Info :)

Monday, September 20, 2010

:: First Day Masuk Kerja, Ada Sessi Takruf Dengan Pengarah Baru ::

Assalamualaikum...


SELAMAT BEKERJA semula hari ini kawan-kawan... opss walaupun dah ada yang mula kerja SELASA/RABU eks SELAMAT BEKERJA jugak untuk kamoo... haa mesti perasaan kita  sama jer kan bila bangun pepagi tadi kan?? Walaupun alarm dah bunyik, cepat² off/snooze kan... pas tu fikir samada nak sambung cuti ke tak dalam mamai-mamai tu. Tapi eh.. cuti dah tinggal tak berapa banyak la pullok... sebab dah amek cuti raya panjanggggggg (entry raya nanti-nantilah)... dah chaiyok² bangun... baju lom gosok... haishhhh!!!!



Dalam 6.30 pagi, dah lepas mandi, pakai baju n solat, si anak kecik dah bangun... bancuhkan susu supaya dia bermalas-malasan atas tilam.. eh yang nak bermalas-malas tu anak kecik ke mak dia eks?? HAHAHA mak dia tumpang sekaki bermanja-manjaan atas tilam dengan pejam-pejam mata... huh enaknya kalau boleh sambung tido balik! dush dush dush!



Sementelah baru masuk kerja hari ni, mood kerja lom mari lagi... walaupun atas meja dah ada claim dari kontraktor... bos kecik pulak pegi mesyuarat ke Kedah ari ni... so pepagi aku dah BW belog kengkawan dulu... maklom lah kat rumah mood nak bukak lappy tu tipis sket... banyak gangguan seh + line selow... malam lak nak tido dah... tak de makna nak stay-up malam-malam kan? tido.. tido... tido... sangat tak cukup-cukup!



Oke, memandangkan hari ni Pengarah baru dah masuk kerja, so sesi takruf/mesyuarat bahagian pon diadakan. Walaupun Pengarah ni aku dah lama kenal nama (melalui bos pertama dulu), tapi tuan empunya nama aku belum pernah bersua... maka hari nilah julung-julung kali aku kenal.. hehe. So bos kali ni adalah bos aku yang keempat... bos pertama seorang wanita, bos kedua lelaki, bos ketiga lelaki dan terkini wanita balik. Aku rasa dapat bos wanita lagi ok berbanding dari bos lelaki... ni pendapat aku lah.. pendapat orang kan berbeda-beda.. hepp nape lak nak cakap indon bagai lak ni?


So, intipati dari sessi takruf tadi, dapatlah aku serapkan sebarang dua kata-kata amanat dari beliau. Antaranya :
1. komunikasi yang akan dijalankan antara Pengarah dengan kakitangan banyak dalam BI... pendek kata kalau lah aku terspiking dlm belog ni... kemungkinan dah terbawa-bawa lah tu.. HAHAHA.. harap dimengertikan.


2. togetherness. jangan ada perasaan dengki antara satu sama lain. Ukhwah antara staff satu ofis perlulah dieratkan... aku setuju! selalu buat makan-makan, Insya Allah pahala menunggu bagi orang-orang yang ikeras (ikhlas).


3. selalu senyum. hmmm senyum tu kan sedekah... so marilah kita senyum *smile*


4. selalu menambahkan ilmu pengetahuan... jangan jadi katak di bawah tempurung < --- yang ni aku yang tambah... kat sini itulah pentingnya Mentor & Protege... eh tu rancangan Mentor kan... kalau dalam alam pekerjaan, ianya dipanggil Mentor & Mentee... jangan kedekut-kedekut ilmu taoooo.


5. Di akhir kata, beliau telah membacakan 2 ayat dari Surat Al-Hujuraat Ayat 11 - 12 yang membawa maksud :


Ayat 11 : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman, Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.


Ayat 12 : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.



Renung-renungkan... dan selamat beramal!





No comments:

Post a Comment