Info :)

Sunday, February 3, 2013

Happy 1 Month Birthday

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni genap sebulan my newborn baby ni. Maaf la acik syima mahasan, lupa nak bgtao nama dia kat entry sblm ni

Her officially name is

Julia Nur Rania Rizqah

Nama depan sama cam kakak-kakak (senang dah x yah fikir nama depan dah haha)

Julia Nur Damya dan Julia Nur Adelya

Haaa tapi yang ni lebih sikit dari kakak-kakak sebab ini dah last kan? Hehe ;p

Maksudnya

Julia : Yang berambut panjang
Nur : Cahaya
Rania : Kesenangan
Rizqah : Rezeki / Kurniaan Allah

LR ni memang jenis last minit baru cari nama anak-anak haha. Semuanya bila baby dah kuar baru hegeh-hegeh cari nama. Masa duduk rilek2 sblm bersalin lupa lak nak survey nama siap2 hehe.

Ekceli nama ni LR dapat masa hari ketiga Rania lahir. Pastu proposed kat ES. Sekali dia KIV daaaa. Ok LR soh dia cari nama lain dulu. Tapiiiii in case dia lom dapat cari, guna yg LR propose jer. Sbb LR pon bukan bg pilihan pon sebab LR cadang satu nama ni je kat ES hahaha.

ES ada cadang nama tao. Aafiyah dan Saffiyah. Erm sedap gak. Lembut je bunyi nama Aafiyah tu.. Saffiyah lembut gak tapi cam nama satu watak dlm tv dulu jer hehe (LR x berapa minat watak tu sbb lembutttt sgt so cam kurenggg sikit nak terima nama tu haha).

Ekceli nama Rania tu LR dah berkenan since Damya lagi, tapi ES tolak. Pastu yang ini dah abis dah nama nak pilih.. cuba lagi sekali. Pastu ES siap soh umi & uncle carikan. Uncle & Damya kata ok nama Rania tu hehe. Rizqah tu pulak best maksud dia. Semoga anak-anak mama sentiasa dimurahkan rezeki dariNya.

Pada hari ni jugak ada doc tanya nama baby sbb nak tulis dalam buku. Eksaited dia siap standby pen nak catat je sbb dah lebih 2 minggu dah. Dia igt dah ada nama haha. Kami kata lom ada lagi, baru nak g daftar hari ni (25/01/13 Jumaat). Waa mesti nama sedap ni ujar beliau kikiki.

Pastu kan, dah pergi JPN ni tapi nama still lom confirm haha boleh camtu? Rania dah confirm 50-50. Nama belakang je lom confirm samada Rizqah atau Saffiyah. Aafiyah ES dah tolak siap2. So masa nak isi form, tanya lagi sekali ES. ES kata letaklah nama Rania tu. Eh? Rania je ke? Rizqah cam mana? Haa letaklahhhh.. hihi cam tu lah keputusan nama dibuat di depan pejabat JPN.

Jika ikutkan corrected age (co) as described by the docs, sepatutnya hari ni baru 34 minggu 4 hari if masih dlm perut.

So hari ni, berat Rania dah 1.8kg. Alhamdulillah cepat besar ye sayang?

Owh gambar baby nanti la yer.


- Posted using BlogPress

3 comments:

  1. x sbr nk tgk baby..ble baby leh blk umah tu sis?

    ReplyDelete
  2. cumil name baby, in shaa Allah smga murah rezki, amen.. baby rania lahir mase brp mggu eh?

    ReplyDelete
  3. Panjang nama bby.. Penutup dh ke kak ida? Hehe

    ReplyDelete