Assalamualaikum,
Rasanya bulan puasa pon sesuai gak amalkan minum air suam + sehiris lemon... takkan leh gastrik kot kan??
Besar jugak manfaat minum air suam ni... pastu tambah lak ngan lemon... jom baca apa kebaikannya..
Rutin pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari mereka
sebelum pergi ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai pelajar.
Tidak kiralah anda seorang ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun suri
rumah, kesihatan perlu dititik beratkan dan dijaga dengan sebaiknya.
Jika kita di Malaysia, pasti ramai mengatakan bahawa memakan makanan
yang berlemak seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan juga minuman manis
seperti The Tarik adalah kombinasi yang wajib. Namun tidak tahu apa
penyebab dari pengambilan lemak dan gula berlebih mampu mengundang
penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga
obesiti.
Oleh yang demikian, cuba tukar rutin harian anda menjadi lebih sihat dan
hargai setiap pagi anda dengan menghirup secawan air putih suam bersama
hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikkan kombinasi
tersebut.
Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang
amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala
Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan
betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur
sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika
itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.
Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau
tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita
ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah
metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali
dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.
Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal,
amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan,
kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya
mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal
alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh
yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam,
amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.
Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip
ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu
hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang
membantu perjalanan sistem penghadaman anda.
Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana
lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu
masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh
yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air
kencing anda akan meningkat dan sihat.
Kulit cerah dan bersih
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak.
Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari
dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam
beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.
Mengelakkan dehidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di
dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi.
Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa
keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari
berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak
meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus
mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.
sumber dari fb Kurus 2kg - 5kg Dalam Seminggu
Wah, terima kasih atas perkongsian maklumat yang bermanfaat. Salam Ramadhan. :)
ReplyDeleteLR pon kopipes jer tu hehe... Salam Syawal haha.. LR lama nau amek masa nak reply komen
DeleteWah! Bagus nih.. Tak pernah try lagi.. Lepas ni bolehla try.. =)
ReplyDeleteLemon ada kat umah boleh cuba ni..!
ReplyDeleteMisz Mieza dan Mizzura..
ReplyDeleteNama kamoo berdua sama tapi tak serupa hehe
Silalah cuba... LR pernah buat lemon sebiji perah dalam air panas2... orang kat slimming centre yg ajarkan