Mungkin anda mengenali seorang yang "perfectionist" atau "mahukan kesempurnaan", iaitu, kalau nak melakukan apa-apa, perlu lakukannya 100% perfect. Mungkin juga anda adalah seorang perfectionist.
Masalahnya dengan perfectionist adalah, ianya akan mengambil masa yang lama untuk melakukan sesuatu, mungkin juga tak mulakan langsung. Kerana ingin menjadikannya 100% sempurna. All perfect.
Tidak salahnya menjadi perfectionist sekiranya terbukti ia telah banyak membantu anda. Tetapi, sekiranya menjadi seorang perfectionist hanya melewat-lewatkan sesuatu kerja, atau langsung tidak mulakan sesuatu perniagaan kerana nak pastikan semuanya PERFECT atau SEMPURNA, maka, di situ timbulnya masalah.
Saya ada mengenali seorang kawan saya ni, dari duluuuu lagi nak mulakan perniagaan. Tetapi, dari dulu sampai kini, masih mencari ilmu, masih research, masih survey... sampai makan masa bertahun-tahun tak mulakan perniagaan... sebab dengan alasan, tak cukup ilmu lagi untuk mulakan perniagaan. Dirinya inginkan ilmu sepenuhnya & sempurna sebelum mulakan perniagaan.
Pastinya itu adalah kesilapan yang besar, kerana ILMU tidak akan CUKUP. Kalau belajar ilmu baru, sudah tentunya ada lagi ilmu lain yang belum belajar.
Nasihat saya, tak perlu jadi seorang "perfectionist" sekiranya ia hanya melewatkan matlamat kita. Sesuatu yang sempurna bagi kita (contoh: produk) mungkin belum lagi sempurna untuk orang lain (contoh: pelanggan). Go ALL OUT sementara motivasi dan momentum anda miliki. Cari ilmu dan juga perbaiki perniagaan kita along the way. Tak perlu tunggu sampai segala-galanya 100% perfect
Mulakan sahaja langkah pertama anda dan lakukan konsep "Kaizen", di mana, setiap hari, setiap bulan, jadikan perniagaan, produk dan perkhidmatan lebih baik! Perbaiki dari masa ke semasa.
-Irfan Khairi-
Salam,
ReplyDeletePerghhh sesuatu kelainan entry ini dgn yg lainnya syabas..bahasanya turut perfect ekekeke..
Kak, betul tue..ilmu tidak pernah cukup sampai kita mati..perfectionist dari segi penghasilan mutu kerja itu bagus..tp perfectionist nak tunggu cukup ilmu baru nak mulakan sesuatu itu kuran bagus, kita takkan tahu jika kita tidak mula mencuba..proses pembelajaran itu berterusan
Oppss terpanjang plak..i mmg alergik kalo entry macam nie wakakaka
hahahaha i know u..
ReplyDeletenahhh tgk lar.. bkn i yg tulis sbb tu lain.. i copy dr irfan khairi tu... ekekekek
tetiba sgaya saya duduk pun bertukar menjadi skema + perfect bila membaca post anda ini..hehehe
ReplyDelete