon sekarang ni.






Sunday, February 17, 2013

Introducing My New Baby


Assalamualaikum..

Sebenarnya dah 12 hari (hari ke 33) my baby dah dapat kuar dari NICU. Alhamdulillah... cepat jugak dapat kuar selepas weight 1.81kg.

This photo was taken on 44th day.. merdeka day for mama hehehe.

So inilah dia Julia Nur Rania Rizqah binti Jefry in da house!!



Thursday, February 14, 2013

Hari Mengadu

Assalamualaikum,

Pagi ni Damya liat nak bangun lak. Semalam bagus kejut terus bangun mandi. So dah lewat. So terpaksa call van bagitao tak payah datang amek sebab LR yang hantar dia pagi ni. So lambat sikit sampai tadika tadi.

So kebetulan dah sampai depan tadika, cikgu kelas Damya ada kat depan pagar tengah angkut barang. Terusss la jumpa cikgu nak ngadu pasal ada sorang budak laki satu kelas Damya yang suka pukul budak-budak kelas termasuklah Damya. Dan cikgu tu pon cakap memang dia pon pernah nampak depan mata dia si Hadif ni suka pukul guna tangan ngan kaki tapi cam rilek jer bunyik dia. Haishhh??? takkan tak de tindakan apa kot? So LR cakap bagitao mak dia la.. haha blur pulak ai pagi2 ni. Balik dari pasar tadi tetiba terfikir cam nak hantar Damya pegi masuk taekwondo (over lak).

Eh bukan nak suruh Damya pegi patahkan tulang budak Hadif tu tapi sekurangnya dia boleh pertahan diri dia dok? Jangan duk jadi mangsa buli orang je!!!

Tapi tak sempat LR nak ngadu, Cikgu Farah terlebih dahulu (eh terformal lak) yang ngadu... huhuhu. Katanya Damya tak hantar HOMEWORK. Asek tinggal kat rumah jer. Erkkkk... blushing ai sebab memang tak pernah tanya pon ada keje sekolah tak. Haishhh teruk betul mak awak ni Kakak. Tapi nak cover lagi, cakap kat cikgu ingtkan tak de homework sebab tahun lepas asal tanya tak de homework. Pernah gak tanya cikgu kelas masa 5 tahun dulu. Pon katanya tak de bagi homework.

So terus la assume tadika ni memang tak bagi homework la kot. Wahahaha.

Ok pasni siap la Kakak. Kena buat keje sekolah dulu selepas balik tadika, bukan terus tengok tv je occay!!!!



Monday, February 11, 2013

1 Malam di NICU

Sebelum dapat kuar wad, doc suruh LR bagi direct bf kat Rania. If esok timbang takde turun, leh kuar.

Petang balik rumah dulu untuk mandi dan bawak kelengkapan untuk esok. Masa balik, keta ada bau dan bunyi pelik. Tapi cam kejap je, so ignore je la hehe.

Bila sampai depan rumah, jiran seelah tegur dia kata keta ada bunyi kuat. Oh ho. Naik atas bgtao ES, dah cek-cek maybe kipas radiator ada problem.

So terpaksa ajak uncle Rania hantarkan ke HUKM malam tu.. huhu. Sampai sana, terus nurse sediakan tempat tidur ni. Kerusi lipat cum katil. Ngam-ngam muat badan je hehe. Merasa gak tidur kat NICU semalam.

Haishh time LR nak tidur time tu la level 1 wad tak de air!!! Ohhhhh tahan sampai boleh. Tapi sampai bila je leh tahan kan? Terpaksa gak gi toilet siap bwk air mineral. Sekali nurse kata ada air tadah dalam toilet. Uishh jikaku tahu awal2 kan dah setel problem.

Tapi Alhamdulillah esok pagi air dah ada. Yeay. Tu je la pengalaman LR menemankan Rania kat wad.

5 weeks vs 35 weeks

Jika Rania masih dlm perut, she is 35 weeks now..

Pagi tadi bawak Rania ke NICU untuk amek darah dan dapatkan suntikan EPO utk sel darah merah. Doc kata normal baby prem akan turun sel darah merah dlm badan. So ada lg 14 suntikan to go!!

Tadi amek darah, kesian tgk tangan kecik tu kena genggam oleh doc utk kasi darah kuar. Dan Rania adalah menangis dgn kuat.

Oh berat Rania turun sikit to 1.81kg. Byk nak catch up dgn yg apps ni jangkakan dah 2.5kg tu huhu

Pampers Bayi Pra Matang

Since Rania seberat 1.065kg jer, haruslah pampers dia yang special xtra small gak.

Alhamdulillah pampers ni ada dijual kat farmasi HUKM. Tapi adatlah lagi kecik sesuatu barang tu, laaaaggiii la mahal reganya. Sempatlah beli 2 beg.

Dah sejak berat naik ke 1.4kg, pampers tu dah ngam-ngam dah.. so dah leh pakai pampers newborn.

Tengoklah beza pampers extra small dengan newborn.. hehe x pernah tao pon ada pampers sekecik ni sebelum ni :)

Saturday, February 9, 2013

Adelya Mebius

Nama hujung beliau haha.

Hari-hari aseklah nak pakai baju ini. Tak kira ptg atau malam. Nasib baik ada 4 pasang semuanya. 2 dia punya 2 lg Kakak Mya punya. Tapi semua dia yg sebat.

Dan beliau masih lagi membahasakan diri beliau ADIK. Kami cuba panggil Kak Ngah tapi dibantah mentah2 oleh beliau hehe. Tapi sejak adik dia dah balik rumah, bantahan tu makin kurang tapi still dia bahasakan dia Adik dan Rania adalah baby.







Blogger App Lagi Best Tapi...

Ok cubaan pertama guna Blogger App berjaya. Rasanya lagi ok berbanding dengan Blogpress.

Tapi... bila guna Blogger App tang gambar x leh nak letak bawah para yg kita tulis2... Ke LR x abis explore lagi tak sure gak.

Blogpress lak ok tapi cam pening nak adjust size gambar.

Oh ya ada lagi satu apps utk para blogger sekalian.. iaitu Blogsy. Nampak mcm ok tapi kena bayar lah pulak hihi. So kita guna jer la apa yg FREE ye x?

Berblog sambil2 buat kerja hakiki sekarang ni hihi. Semoga dapat memberikan yang terbaik untuk Rania.

First Time Bagi Damya

Assalamualaikum,

First time LR menerai app Blogger.. so ada try post entry ni dulu.

Damya dah lama tunjukkan yang gigi depan goyang. Ok kita tunggu dia goyang betul2 baru leh cabut (kononnya ES boleh cabutkan).

Dan sehinggalah LR kena warded dan keluar wad.. Isu gigi Damya goyang telah dilupakan. Yer r, LR dapat jumpa Damya dan Adelya pon hari ke 4 warded. Sorry Kakak kami tak sengaja nak lupa huhu.. ada lagi benda besar lain nak fikir time ni :(

So sehinggalah mama kuarbwad, dan mandikan Kakak di pagi sebelum kakak ke tadika. Tengok-tengok dah ada gigi lain dah kat belakang yang longgar tu.. woohooo abislah!

Dan rupanya ES pon takut nak cabutkan gigi anaknya haha. Ingatkan LR je sama. Last-last bawak gi klinik gigi je la.. sebatang RM25.

Alhamdulillah Damya cool je masa kat cabut tu. Good girl Kakak!









Sunday, February 3, 2013

Happy 1 Month Birthday

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni genap sebulan my newborn baby ni. Maaf la acik syima mahasan, lupa nak bgtao nama dia kat entry sblm ni

Her officially name is

Julia Nur Rania Rizqah

Nama depan sama cam kakak-kakak (senang dah x yah fikir nama depan dah haha)

Julia Nur Damya dan Julia Nur Adelya

Haaa tapi yang ni lebih sikit dari kakak-kakak sebab ini dah last kan? Hehe ;p

Maksudnya

Julia : Yang berambut panjang
Nur : Cahaya
Rania : Kesenangan
Rizqah : Rezeki / Kurniaan Allah

LR ni memang jenis last minit baru cari nama anak-anak haha. Semuanya bila baby dah kuar baru hegeh-hegeh cari nama. Masa duduk rilek2 sblm bersalin lupa lak nak survey nama siap2 hehe.

Ekceli nama ni LR dapat masa hari ketiga Rania lahir. Pastu proposed kat ES. Sekali dia KIV daaaa. Ok LR soh dia cari nama lain dulu. Tapiiiii in case dia lom dapat cari, guna yg LR propose jer. Sbb LR pon bukan bg pilihan pon sebab LR cadang satu nama ni je kat ES hahaha.

ES ada cadang nama tao. Aafiyah dan Saffiyah. Erm sedap gak. Lembut je bunyi nama Aafiyah tu.. Saffiyah lembut gak tapi cam nama satu watak dlm tv dulu jer hehe (LR x berapa minat watak tu sbb lembutttt sgt so cam kurenggg sikit nak terima nama tu haha).

Ekceli nama Rania tu LR dah berkenan since Damya lagi, tapi ES tolak. Pastu yang ini dah abis dah nama nak pilih.. cuba lagi sekali. Pastu ES siap soh umi & uncle carikan. Uncle & Damya kata ok nama Rania tu hehe. Rizqah tu pulak best maksud dia. Semoga anak-anak mama sentiasa dimurahkan rezeki dariNya.

Pada hari ni jugak ada doc tanya nama baby sbb nak tulis dalam buku. Eksaited dia siap standby pen nak catat je sbb dah lebih 2 minggu dah. Dia igt dah ada nama haha. Kami kata lom ada lagi, baru nak g daftar hari ni (25/01/13 Jumaat). Waa mesti nama sedap ni ujar beliau kikiki.

Pastu kan, dah pergi JPN ni tapi nama still lom confirm haha boleh camtu? Rania dah confirm 50-50. Nama belakang je lom confirm samada Rizqah atau Saffiyah. Aafiyah ES dah tolak siap2. So masa nak isi form, tanya lagi sekali ES. ES kata letaklah nama Rania tu. Eh? Rania je ke? Rizqah cam mana? Haa letaklahhhh.. hihi cam tu lah keputusan nama dibuat di depan pejabat JPN.

Jika ikutkan corrected age (co) as described by the docs, sepatutnya hari ni baru 34 minggu 4 hari if masih dlm perut.

So hari ni, berat Rania dah 1.8kg. Alhamdulillah cepat besar ye sayang?

Owh gambar baby nanti la yer.


- Posted using BlogPress

Saturday, February 2, 2013

Bila Anak Dah Tiga

Salam 2 Februari 2013,

Syok kan semalam dapat cuti sempena Hari Wilayah. Tapi LR x kesyah pon, tapi tumpang suka gak sebab ES ada leh bwk keta gi spital ngeh ngeh ngeh.

Semalam sampai spital dalam koi 8 camtu. Cuba buat pam 2 jam sekali masa kat sini. Tapi makin ke petang, production makin kurang huhu. Normal kah begitu ek?

So hari ni planning nak pam 3 jam sekali. Harap2 Allah kuatkan semangat LR untuk follow betul2 jadual. Bab nak bangun pagi nak kena pasang pam lah yang paling bercinta.. owhh badan melekat kat tilam zzzZZZzz. Kalau baby ada sebelah lain la kan? Leh je bangun pagi2 tu buat susu (masa zaman budak 2 orang tu minum fm je.. sian depa x dpt full bf).

Okeh citer pasal depa 2 orang, Alhamdulillah mereka sangat memahami keadaan sekarang ni. Yang mama papa duk ulang alik ke spital especially mama yang dari pagi sampai petang kat wad.

Kalau hari keje, depa main ngan mama pon waktu malam jer. Tapi time ni la mama pon nak rehat & baring2 atas katil kan? Huhu aduhai sian kat depa.

So semalam ES ada, leh la bawak depa 2 beradik tu amek LR pastu bawak gi main kat taman je.. Ok lah untuk spend masa jap kat situ ngan depa.














- Posted using BlogPress