Info :)

Tuesday, December 28, 2010

:: Cabutan No. Bertuah Dimenangi Oleh... ::

Phew sori-sori naik lori... lama lak iklannya.. sempat bekpes sampai ke Bukit Tunku lak tadi... hehe. So... tanpa banyak songeh... cek jer lar hasil cabutan semalam yeh.



2293



2269


Haha kertas tu seme hasil guntingan oleh budak di atas... grrr tak ikut line & senget-benget... haha janji no. jangan tergunting sudahlah ye



So, tahniah kepada mereka berdua... jap nak cek sapa punya nomot tu... 
 


1. akubersamacahya - 2261
2. tiefazatie - 2266
3. siti_syhd - 2269
4. cikpuanhady - 2273
5. cikanna - 2279
6. inahasan - 2282
7. jieda - 2283
8. aien naliza - 2286
9. muslimah vogue - 2293
10. sweety - 2295
11.  zaikulim - 2298
12. lissa - 2309
13. kasihfarhana - 2315
14. lynn azlina - 2317
15. lily - 2323
16. cute mum - 2324
17. qilarazak - 2276
18. florafana - 2328



Okeh kepada siti_syhd dan muslimah vogue
tahniah diucapkan... sila hubungi tuan umah yer samada nak cash / top-up a.s.a.p.
emel kat axelida@yahoo.com yer.. 


kepada yang lain-lain, diucapkan terima kasih lagi sekali. Lain kali kalau tuan umah nak wat lagi, jangan serik join lagi yer... sebarang kesulitan korang alami sepanjang menjoinkan diri dalam GA ni amat dikesali (sob sob sob).



ikhlas tapi jauh,
-axelida rahim-

:: Gunting Gulung Cabut ::

Lagi sekali...


♫♪ Gunting Gulung Cabut ♪♫ (intonasi ala-ala iklan mamimanste tu - Goncang Renyuk Makan.. aumm)... gagaga




Servis yang bagus dari Miss Damya... dilantik sebagai duta cabut nombor jer... tp diberi sekali pakej gunting nombor jugek.. hohoho (layankan jerrrrr)



sapa nak kira ada berapa gulung lam bekas nih? hehe tapi tak der hadiah pown tao?



DAN PEMENANG YANG BERTUAH ITU ADALAH....



+




_





*






akan bersambung selepas pesanan penaja... korang mesti pernah tengok rancangan  Finale apa-apa pon kalau time nak umum tu... wajib ada iklan kan?? haha saya pon nak wat cenggitu jugaklah.... 


jumpa lagi selepas ini *peace*

-axelida rahim-

Monday, December 27, 2010

:: Nombor Untuk Cabutan No. Bertuah Telah Sedia ::

Tapi belum sempat nak gunting lagi...





kepada yang follow... terima kasih.. nanti saya follow back! bz sket... lom sempat jengah korang... nanti ketemu!
-axelida rahim-

:: BJMM 2nd Lucky Number Ditutup ::


Salam,

Alhamdulillah ada jugak yang sudi join. Terima kasih untuk kamoo-kamoo di bawah ni yang join. Kalau ada yang join tapi lom bagi link kat komen di sini --> [BJMM 2nd Lucky Number Give Away], silalah cepat-cepat bagi sebab keputusan Insya Allah akan diumumkan esok.


1. akubersamacahya - 2261
2. tiefazatie - 2266
3. siti_syhd - 2269
4. cikpuanhady - 2273
5. cikanna - 2279
6. inahasan - 2282
7. jieda - 2283
8. aien naliza - 2286
9. muslimah vogue - 2293
10. sweety - 2295
11.  zaikulim - 2298
12. lissa - 2309
13. kasihfarhana - 2315
14. lynn azlina - 2317
15. lily - 2323
16. cute mum - 2324
17. qilarazak - 2276
18. florafana - 2328


-axelida rahim-



:: BJMM 2nd Lucky Number Give Away ::





Syarat-syarat nak join BJMM Lucky Number ini ialah seperti berikut:




1.Terbuka untuk follower blog BJMM sahaja.


2. Buat satu entri mengenai LN ini, bertajuk
':: My BJMM Lucky Number Give Away ::'.
Letakkan banner di atas dan linkkan terus kepada entri ini beserta nombor yang telah dicapture tadi (2141 ke, 2222 ke.. janji jangan lebih dari 2332). Format nombor adalah seperti di bawah sahaja diterima.








3. Letakkan banner di side bar blog anda dan link back ke entri ini.


4. Tinggalkan komen di entri ini. Jangan lupa sertakan follower ID.


5. LN ini akan tamat apabila nombor di sidebar ini mencecah ke angka 2332.


Hadiah?


2 + 3 + 3 + 2 = RM10
cash / reload prepaid (rasa cam ciput jer kan tapi ini rejeki korang tao.. jgn ditolak ;p).
untuk 2 orang follower bertuah sahaja.
Cabutan nombor bertuah akan dibuat oleh miss damya.









LN ini adalah tanda terima kasih saya kepada kamoo yang follow... ♥ u all.


-axelida rahim-

Friday, December 24, 2010

:: 200 BLOG MENCARI HARTA KARUN ::




Segmen Bersama www.benashaari.com




Jawapan Kepada Soalan 1 :

Nama bagi pemilik blog http://syazanaamira.blogspot.com/2010/12/biarlah-aku.html ialah misz nana



Jawapan Kepada Soalan 2 :

Nama Pemilik Blog : iqlima
Tajuk Entri Terakhir pada 23.12.2010 : 200 blog!!


Jawapan Kepada Soalan 3

Nama Blogger 'Gadis Nakal' : mizz farah


Jawapan Kepada Soalan 4 :
Bisnis Apa : Bisnis Ikan Keli


Jawapan Kepada Soalan 5 :
Berapa Ramai : 11 orang


Pendapat saya mengenai Segmen 200 Blog Mencari Harta Karun ialah :

Pada pandangan saya kesemua segmen yang En. Ben Ashaari buat kesemuanya menarik. Kalau terlepas satu segmen rasa sangat tidak best! Nasib baik Segmen 200 Blog Mencari Harta Karun ini sempat saya join (walaupun tak di-link sebagai bahan tajaan... tetap rasa bangga bila ada dalam list 200 blog itu... haha). Segmen 200 Blog Mencari Harta Karun ini seumpama menyertai Treasure Hunt debarannya (eh memang tajuknya Mencari Harta Karun lahhhhh). Memang berdebar-debar semasa mencari jawapan kepada klu yang En. Ben berikan. Lagi mendebarkan bila saya baru mencari jawapan-jawapan tersebut dari jam 9 malam tadi lepas balik tawaf luar bangunan Mid Valley (nasib baik anak-anak pun tak banyak hal malam ni.. boleh concentrate). Semoga lepas ni En. Ben buat lagi Segmen seumpama ini... i loike! hahaha (120 patah perkataan) <--- dah gaya menjawab soklan SPM dah ni.. hehe

Terima kasih En. Ben! (Maaflah kalau tak menjawab soalan pendapatan ni)


Cepat-cepat hantar sebelum 11.30 malam ni,
-axelida rahim-



:: 200 Blog! ::

Hoyeyyy berjaya gak jd yg 30 terawal hahaha






-axelida rahim-


UPDATE 24.12.2010 : wahahaha igtkan yg ke-30 tapi 5 kali ganda daaaa.... tersenarai yg ke 158... tak pelah.. janji tersenarai... tengkiu en. ben

Thursday, December 23, 2010

:: SAYALAH BLOGGER ITU ! Bermula ... ::






Jawapan :

1. Url : http://banyaktehkereta.blogspot.com
    Nama : areteacar


2. Nama : KaLeD diDi
    Url : http://lampoh09.blogspot.com


3. Nama : MamaEma
    Url : http://mamaemacyg.blogspot.com


4. Nama : Penjejak Mimpi
    Url : http://penjejak-mimpi.blogspot.com


5. Tajuk Entri : aku mula jatuh hati kepadamu
    Url : http://cik-senah.blogspot.com


-axelida rahim-

:: Tutorial : Nak Buat Ayat Kelip-kelip Macam Kunang-kunang? ::



Hehe tu soklan dari puan pidah dari entry semalam... 


Iklan jap... aku belum pernah lagi pegi tengok kunang-kunang kat mana tu yg boleh tengok malam-malam tu? Sabak Bernam ek? hehe tak sure lak aku... tapi setao aku kat area2 sane lah kannnn...


Okeh... untuk buat ayat kelip-kelip tu amatlah senang *ceh berlagak* hahaha. Cenggini jer caranya :-




taip yang hijau tu (blink) tu sebelum ayat dan (/blink) selepas  ayat yang nak dibling-blingkan tu... tapi jgn lupa letak tanda <> (aku nak tunjuk tp terus jd bling2 pulak) tapi yang selepas tu wajib ada '/'... macam contos diberikan di atas... hokeyh?


Semoga berjaya! Wish macamkan nak pegi peksa lak gagaga.

-axelida rahim-

Wednesday, December 22, 2010

:: Segmen Khas Kepada Follower Gue Sajork ::


Segmen khas kepada follower gue sajork.. skang dah ada 99 orang yang follow... i loike nomot2 ganjil berganda tu.. haha tajuk jer gempak tapi tak de apa2 pon... just wanna say thanks a million atas kesudian korang mengfollow belog gue ini. Sorilah gue gunakan perkataan 'gue'  bukan nak menggunakan bahasa indon tapi sebab kalau gue gunakan 'aku' rasa kasar pulak... kalau nak guna 'saya' rasa terlebih shofannn jer (tapi ada jugak tetiba gue nak jadi shofannn gue akan ber'saya' ---- terus jadi 3S... Sopan + Skema + Serius) hahaha.




Terima kasih atas kesudian korang-korang yang bertandang dan sanggup tepek muka korang kat belog picisan ini...^___^ Walopon belog gue ini dah berumo 3 taon lebey (sama umo ngan Damya tp muda beberapa bulan jer *leh paham tak ni*) tapi sejak 6 bulan lepas jer (lepas Adelya kuar 6-7 bln gitu) dan setelah ada nuff barulah gue aktif menghapdet belog nih (kunun nak cepat kayalah.. hahaha tapi gue bukanlah di kalangan blogger tegar lagi... sekadar suam-suam air suam jer... so cam tu jugak la dengan tabung nuff tu.. suam-suam jugek haha). Kalau ada benda nak tulis... adalah.... kalau ada gambar nak tunjuk... adalah.... *bila sebut gambar jer mesti hati tersentap... huwaaaaaa* nak bagi kisah dan pedoman hidup tu... gue pon tak banyak pengalaman lagi... almaklomla gue mude belia lagi *sila jangan percaya* kuikuikui ... yang pastinya gue belum layak lagi... jadinya jadilah belog gue ini begini seadanya... kalau nak cari yang ada moral dan teladan... bukan kat sinilah kot ye... sila lah ke tempat lain jawabnya hehe.


Waduh (eh tercakap indon lagi? sila abaikan) naper entah membebel panjang lak nih?


Okeh okeh cenggini ceritanya....


Gue pernah terniat nak bagi hadiah kat kamoo2 yang follow gue nih setelah mencecah 100 orang... ala-ala Give Away gitu... tapi lom fikir lagi cemana cara nak buat (sebab lom 100 lagi kan.. hehe) apa hadiah nak bagi... berapa orang akan dpt...  so korang tungguuuuuuuuu jer dulu yer... maybe dalam masa terdekat/terjauh ni gue umumkan (tapi tak janji bila.. haha).


Tapiiiiiii.... tunggu jap.. tetiba gue rasa nak cari Lucky Number pulak lar...!  Wah dah 2  GA gue hutang korang pulak ek. Dulu gue buat untuk nomot 777... dan LiLY orang yang bertuah tu. Tapi yang nomot bertuah nih leh wat cepat sebab senang... so tunggu next entry gue akan bagitao nomot apa yang gue nak dan syarat-syaratnya... ngeh ngeh ngeh... tapi yang nih memang khas kepada follower sahaja... so sapa-sapa yang belum mengfollow tu silalah berbuat sedemikian (eh ni bukan paksa tao... dah gue kata khas kepada follower kannnnnnnn.. kalu tamo follow haruslah disquallified terus hahahaha)... sekian ;p


much luv,
-axelida rahim-



:: Kepala Dah Tutup Tapi... ::


Tadi pegi ke salah sebuah bank kat Kolumpo ni. Kebanyakan staff dah pakai tudung.. Ada yg pakai kasual (yakni suar n blouse) dan ada yg pakai uniform.




Tapi yg pakai uniform tu kalau tgk dr depan, x de cacat dah tp bila dia pusing belakang. jer.. umaingaihhh kain belah sampai ke paha! Aku tataolah samada dia tao dan sedar tak kain dia terbelah byk tu (haha ada ke yang tatao kain dia belah ke tak?) atau dia x kisah pon kalu takat nampak paha dia jer.. tapikan kalau dia kata terpaksa pakai kain tu sebab bos suruh... awat tak pakai jer legging kat dalam kan??



Hmm donia donia, skang rambut pon dah macam2 kaler apa lagi hati kan? Akher kata.. Lu pikirlah seniri!



pssst : a good communication is a MUST when TWO or MORE people involved (tetiba) hahaha


aku pon belum sempurna lagi.. jadi sama-samalah ingat-mengingati,

-axelida rahim-

:: Kenapa Tak Update BJMM? ::



Gitu... ada yang tanya kenapa gue tak hapdet.... hahaha terima kasih kepada yang bertanya... terharu rasanya bila ada yang mengambil berat jugak kepada belog gue yg tak seberapa nih...



Sebenarnya kekurangan berbelog adalah disebabkan ini (selain dari tugas hakikilah... kikiki) :-


+



+



+



masih baru lagi berkecimpung dalam bidang hartanah (cityville) nih... energy needed pehlis... hahaha sempat lagi nak promote *peace*



-axelida rahim-

Monday, December 20, 2010

:: Perhatian Kepada Belinda, Bunga & PnStoberi ::


Hahaha macam yo-yo o jer kan enaus macam nak bagi rete seketul dua kekdahnya... tapi memang pon nak bagi hadiah cash voucher RM100 dari Haven Restaurant (kat sini leh tengok pemandangan seluruh KL tao) ... tapi.... bukan dari sayalah... tapi mr. eyriqazz yang punya... hahahaha (gelak macam jin dalam cerita Ahmad Albab yer).



Sebelum nak dapat hadiah tu, korang-korang kena r usaha dulu.. cene?



Tengok sini jer yer... gud luck! Untuk korang-korang yang tak disebut nama pon, dijemput untuk memeriahkan majlis.. hehe.

-axelida rahim-



Friday, December 17, 2010

:: Terima Kasih Aainaa ::

untuk ini...





nak tao saya dapat apa? klik sini jer yer... tq.


-axelida rahim-

Thursday, December 16, 2010

:: Ouch Blogku ::

Ouch my dearest blog,


Hari ni tak dapat nak mengadap kamoo... aku sungguh rindoo!


Dan tak dapat nak BW ke rumah kawan-kawan semua.


Sebabnya... pegi tengok site kat Linggi & PD tadi.






Sangat ramai Kontraktor kelas 'A' join... dalam 120 orang! perghh jenuh lah kepada sapa-sapa yang kena bukak tender tadi... gagaga.


Ok balik dulu. Cau cin cau. Dah gaya WP3 lak hari ni.. aduhai.
-axelida rahim-

Wednesday, December 15, 2010

:: Azam Tahun Baru? ::


Salam,


Tutup mata bukak mata, ting! tinggal lagi 16 hari untuk ke tahun 2011. Kalau korang masih ingat kejadian2 awal tahun ni yang berlaku dlm hidup korang, mesti terasa "eh rasa mcm benda tu baru jer berlaku tapi dah hampir setahun rupanya" kannnn? Betul tak korang? Tak betul? Tapi naper korang duk angguk-angguk kepala je tu? Haha baik korang ngaku cepat!


Kenapa yer masa cepat betul berlalu? Kadang tu azam tahun-tahun sebelum pon masih lagi dibawa ke tahun berikutnya. Pastu terus takde wat azam dah lepas tu sbb asek kantoi je.. azam dah pg ke laut tangkap ikan daaa... haha tak lain tak bukan saya lar tu.. ahaks.


So, lebih kurang 2 minggu lagi ke tahun 2011 (tahun baru Islam pon dah seminggu berlalu) saya rasa nak tanam azam baru pulak lah. Tapi rasanya nak buat azam jangka pendek dulu. Tak mao dah berangan lebih2 kang ke laut lagi.


Ada jugak ke azam jangka pendek? Berapa pendek jangka pendek tu? Hmm saya nak letak dlm tempoh 3 bulan dulu.. Kalau ada bunga-bunga berkembang, bolehlah diteruskan utk tempoh 3 bln lagi dan begitulah seterusnya sampai ke hujung tahun.


So azam saya 2011 ni, nak tuuuuutttt (tak leh bgtao sini dulu malu argh). Jadinya kalau dlm masa 3 bln, nak jadi tuuuutt.. kena fikir lak cene. So macam mana kaedahnya nak capai target tu? Haa bab tu saya cerita lps 3 bulan dari sekarang sama ada berjaya atau tidak yer azam suku saya tu (jgn jadi 3 suku sudah.. gagaga).


Eh naper pulak tertiba saya bersaya-saya lak ni ek? Owh tertiba rasa ayu pulak kalau bersaya-saya ni... hohoho.


Oklah nak wish selamat pagi semua... saya permisi nak beradu dulu yew.
-axelida rahim-

Tuesday, December 14, 2010

:: Saya Nak Tujukan Lagu Maher Zain Ni Kepada Encek J ::


Pepagi sambil bawak keta terlayan lak lagu Maher Zain nih dari hot ef em... sebelum2 nih tak delah  nak menghayati sangat  (ceh cena nak hayati.. dah merempit je tiap2 pagi hahaha) walopon ramai tengah hangat ngan MZ tuh kan termasuklah miss sinomosa  ni... tapi aku  leh wat dunno jer.. hahaha. Tapi hari ni bila datang keja sesorang dengar lagu ni... feeling seh pagi2. So nilah antara bait-bait yang aku faham pagi tadi... so terus gugel lirik yang betul.


For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you


Haha sory potong stim korang sbb sekerat jer aku copy... nak full kali... sila gugel senirik hokeyh? Specially dedicated to encek suami yang berkursus seminggu di Maran, Pahang... oowwhhh bila berjauhan rindu-rinduan lah pulak.. bila ada depan mata seme benda rasa tak kena... haishhh... patutlah ada peribahasa sayangkan bini tinggal-tinggalkan ek... hahahaha. 






And I`m singing loud that I`ll love you eternally Encek J,
-axelida rahim-

Thursday, December 9, 2010

:: Terima Kasih Pink Craft ::


Alhamdulillah barang free sampai lagi semalam. Kali ini daripada contest ini


Heh aku tao korang mesti nak busybody aku dpt hadiah ape kan? Nah klik sini... hakhakhak bagi korang esesais jejari sket pepagi nih ngan klik maus tu...


Terima kasih pink craft. Macam-macam kraf ada kat situ... jengah-jengah le leh esesais mata pulak...ngeeee

-axelida rahim-

:: Masalah Perfectionist Dalam Perniagaan ::

Mungkin anda mengenali seorang yang "perfectionist" atau "mahukan kesempurnaan", iaitu, kalau nak melakukan apa-apa, perlu lakukannya 100% perfect. Mungkin juga anda adalah seorang perfectionist.

Masalahnya dengan perfectionist adalah, ianya akan mengambil masa yang lama untuk melakukan sesuatu, mungkin juga tak mulakan langsung. Kerana ingin menjadikannya 100% sempurna. All perfect.


Tidak salahnya menjadi perfectionist sekiranya terbukti ia telah banyak membantu anda. Tetapi, sekiranya menjadi seorang perfectionist hanya melewat-lewatkan sesuatu kerja, atau langsung tidak mulakan sesuatu perniagaan kerana nak pastikan semuanya PERFECT atau SEMPURNA, maka, di situ timbulnya masalah.

Saya ada mengenali seorang kawan saya ni, dari duluuuu lagi nak mulakan perniagaan. Tetapi, dari dulu sampai kini, masih mencari ilmu, masih research, masih survey... sampai makan masa bertahun-tahun tak mulakan perniagaan... sebab dengan alasan, tak cukup ilmu lagi untuk mulakan perniagaan. Dirinya inginkan ilmu sepenuhnya & sempurna sebelum mulakan perniagaan.

Pastinya itu adalah kesilapan yang besar, kerana ILMU tidak akan CUKUP. Kalau belajar ilmu baru, sudah tentunya ada lagi ilmu lain yang belum belajar.

Nasihat saya, tak perlu jadi seorang "perfectionist" sekiranya ia hanya melewatkan matlamat kita. Sesuatu yang sempurna bagi kita (contoh: produk) mungkin belum lagi sempurna untuk orang lain (contoh: pelanggan). Go ALL OUT sementara motivasi dan momentum anda miliki. Cari ilmu dan juga perbaiki perniagaan kita along the way. Tak perlu tunggu sampai segala-galanya 100% perfect

Mulakan sahaja langkah pertama anda dan lakukan konsep "Kaizen", di mana, setiap hari, setiap bulan, jadikan perniagaan, produk dan perkhidmatan lebih baik! Perbaiki dari masa ke semasa.


-Irfan Khairi-

Wednesday, December 8, 2010

:: BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU ::

fuhh walaupon terpaksa berhimpit-himpit ni... saya nak masuk jugak! ngeeee



terima kasih daun keladi en. ben...



-axelida rahim-

:: The Biggest Loser Asia 2 to Finale ::


Salam Maal Hijrah,


Pepagi sebelum aku mengerjakan kerja, aku nak kerjakan belog dulu selepas balik bekfes bubur nasi kat kantin atas.. kalu idak memang tak der post barulah kaedahnya.. hahaha.


So semalam last episode for TBLA untuk musim ke-2 ini. Maka dengan rasminya hanya 3 orang sahaja layak ke finale. Jom tengok siapa yang kenaaaaa?


No. 1 : Nai from Thailand


 Umur : 26 tahun
Berat Asal : 137 kg
Berat Semalam : 94 kg 
Weight Loss : 43 kg


Tahniah kepada Nai yang telah membungkus kesemua hadiah kemenangan dalam pertandingan secara individu selama 4 minggu berturut-turut. Tabik kat kamoo!



No. 2 : Raj from Singapore



Umur : 24 tahun
Berat Asal : 144 kg
Berat Semalam : 100 kg 
Weight Loss : 44 kg


Akhirnya Kapten Raj berjaya jugak ke final mewakili Blue Team. Syabas!


No. 3 : Genghis from Philippines


Umur : 34 tahun
Berat Asal : 162 kg
Berat Semalam : 115 kg 
Weight Loss : 47 kg


Tahniah! Daripada tiap2 episod asek nak keluar je... tapi akhirnya ke final jugak. Go Genghis Go! Gelagat Genghis semasa latihan amat mencuit hati.


To Lori... sori-sori naik lori lah... hahaha. Good job bagi seorang wanita yang berumur 43 tahun. The last woman yang stay sampai semalam.


Jom sorot kembali siapa peserta-peserta TBLA musim ini :-





pssttt : nak tengok Patty on the final... agak-agak dia berjaya kurus tak ek time tu? ngeeeeee


bila lah nak esesais? hmmpphh!
-axelida rahim-

:: Dinner Malam Ini ::


Kue Teow Kerang Kelana Jaya

+

Sate ayam 10 cucuk


Sampai rumah terus layan Awan Dania 3,
-axelida rahim-

Monday, December 6, 2010

:: Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun ::

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H,








-axelida rahim-

:: Hari Ni Opes Aman Sentosa Sajork ::


Lanjutan dari angin opes panas jumaat lepas, hari ni tetiba suasana aman sentosa... pagi tadi pegi bekfes pon rilek jer sampai ke Sentul.. haha. Apa nak wat terpaksa makan jauh sebab kantin wak terhegeh-hegeh tengah siapkan mee goreng & bihun goreng basah (penuh minyak). Hmm ingatkan nak tutup mata jer telan mee goreng tu, tp sibbek kama mengajak ke sentul dan divolunteer oleh mama arissa untuk pengangkutan.. terima kasih ye bawak aku tadi.. ngeh ngeh ngeh. Ni seme gara-gara orang tertentu bercuti... yeayyyy!!!



Eh eh bos kecik aku pon cuti ek? Uishh tak de nak bagitao anak buah dia nih... kalau tao leh aku join sekalik.. hahaha.. berani nak cuti? cuti dah tinggal 7 ari jer lagi... semalam demam pon aku gigih datang keje hari nih gara-gara sayangkan cuti tu... hehe. Ibu irsyad pon EL hari ni sebab tak sihat... erm orang peknen kena bykkan rehat ye.. jgn tensen2.. hehe. Mama sumayyah pon cuti ari nih...  tp dia tak peknenlah... haha. wahhh ramai sungguh bercuti.. tp ada jugak yang tatao esok cuti free eh? Bagus jugak tao hari ni daripada esok bangun pagi2 terus datang keje, tengok2 keta tak banyak atas jalan... rasa excited gile nak sampai opes awal.. alih2 sorang pon tak de datang keje... haaa cene tu?? leh gelakkan guling-guling r nanti... hehe.


pandangan opes dari meja aku... tu dia hijau ang-ang opes kitorg... haha (pinjam word ang-ang dari mama rifqah)


Selamat Menyambut Maal Hijrah,
-axelida rahim-




:: Owh Minggu Ni Kerinduan Lah ::

Sebabnya hari ni chenta hati saya yang 2 orang ni telah pergi ke Port Dickson umah Umi & Abi dorang...  sebabnya direquest oleh Umi & Abi sbb dorang skang tengah cuti panjang... so nak ajak dorang duduk umah dorang lar... Uisshh pagi tadi tak sempat nak cium Kakak sbb Kakak tido lagi... Adik jer yg dah bangun (siap papa bawak raon) sebabnya ingatkan nak suruh Abi diorang amek diorang esok jer... tapi dah Abi nya kebetulan datang hari ni.. so dah bincang-bincang dengan encek suami, maka pasrah jer lah dorang pegi hari ni... *nanges*






semoga anak-anak mama baik-baik aje ye... dah lar esok cuti... boring lak kalau korang tak de.. dah tak de sape nak berebut main game ngan mama.. huhu. jumaat nanti kita jumpa ye..


-axelida rahim-

:: Ada Bran? ::



~ Damya naik kuda nih kejap jer.. tak thrill agaknya.. hehe ~


Ok bukan tgk kat Damya... tengok lah kat gelongsor tu...besar & tinggi! Ada 2 tingkat.


Haa gelongsor ni sebenarnya ada banyak jenis kat situ tp tak kuasa lak aku nak amek gambor satu2 time orang ramai gila kat situ (ada expo apa ntah kat stadium tu) haha. Tapi yang nih memang aku tak bagi Damya naik... untuk budak2 besar jer gayanya... kena panjat palang jer (tak de tangga) untuk naik ke atas. Fuhhh ngeri gak aku tengok... campor lagi ngan budak-budak tengah aktif duk pakat berebut2 nak panjat... 


Taman permainan ni sebelah kedai Sate Hj. Samuri kat Kajang nun... hmmm pas nih kalu nak beli sate, terpaksalah kena stop kat mainan ni dulu atau selepas beli sate... adoi!


-axelida rahim-


Friday, December 3, 2010

:: Kenapa Angin Opes Ni Macam Ada Yang Tak Kena? ::


Tulun... tulun....


Ntah kenapa tertiba aku rasa angin panas masuk lam opes kali ni walopon ekon berada dalam kondisi yang baik.... adoyaiiii tertiba aku tatao nak ikut yang mana satu?


Planning nak kuar tengari kang macam dah samar-samar jer... walhal dah pakat ngan mama arissa nak pegi beramai-ramai memeriahkan acara rebut-merebut baju budak-budak yg tengah sale kat kepong? puchong? aku pon tatao kat ner.. janji aku tumpang dia.. ekekeke... tp td dapat tao petang kang ada discussion ngan Bahagian lain... tatao sapa chair... tatao sapa yg panggil discussion tu... apa akukah yang patut arrange? oder air bagai di petang Jumaat? ermmm arahan tidak jelas!!!! Keje yang ada pon berlambak lagi wei! 


Aku rasa nak abaikan jer discussion tu... laksanakan planning berebut tu lagi syiok... hahahaha.


-axelida rahim-

Wednesday, December 1, 2010

:: Kamoo Pensel ke Pemadam? ::


Got this from my email. Hmmm lu fikirlah seniri.. toink toink toink!



Pencil: I'm sorry.... 

Eraser: For what? You didn't do anything wrong. 

Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time. 

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

This is for all parents out there.....

Hang in there! 

axelida rahim 

:: Dah Ke Penghujung Tahun Rupanya ::


Assalamualaikum...


Memang betullah... sedar-sedar jer dah masuk bulan Disember hari ni. Ting! Dah sedar.


Hari ni pulak dah dapat RM500 yang Tok Najib bagi tu. Ting! Dah plan macam-macam ngan lima ratus tuh... grrr. Sibbek tak de anak yang sekolah lagi... boleh hala ke tempat len dulu... hahaha.


Ermm pencapaian belog aku bagi bulan 11 tidak memberangsangkan... menurun dari bulan sebelumnya.  Masod aku entry yang aku tulislah... bukan nyer traffic... traffic tu lantak sana... hahaha (tak kuasa dah nak jadi polis traffik). Bulan 10 ada 29 entry.. bulan 11 tu kurang 8... sila kira seniri berapa...gagaga.


Ok dah lah... nak buat repot nak masuk miting koi 9 kang ngan TKP... masa ada miting banyak ni lah bos kecik pulak tak de... haishhhh terpaksa-tak-rela aku kena tarik sama masuk lam miting tu... huwaaaaaa.


Ok selamat ber-Disember!


luv,
axelida rahim





Tuesday, November 30, 2010

:: Beli iPhone 4 Pon Macam Beli Goreng Pisang Panaslah ::


Seriyes nih! Kat low yat abis stok. Lagi 2 minggu maybe stok sampai.. Maybe ye! Itu plg minima katanya. Owh 2 minggu tu dr minggu lepas. Maybe sekarang ni kena tunggu lagi seminggu. Siap kena booking lagi ko! panas x panasnya ip4 ni.


So gigih nak ip4 dan-dan tu jugak (mmg dasar tiada esok buatmu.. haha apatah lg kena tunggu 2 minggu) maka haruslah gigih jugak call tanya kat maxis & digi.


Kat maxis yg ada stok hanya kat selayang. Digi pulak kat soho mont kiara.


Okeh kita ke selayang je sbb pernah pegi area situ. Sekali pegi, dah last stok 2 bijik. Tu pon dah ada org punya.. tskkk.


Mentang2 encek suami nak belikan, aku suggest pegi tanya kat digi jer sbb rasa2 mcm pernah nampak kat area situ. Zasss terus jln ke tempat paking & panjat motor.


Ek eleh wat penat jer panjat motor td sbb digi tu sebenarnya selang 2-3 pintu je dr maxis... haha nampak tak kat situ yg kitorg ni frust x dpt beli ip4 sampai jln menonong tak toleh kiri kanan dah... hahaha.


Sooooooo kat digi tak ramai sgt orang. Tanya2 je salesgirl tu ckp ada. Eh mcm tak percaya pulak... hahaha. Terus je sign amik postpaid plan dia yg plg murah (rm63) sbb tu dah syarat digi... Kena ikat guna digi 24 bln lah nampaknya. Hmmmm 24 bln lama gak sebenarnya tu! Tp demi nak pakai ip4 haruslah tutop je mata.. haha.


Lagipon aku rasa plan digi lagi ok dari maxis. Eh aku puji digi ni bknnya aku dpt apa pon... haha. Erm nanti senang2 aku buat perbandinganlah yeh. Nak tido dahhhhh. Gud nite. Sweet dream.


psstt : dengar2 ip4 tak de stok tu sebagai market plan nak naikkan harga di pasaran.. hmmm ye ke?


Thursday, November 25, 2010

:: Memang Berbaloi ::


Alhamdulillah hari ni dapat 2 berita gembira.. Kedua2nya sbb aku akan dapat hadiah dari GA yang aku join baru2 ni.. Hahaha seronok seh! 2 hari lepas pon aku diumumkan jd pemenang kedua... Alhamdulillah. Masuk ni dah 4 kali aku menang... hoyeyyyyy! Coppp!! aku cakap taip ni bukan nak riyak tao... sekadar berkongsi keseronokan jer lah.. theeheehee.



Memandangkan salah srg dari penaja hadiah tu senang jumpa, terus hadiahnya dpt hari ni. TQVM Linda dan anak-anaknya sbb bagi hadiah ni sempena aku org 1st join GA beliau... X sangka berbaloi gak aku join awal sbb sebenarnya ada 1 hadiah utama je, tup2 ada hadiah khas pulak utk 3 org.. That Something About  Me U... u r so nice Linda.. muahhhh.



So inilah hadiahnya... Aku dah siap letak gambar bdk 2 org ni kat opes aku dah. Taraaaaa....





pssttt : memandangkan aku dah banyak menceburkan diri dalam bidang contest nih... aku dah buat satu belog baru untuk contest sajork... takut ada yang muak lak kang asal masuk belog aku asek entry contest jer kan... hahahaha... 


:: Lunch Date Yang Tak Henggat ::







1 choc & peanut from big apple donut





1 pinggan nasi lemak rendang ayam

1 gelas enriched cocoa ais

1 biji telur separuh masak (encek suami oderkan 2 tp aku tak larat dah nak mkn.. hahaha)








Hasil lunch dating ngan encek suami tadi. Itu semua yang masuk perut aku tadi.. hahahha. Tapi yang aku tak paham, dia yang ajak pegi Bandar Lama tu.. tapi aku lak yang over mengoder nasi lemak untuk aku padahal sebelum2 tu aku kenyang jer rasa.. hahaha




Anyway, tengkiu laling belanja makan tadi & tengkiu untuk *tutttttt* u bagi 2 hari lepas tu... i loike very deep-deep lor! u make my wishlist come true... *tersengeh-sengeh mode*



:: Rapunzel : A Tangled Tale ::



Feedback dari orang2 yang dah pegi tengok cerita nih... seme pakat kata best. Pakat bagi 4 bintang dari 5. 


poster


So... tingin lak nak bawak Damya pegi tengok petang nih... aku dah siap tengok kat cinemaonline ada show koi 6.20 petang nih sebelum menelefon encek suami untuk pemberitahuan.


bey ingat nak bawak Kakak pegi tengok wayang cite katon 3D

kat ner?

kat jasko jauh.. orang cakap citer tu best.

haa kalu tak best takyah lar pegi (eh cene tetiba suami leh dengar dari best ke tak best?)

eeehhh bukan tak best... tp best. tapi Adik cene ek?

tak pelah i jaga. tapi kalau tak pegi tak boleh ke? buatkan dah ajar Kakak kang, asek2 nak pegi tengok wayang jer dia.

errrr... emmmm. oklah. (terus letak telepon).


So, kesimpulannya sorrylah Kakak yer... nanti tengok jer lah CD kat umah.... ada benar jugak kata-kata papamu itu... ngeeeeee. Buatnya Kakak ajak pegi tengok wayang jer tiap2 hari, sapa nak jawab?? Mama jugak yang tensen nanti!






Pertama kali Damya pegi tengok wayang citer Upin Ipin... masa nih dia baru umur 2 tahun... boleh lak  dia tertido tengok citer tuh... (aku pon boring bila part dalam hutan tu byk sangat kuarnya) haha.


Nak kuar dating jap... babai