Info :)

Saturday, December 31, 2011

:: Mana Lagi Best? Main Game Tapi Tak Der Hadiah atau Main Game Dapat Hadiah? :: ::


Haha soklan tak menahan!


LR kan bab-bab main game ni begitu menggemarkannya sehinggakan dah menurun ilmu games ni kat Damya & Adelya... tapi sendiri makan hati la bila kita bukak laptop jer... Damya especially akan nak main games dia... terpaksa layan dia dulu... kalau tak harus tak tenang nak guna laptop sebab dia dah wat aksi drama air mata kat tepi kita... huhu


So bila agak-agak dia dah boring main laptop, dapat la LR layan game Bonuslink City ni... hehe secara dasarnya ada iras-iras Cityville dalam fb lak.. cumanya yg BC ni dia promote syarikat-syarikat yang join Bonuslink la as Digi (tiap-tiap bulan bayar bil tepon point pon dapat), Shell (memang Shell dari dulu dan kini), Parkson (selain shopping kat Sogo.. layan gak Parkson kat Metro Kajang tu) dll...


Kalau korang ada bonuslink card, dah leh start main dah... tapi sebelum tu kena ada kad sebelah dululah sebab kena fill-up card no. for login.


Haaa cam ni lah lebih kurang game tu.. memang nangis-nangis la mata LR duk concentrate game ni hihi





Tapi kalau tak der hadiah, tak best gak kalau concentrate sangat kan??? Haruslah ada hadiah... selain nak harapkan nak jadi Jutawan Bonuslink... at least yang ni dah ada usaha kalau takat nak tambah point dalam 1000... kalau nak kumpul ngan Shell, Digi tu banyak bulan baru leh agaknya.


So Alhamdulillah.... tadi masuk cek keputusan dengan penuh debaran... jeng jeng jenggggg


Nampak tak kat bawah tu? :) Alhamdulillah penutup tahun 2011 menang sesuatu yang kita usahakan... rasa semangat jer nak pulun men game online lain hehe




So kalau kengkawan nak try luck gak... leh klik sini terus utk ke website Bonuslink tu... gogo chaiyok!



Friday, December 30, 2011

:: Murtabak Singapura Bangi ::





3 layer tea




Murtabak ayam for TokMa




Megi Sup for me!


- Posted using BlogPress

Location:Jalan 15/1,Bandar Baru Bangi,Malaysia

:: Kelebihan Surah Al Kauthar ::

Assalamualaikum salam di pagi Jumaat :)

Tadi LR tengah blogwalking... ternampak pasal kelebihan Surah ni... sambil-sambil untuk diri-sendiri, ada baik gak LR sharekan... jom sama-sama baca!





KELEBIHAN SURAH AL KAUTHAR

**Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.
**Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
**Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

"Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib."
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
**Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
**Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'Allah hilang dahaga.
**Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
**Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
**Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
**Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
**Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Wednesday, December 28, 2011

:: Site Visit | Pengerukan Pasir ::

Ok sambil-sambil tu meh la tengok apa tu kerja-kerja pengerukan pasir.. ate orang putih kata 'dredging works'... eh kalau korang tak pernah tengok pon memang patut la pon sebab LR pon baru jer kenal benda ni masa keje sini




aummmmmmm





celup



 angkat



 buang


dan pasir-pasir ini akan dihantar ke tengah lautan yang perjalanannya adalah sejauh 6 jam supaya laut ni jadi dalam balik dan kapal-kapal boleh lepak kat situ dengan gembiranya



:: Site Visit | Kapal KD Perak ::



Ni cerita basi lagi lalalalala
Ni masa pegi QS Miting kat Bukit Gambang ritu
Selain miting, ada site visit
Tapi site visit yang memula tu tengok dari dalam site ofis jer

Sebab kat luar hujan
So aktiviti tu digantikan dengan aktiviti bergambar sajork
Kang LR uplot hehe



tak dapat masuk muka... masuk jari pon belasah hahaha
pas makan tengahari.. terus zasss pegi kat MAWILLA I








Kapal depan ni bukan KD Perak... tp tak ingat nama dia.. KD Perak kat belakang tu




Eh tapi awat duk bergambar depan kapal kecik tu pulak ek?? hehe sebabnya kapal ni terhampir tempat kitorang turun bas... sebelum masuk dewan dengar taklimat.. posing dulu ahaks



ini selepas dengar taklimat


pengangkutan kitorang pada hari tersebut... tetiba jadi orang Pahang ;p



ni dah kat dalam kapal.. ekceli kat hangar heli



bahagian atas hangar heli



dalam dek... owhh kena turun naik tangga kecik ni.. Masya Allah gayat pulak!



haha leh menten senyum tu sambil-sambil gayat



haaa ni pisau-pisau kat dapur atas kapal ni.. besau-besaunyerrrr



terima kasih atas layanan yang diberikan kepada kami :D




eh demoknya jurumudi kapal nih.. haishhhh



seme orang fokus... so gambar amek seniri hihi




haha tengok mamat belakang tu.. nak jugak enterprem dalam ini filem.. eh nak tao tak? mamat tu tengah cari calon isteri.. ada sapa nak??? sila tinggalkan nama FB anda hehe



rupanya depa buat biznes atas kapal ni... ngan jual cenderamata.. ada RM15, ada RM30



payung pon ada RM25




glurppp... mahainya! last-last LR beli nih.. haha RM5 jer




semuanya sedap! nyummehhhh

 



sebelum naik bas, pinjam beret jap ye dik hihi



babai TLDM Markas Wilayah Laut I


sampai hotel dah dekat koi 7 ptg... oleh itu janji ngan Damya utk main air pon terpaksa kensel... kesian sungguh!

Tuesday, December 27, 2011

:: Setuju Sahajalah Labuuuu ::

LR dah tandatangan dah tadi. Dah hantar jugak!




9 tahun berkhidmat ngan gomen = 3 kali tukar skim [SSB - SSM - SPBA]


So elok-elok pencen umur 56, LR dah pilih 60 tahun... fuhyooo tuanya duk keje lagi! Tapi kalau nak pencen umur 55 tahun pon dah boleh :)


Kata my ES, beliau ada tanyakan dari sumber yang boleh dipercayai kat JKR sana, dia suruh LR pilih jer pencen umur 60 tahun sebab kalau kita nak pencen awal yakni (gitu) dah cukup berkhidmat selama 25 tahun, pencen akan dibayar pada umur 55 tahun.


Jika kita pilih umur 58, pastu kita nak pencen awal, pencen akan tetap dibayar pada umur 58 tahun.. so pandai-pandai la buat tabungan utk sara hidup seblm dapat duit pencen tu huhu


Sekian saja dari bilik kecik LR (haha)


- Posted using BlogPress

:: Ke Tesco Ampang Semata-mata Upin & Ipin ::

Assalamualaikum...


Blog tak berhapdet? Perkara biasa tu kalau tengah cuti.. ahak ahak ahak. Walopon boleh tulis taip pakai hp.. tp masa cuti hp adalah menjadi HAK anak-anak... mama tengok tivi jer la kejenye hehe seronot gak layan tivi ;p


Amaran : entry ni ditulis sebelum LR cuti Khamis Jumaat minggu lepas.. kesekian kalinya ngan cerita basi yang tak der apa-apa sumbangan kepada nusa dan bangsa hanyalah untuk tatapan diri seniri di hari anak-anak dah besar huhu


*******************************

Masa ni tatao pon Upin Ipin akan wat pameran kat Muzium Negara.. jenuh pegi tunggu kat Tesco Ampang semata-mata nak bagi diorang jumpa U&U... sapa nak tengok pasal pameran U&U kat Muzium Negara tu.. jom terjah citer kat sini dulu... haish macam nak pegi bawak budak2 ni pulak la hihi





 Cakap koi 3.. tapi dalam 3.30 baru U&U kuar



 Muka budak cuak tgk maskot Upin Ipin



 Damya pon langsung tanak bergambar ngan maskot ni



Paksa Damya join Chicken Dance sebab nak hadiah hihi



 Orang lain sibuk menari.. dia sibuk tengok belakang takut mama hilang







 beratur untuk dapatkan hadiah



 yeay dapat flashcard ni



 bookmark ngan sticker ni semua orang dapat



  dah abis jumpa U&U tu... kena pulak singgah kat mainan ni



 tinggi : 1100mm... ok nextttt... eh budak tocit lagi sorang asik panjat slide ni jer







 abis slide main dalam castle



 



 haha ni muka budak takut nak main kat gelembung angin ni




 terus nangis huhu


 pastu main castle balik.. pas tu ajak balik kena lagi pau ngan ini pulak!






 oh doraemon... nanti kita jumpa lagi ya.. haha ntah ape hal muka Damya cam tu.. Doraemon rilek jer





dah penat main... pegi layan nasi ayam Linda Onn pulak.. eh tapi LR try bihun soto... ermmmm naper rasa dia tak kick macam Mee Sup ek cik LO? kacang goreng pon tak der :(