Info :)

Monday, March 12, 2012

:: KL-Putrajaya-Bangi-Kajang-KL ::

Assalamualaikum kamoo-kamoo...


Ada yang cuti ke hari ni? Tapi kalau ada pon tak seramai yang datang keje sebab atas jalan keta tetap penuh pagi tadi.


Hmm hari ni sempat keluar kejap uruskan hal-hal dunia haha.


Memula pegi amek surat cagaran dari BPP.


Pastu odw balik dari BPP, singgah TNB kat Bandar Baru Bangi... nak query pasal bil letrik umah kitorang nih...





Haaa mao tak terkujat masing-masing bila tengok bil api tu. RM525.50. Glurpp!


Tapi Alhamdulillah pihak TNB telah menjelaskan hal ini.. iaitu nilai unit yang diambilkira ialah pada bacaan sebenar bil lama sehingga bacaan sebenar bil baru... yang bil LR ni kiranya 6 bulan nyer bacaan... bacaan-bacaan sebelum ni kod E sahaja iaitu anggaran aja... so bayaran sebelum ni dah pon ditolak siap-siap huhu.


Moral of the story : Sila switch-off plug kat dinding rumah kamoo. Kalau tv, tutup switch ya jangan malas main tekan off kat remote sajer... cer bayangkan pulak kalau suis ekon tak bertutup selama 6 bln? huwaaaa itu la pasal kot? 


Pas setel kat TNB, singgah pulak ke sekolah Damya.. eh bakal sekolah. 2014 baru masuk darjah 1. Pastu kerani sekolah tu bagitao cek online status bulan lapan 2013... eh? Punyalah lama lagi hahaha ntah ingat ke tak tu


Last sekali pegi pejabat lawyer untuk serahkan borang cagaran. Masih ada lagi borang cagaran owner pulak kat BPP yang lom setel. So next week kena pegi lagi Putrajaya nun.


Babai.



No comments:

Post a Comment