Info :)

Wednesday, April 6, 2011

:: Bina Rumah Dalam Masa 8 Hari Saja!!?? ::



Wow dasyat sungguh penangan IBS ni.
Dulu nak wat rumah makan masa sampai bulan-bulan, tapi skang dalam seminggu 2 dah siap...


Sapa tao apa itu IBS? Ramai yang tao kannnnn... eh tapi ada jugak yang tak berapa pasti tapi cam penah dengar2 jer kan?? hehe ok takper... hari ini kita wat sesi pembelajaran sket (bukan nak tunjuk pandai) as sharing knowledge lah orang kampung saya cakap.. huhu


IBS ialah Industrialised Building System iaitu satu sistem pembinaan di mana komponen-komponen bangunan seperti dinding, tangga, bumbung dll lagi dibuat di kilang pastu dihantar dan dipasang ke tapak bina (umpama main lego dah). Tapi jangan pulak bila dah tao cam tu kata IBS ni tak kuat pulak yer sebab IBS ni besar manfaatnya bagi dunia pembinaan *pergh ayat* antaranya ialah :

1. High-quality products and minimum waste disebabkan kerja-kerja dibuat di kilang dan senang dikawal

2. Penggunaan kayu/papan dikurangkan untuk menyokong komponen

3. Kerja pembinaan lebih cepat

4. Kerja di tapak lebih selamat, lebih bersih dan lebih organised disebabkan oleh pembaziran bahan binaan dan pekerja di tapak dapat dikurangkan

5. Kos pembinaan lagi murah dibandingkan dengan cara biasa (bagi pembinaan yang besar-besarlah.. kalau takat rumah sebijik jer... buat jer lah cara manual/biasa tu yer..depa takmo layan kot kalau kecik2 nih hehe.


Eh ape hal lak citer pasal IBS tetiba ni kan??
Haaaa kalau korang nak tao lebih lanjut, silalah berkunjung ke CIDB Convention Centre kat Jalan Cheras tu... bukan jauh pon kan (tapi kalau duk Kelate, Kedah, Sarawak dll tu meh sini saya tunjukkan gambar jer)


 Pameran IBS bermula dari 05 - 07.04.2011 (kalau tak silaplah thehehe)


 rombongan cik kiah seramai 14 orang telah menghadiri pameran ini


 kena register dulu kat sini... dan pameran2 IBS pon kat sini jugak


ehem! jangan lupa jeling-jeling kat booth yang bagi bag ya.. 2 dlm 1 lah katakan... ilmu dapat.. beg pon dapat ekekekeke


banyak guna crane untuk mengangkat komponen-komponen IBS... 
[klik gambar untuk lebih penjelasan]

IBS Components


 Dokumen Kontrak


truss bumbung


macam-macam bentuk pon boleh guna IBS ya.. tak semestinya bentuk 4 segi jer


ini ialah formwork... boleh digunakan sehingga 300 kali.. memang berbaloi untuk kerja-kerja besar yang sama bentuk tapi perlu dijaga sebab ia dibuat daripada besi (takut karat)


ini info yang sangat berguna. kalau uols nak beli rumah, tengok spesifikasi bagi dinding tu samada dibuat daripada batu-bata atau foam concrete ini sebabnya kalau density 800kg/m3 dikhuatiri uols tak dapat nak tampal gambar-gambar kat dinding rumah sebab ia adalah rapuh.... tapi kalau density 1200kg/m3 ini adalah kuat.


Sekian sahaja pembelajaran kita hari ini. 



6 comments:

  1. oo ke sini hari ni ye.. good info.. :-)

    ReplyDelete
  2. kat umah lnda, punya la payah nak tampal gambar..kalau setakat ketuk ngan hammer biasa @ drill biasa, jgn harap dinding nak tembus, sikit pon x terjejas, kena pakai drill khas, pe nama ntah, hubby beli, mahal drill jenis tu, baru la leh tembus, tu pon azab gak nak tekan...

    ReplyDelete
  3. Thanks BJMM..
    Walaupun i tak pi..
    At least perkongsian ini memberikan gambaran berguna..
    Toce2x

    ReplyDelete