Info :)

Thursday, September 18, 2014

Office Baru

Hai Assalamualaikum...

LR dah mula start masuk opis baru hari Isnin 15/9/2014.

Kengkonon nak sambung terus cuti sebab esoknya 16/9/2014 Hari Malaysia kan? Borang cuti manual pon dah siap hantar kat bos. Tapi last minit, ES kata nak keje pulak. LR follow jer :). Pulak pon cam tak best hari 1st ko dah cuti.. heyyy!

So, penempatan memang dah tao awal-awal masa dapat Pink Form lagi. Kalau orang dalam gomen ni memang cukup familiar ngan word Pink Form. Bila dengar dapat PF, masing-masing kecoh nak tao kena transfer ke mana hehe. Sebab PF tu adalah surat yang bagitao kena transfer ke tempat lain. Kalau naik pangkat rasanya dapat PF gak.. eh tak sure la pulak. Tak de pulak dengar Green Form ke Blue Form ke setakat ni hehe. Nampak tak?? Nampak tak yang LR kena transfer ni bukan sebab naik pangkat :(. Lateral jer haha. Batch kami adalah LEGEND. Tunggu lagi 2-3 tahun baru dapat naik kot. Tak per lah kan? Rezeki Allah tu luas. Redho jer la. So setakat ni LR baru dapat 2 PF.

So benda pertama haruslah jumpa bos baru. Bos baru pulak OK.. dia soh buat hal seniri dulu katanya. I loike la kan? Jangan pulak cam kawan-kawan LR yg lain, hari ni masuk, kerja dah tunggu atas meja haha. Cam kezutan pulak kan? Tak sempat nak berkenalan dah kena setel kerja. Ada tu tender dah tunggu untuk dibedah-siasat. Ermm tapi Allah tak menzalimi makhluknya kan.. mesti diorang tu hebat2, boleh terus cope ngan suasana kerja baru.. tak macam LR ni hehe.

Bila dah free ni (buat masa ni) tiba-tiba berazam nak up blog cam Ben Ashaari tu.. sehari 5-6 entri. LR ni sejak 2 menjak ni, 5-6 entri sebulan pon non hado. BE up entry pasal anak-anak dia je pon haha. Tapi dah dapat terbang pegi Paris free dengan tiket as blogger. Osem!

Tapi LR bukan la nak target as blogger osem. Cukuplah sekadar catat memori kisah anak-anak dalam ni. Bila depa besaq nanti, leh baca kat sini jer.. sebab mak deme ni banyak makan semut kot... mesti ada part yang lupa2 hehe. Dah pulak anak dah 3.. kang caca-marba nak cerita kat diorang haha.

Hari ni hari ke-3 kat sini. Opis LR kat tingkat 6. Bos pulak kat tingkat 5. Bos lom datang jenguk LR lagi. Semalam LR turun jumpa PA bos, katanya bos ada seminar kat PWTC 2 hari :).

Haa nampaknya tangga & LR tak dapat dipisahkan je... sebab opis lama memang sah-sah kena guna tangga sampai tingkat 2 sebab memang tak de lift... kat sini pulak tak sama level ngan bos. Takkan nak tunggu lif semata-mata nak turun bawah setingkat kan. Eh jangan komen naik tangga leh kurus! Tak do nye kurus hak hak hak. Bukti depan mata der. Jangan komen cam tu ok? Eh emo pulak tskkkk.

Haa.. oklah.. BE up entri dia tak panjang pon haha.. So LR titik di sini dulu ye. Jap lagi nak up citer anak-anak pulak kahhhhhh (pesen gelak terkini?) hurmmm APTB.

Nak pi cari sarap dulu.


No comments:

Post a Comment