Info :)

Thursday, May 2, 2013

Membunuh Masa


Assalamualaikum,

Phew dah masuk bulan lima ya? Akak bukan lagi blogger tegar... haha. Sebulan entry 1 jer kekekee. Lagipon tak der sapa yang tertunggu entry dari akak pon.. haha. Sebab tu la rasa tak bersalah jer. Tapi nanti nak update pasal anak-anak jer ok. Sebab blog ni nak buat diari anak2.. bila depa besar2 leh la depa baca.

Ok start dari awal masuk keje, akak adalah pengguna komuter yang setia. Tak penah ES datang amek. Sebab ES masih lagi berMC kat rumah. Rasa rugi minyak jer nak dtg amek akak yang jauh di KL ni. Baiklah akak naik komuter jer.. bukan susah pon sebab pegi balik ES hantar, sampai Bank Negara naik van pulak. Tak letih nak berjalan pon huhu. Haa nak-nak lagi akak apply Kad Diskaun komuter tu.. dpt less 50% harga tiket. Eermm katanya utk pendapatan RM3k ke bawah... idoklah pulak dikatakan pendapatan kasar atau pendapatan bersih. So akak anggap jer pendapatan bersih haha. Aci la apply dok?

So akak beli tiket untuk seminggu terus. Harga asal RM32.. so dapat diskaun jadi RM16 jer :). Sungguh berbaloi naik komuter! Jom ramai-ramai naik komuter tapi pas ni maybe akak jarang-jarang dah naik komuter tu sebab ES dah mula keje hari ni. Haruslah datang berdua-duaan :)

Rasanya 2 minggu pertama, tak der aktiviti membaca ni. Asek duk main game kat hp jer. Tapi seminggu dua terakhir jer baru dapat membunuh masa dengan novel ni dan ada lagi novel-novel ni.Novel lain ialah Pelangi Cinta Buat Suami by Acik Lana.





Eh tak sangka jugak akak ni suka baca novel?

Oit.. korang jangan tak tao.. akak memang suka baca novel.. cuma sejak 2 menjak ni.. exact word sejak beranak-pinak je dah x de masa nak baca.. exact word lagi.. tak de sumber nak bagi pinjam novel hahahahah... alasan last sebenarnya yang paling tepat :)

Akak memang tak mampu dik non nak beli novel.. belek harga leh telan ailio oooo... hampir jejak RM30 seketul buku. Yer... memang la itu harga penat lelah tukang tulis.. dengan masa depa duk perah idea lagi kan? Tapi akak bukan jenis yang sanggup beli novel mahal-mahal ni *sapa ada novel nak kasi akak pinjam.. sangat2 dialu-alukan*. Terima kasih Ismawati sebab jadi supplier akak. Nanti kalau akak dah mampu masa ada SALE kat pesta buku tahun depan (tahun ni tak pegi pon)... akak hadiahkan seketul kat Isma k.


Masa zaman anak dara, dah keje masa ni. Akak selalu pegi CM cari novel.. ohhhh tak main la novel melayu masa ni hehehe... sebabnya novel melayu tak der yang jenis jual-beli kat situ bahahaha. Ntah tatao la kedai buku tu masih ada lagi tak kat CM. Dah 10 tahun ada kot tak jejak kaki kat CM tu *sob sob sob*. Kat situ novel omputih sesaja uolsss.. akak selalu cari novel tulisan Johanna Lindsay... seme citer dia best2! Citer dia berkisar zaman kain kembang2.. zaman pirates dll.

Ok. Novel Kampung Girl ni tak silap akak abis baca buku ni dalam 3 hari... haa sebab tu akak kata alasan beranak-pinak tu pelesu semata-mata. Yer tao la ada je yang leh habiskan dalam masa sehari..tapi akak pulun baca masa pegi-balik naik komuter jer pon. Kat umah kekadang jer buat OT masa anak-anak dah tido, barulah akak baca.. tu pon kalau akak tak sama-sama tido ngan diorang... hehe.


Tak nak la review novel ni.. sebab akak dah lupa nama hero citer ni... tapi berkisar pada cerita kawen paksa la.. kan citer cam ni bagai cendawan tumbuh sejak dua menjak ni? Citer Kampung Girl tu berkisar kepada sepupu lelaki tu dipaksa kawen ngan sepupu dia yang memang suka kat dia dari kecik lagi.

Yang pelangi tu pulak, yang perempuan tu jatuh cinta kali pertama kat heronya bila baca diari mamat tu dengan x-wife dia yang telah meninggal. Cerita ni lagi best sebab ada pasang surut dalam penceritaan ecewah. Ada suka, duka, lawak.. tak senang hati selagi tak abis baca. Buku ni akak amek masa lama sikit.. dlm seminggu rasanya.

Setiap cerita mana ada yang nak sad ending kan? So haruslah happy sokmo. TAMAT. Haha senang jer akak menamatkan cerita. Nak tao kisah penuh, sila lah kontek Isma kikikiki.

Babai.

Start 3-7 akak cuti jaga anak sebab TokMa balik ngundi. Harap-harap 6hb tu dapat lah cuti free.. leh jimat sikit cuti akak tu hew hew hew... eh gigil gak nak fikirkan sapa yang menang kalah nanti. Harap yang terbaik sajalah kan??





2 comments: