Info :)

Thursday, February 14, 2013

Hari Mengadu

Assalamualaikum,

Pagi ni Damya liat nak bangun lak. Semalam bagus kejut terus bangun mandi. So dah lewat. So terpaksa call van bagitao tak payah datang amek sebab LR yang hantar dia pagi ni. So lambat sikit sampai tadika tadi.

So kebetulan dah sampai depan tadika, cikgu kelas Damya ada kat depan pagar tengah angkut barang. Terusss la jumpa cikgu nak ngadu pasal ada sorang budak laki satu kelas Damya yang suka pukul budak-budak kelas termasuklah Damya. Dan cikgu tu pon cakap memang dia pon pernah nampak depan mata dia si Hadif ni suka pukul guna tangan ngan kaki tapi cam rilek jer bunyik dia. Haishhh??? takkan tak de tindakan apa kot? So LR cakap bagitao mak dia la.. haha blur pulak ai pagi2 ni. Balik dari pasar tadi tetiba terfikir cam nak hantar Damya pegi masuk taekwondo (over lak).

Eh bukan nak suruh Damya pegi patahkan tulang budak Hadif tu tapi sekurangnya dia boleh pertahan diri dia dok? Jangan duk jadi mangsa buli orang je!!!

Tapi tak sempat LR nak ngadu, Cikgu Farah terlebih dahulu (eh terformal lak) yang ngadu... huhuhu. Katanya Damya tak hantar HOMEWORK. Asek tinggal kat rumah jer. Erkkkk... blushing ai sebab memang tak pernah tanya pon ada keje sekolah tak. Haishhh teruk betul mak awak ni Kakak. Tapi nak cover lagi, cakap kat cikgu ingtkan tak de homework sebab tahun lepas asal tanya tak de homework. Pernah gak tanya cikgu kelas masa 5 tahun dulu. Pon katanya tak de bagi homework.

So terus la assume tadika ni memang tak bagi homework la kot. Wahahaha.

Ok pasni siap la Kakak. Kena buat keje sekolah dulu selepas balik tadika, bukan terus tengok tv je occay!!!!



No comments:

Post a Comment