Info :)

Friday, June 29, 2012

:: Jawapan Kepada Teka-Teki ::


Assalamualaikum,


Sebelum tu, meh LR tepek apa jawapan kamoo-kamoo yang join. Terima kasih ya sebab sudi join.

1. Cik Bunny - phone charms

2. Farra Izzaty - Fright Magnets

3. syiela - dompet syiling yang kecik comel tu ^_^

4. Azi - h/p strap kot

5. ~mimisyuuuuuu~ - penanda buku

6. WANiE@WaN - Torchlight yg comel.. 

7. SLUMBER SAGUN - handphone strap

8. Nurul Farain :D - Anak patung

9. SyaZa - cepit kuku kot



Jadi inilah jawapannya ;p



Untuk kamoo-kamoo yang menang GA LR tu dan untuk pemenang teka-teki ni


 Zoom sikit. Ini sepit kuku kepunyaan LR


Tahniah kepada SyaZa... boleh terima la kot sebab dia keteloran sikit (cepit. yang betul adalah sepit) haha. Sila bagi alamat utk akak poskan ya.. emel to axelida@yahoo.com


Kenapa LR bagi sepit kuku?


Sebab yang ni istimewa sikit. Macam jarang jumpalah (ke kamoo pernah jumpa kepit cam ni... uishh ya ke? Haa cam tu kamoo pegi beli seniri haha. Selalunya LR jumpa yang besi putih tu je. Yang besi putih tu LR selalu pilih yang cap 777. Tapi sekarang cam susah lak jumpa.


Yang ini pulak kaler hitam uolss (utk makloman LR adalah peminat kaler hitam tegar hehe). Masa beli tu tak leh nak try tajam ke tak kan (selalu selamba jer try kepit depan tauke kedai haha.. tak senonoh kan?). So beli jer. Balik try kat rumah. Eh tajam! Sebab kuku LR ni jenis keras, susah nak cari kepit yang berkakilebarkaliber utk potong kuku LR hehe. So dah jumpa, harap-harap kepit kuku yang kamoo dapat ni pon setajam LR punya. Keputusan LR adalah muktamad, sebarang bantahan tidak dilayan ngeeeeee



Babai.
 

Thursday, June 28, 2012

:: Pengumuman | Hadiah Ketiga RM30 Dimenangi Oleh... ::


Taraaaa....






 2. yumida

188.  laila


Tahniah kamoo berdua. Silalah bagi no. akaun mebeng atau jika tak der... sila bagitao nak topup line apa ye (senang keja akak keh keh keh)


Kepada pemenang saguhati... LR lom post lagi hadiahnya... mintak maaf banyak-banyak! ES tak masuk opis dia minggu ni.. so tak der sape nak pegi pejabat pos kekdahnya. Eh jangan salah faham ES bukan keje posmen pon hehe... ekceli pejabat pos kat bawah opis dia jer. So senang sikit nak mintak tolong dia poskan. Tapi masalahnya setem pon tak der lagi.. huhu kang tak tepek siap-siap setem... kena saon free-free lak. So LR kena mintak dia belikan setem dulu. Step by step jugak prosesnya :)




:: Ada Apa Ngan Ikea ::


Entah Sabtu bila dah.. 3-4-5 minggu lepas kot haha. LR bawak Damya & Adelya gi Ikea. Yerp bertiga jer wewit. Sebenarnya cuak jugak nak pergi sesorang sebab tao-tao jer lah cam mana penuhnya manusia kat dalam tu. Tapi sebab dah tersebut nak gi Ikea, Damya asek lah duk tanya bila nak gi bila nak gi...


Memula nak ajak TokMa kat Semenyih, tapi call-call tak berjawab pulak. Last-last tawakkal jer zasss bertiga hehe.


 Ikea, here we come!



 Alhamdulillah, masuk-masuk jer parking, ada orang nak kuar! Depan entrance pulak tu yeehaaa!


Aduhai sampai-sampai jer kena beratur depan toilet sebab Adelya uk-uk. Bila time LR tengah cuci, ada pulak yang ketuk pintu bertalu-talu... hellowwww orang tengah guna tak leh sabar ke?? Haishhhh! Dah siap cuci barulah LR dapat bukak pintu... rupanya dia nak bagi baby dia nyusu... dah terjerit-jerit dah budak tu. Ermmm speechless jap. Kesian ada, bengkek pon ada huhu.


Ok so langkah diteruskan. Haruslah cuci-cuci mata tengok kitchen kabinet. Mak aihhh cantik-cantiknya... bukan setakat cantik... bijak juga dia nyer design tu. Sesuai la ngan tema IKEA ni




Yang ni OK jugak kalau bawak balik rumah... buat sidai piuk lepas cuci... Harga RM65/piece. Eh tetiba rasa mahal bila taip per piece tu huhu. LR tak beli pon lagi... riki2 jer dulunya.




Uishh budak berdua ni pon minat pulak pegi cek tiap laci cab ni. Bukak tutup sampai peti ais pon pegi bukak tengok huhu. Sungguh lama bebenor tak datang ikea agaknya.. eksaited diorang lain macam pulak... ni belum lagi mama nak bawak 1 tempat tu.





Haaa silalah buat macam bilik seniri... siap baring-baring atas katil sambil tulis-tulis conteng-conteng kertas free dengan pensel free Ikea tu...




Dah kenapa tengok cermin pon kemahen lagi nak menelek ni?? Kat umah jarang jumpa ke ape? haha


Dan akhirnya... mama nunggu kat tepi jer.. ada dekat sejam kat sini saja rasanya.




Dan akhernya perut dah mintak diisi... ekceli dari pagi tak makan tao. Dan Q adalah sangat panjang. Dan Adelya dah penat masak-masak tadi. Dan LR kena dokong dia sambil beratur. Dan akhirnya Adelya ketiduran atas dokongan. OMG! Penat toksah cakap ler tapi tak der saper pon nak bagi lalu kat lorong kecemasan pon. Masing-masing sibuk nak isi perut.. mmm. Dan terima kasih kepada orang yang sudi tolong tolakkan troli makanan tu.




Udah ler LR tengah penat dokong budak ni kan, leh lak si cashier tu salah punch harga! Wohhoo memang menguji kesabaran lah kan. Dan sememangnya LR tetap bersabar huhu. Setelah mengharungi penat lelah akhirnya Allah permudahkan untuk dapat tempat duduk. Ada jugak insan yang baik hati, datang bagitao yang dia dah sudah makan. So ikut jer lah ke meja dia. Terima kasih ya.


Ingatkan dah sudah makan, leh la cabut balik kan. Tapi si Kakak tak puas main lagi. Ok layankan jer. Sebab bahagian budak-budak dekat jer ngan tempat makan kan. Sekali ngan Adik pon dah bangun join main sekali.


Dan lepas tu, dah tak der nak amek gambar dah. Mama dah capek dong! Yang ingat hanyalah nak balik rumah jer haha. Sebelum balik, tapau pulak karipap ES. Dah nampak eskrem kenalah beli. Pastu tunggu makan eskrem dulu sampai habis.. idak kalu tumpah lam keta lak kan. Wah sekarang nak beli eskrem pon kena DIY pulak... tapi kena 2 kali beratur pulak. Pertama beratur cuma beli coin nanti dia bagi kon pastu beratur lagi pegi kat mesin boh kon dalam mesin tekan butang merah pastu kuarlah eskrem nya... cuak jugak mula-mula takut salah letak malu kang haha. Tapi senang jer sebenarnya pon.


So itu aja yang ada dengan Ikea hehe. Nak pergi lagi bawak diorang? Insya Allah boleh jer... tapi bukan dalam masa terdekat ni lah sebab LR muak lagi makan 10 biji meatball tu haha. Alamak baru ku tao yang kek choclate tu sebenarnya lagi sedap dari kek daim... Damya leh habiskan semua 1 slice tu kira sedap la tu. Haruslah kena cari lagi bila-bila gi sana.




Wednesday, June 27, 2012

:: WW ~ Tiket Movie FREE ::

Tengkiu Koolfever Malaysia


From this



To this




here there are :)




how to join? just go to facebook Koolfever Malaysia here!




:: WW ~ 1st Time Cuba, Eh SEDAP! ::







- Posted using BlogPress

:: WW ~ Breakfast ::







- Posted using BlogPress

Saturday, June 23, 2012

:: Nampaknya Kita Dah Ada Pemenang Teka Teki Tu ::

Will be published on Monday.


Dengan ini teka teki ditutup ;)


Have a fabulous weekend ya!

Friday, June 22, 2012

:: Ear Termometer Bercorak ::


Hehe tengok BUNGA wat entry pasal termometer... LR baru teringat pasal ni. Haa sebelum tu sapa-sapa yang nak usha termometer telinga leh la cek kat blog dia.. dia dapat beli ngan rega RM65 seketul! Ok sekadar mengeshare.. sharing is caring kan Bunga?


Tapi LR nak tunjuk ini jer... lebih kurang wordless friday gitu haha.



Memang ler anak LR ni kreatif sungguh...kat atas tu pon dia boleh conteng huhu.. ehem-ehem gambar kat atas tu sambil-sambil nak tunjuk benda lain gak ek... harap maklom ha ha (eleh macam lawa pon kan?). Diam!


Haaa kisah teka-teki semalam tu, masih belum ada yang bagi jawapan yang tepat... sipi-sipi pon tak der kot... boleh lagi sapa yang nak cuba teka... pegi kat sini yerk... mana tao betul leh dapat hadiah serupa tu jugak :)


Babai.


Thursday, June 21, 2012

:: Collek Pauh ::




Uishh sampai hati kawan LR ni pegi tepek gambar ni.. Curi gambar ni dr fb dia. Kecur ailio i tao? Zaman muda dulu LR suka sangat makan pauh muda ngan garam semata jer.. Masa tu kat umah pakai garam kasar.. So semulut pauh sebijik garam (tapi agak-agak yang halus la pon) Uishh duk citer ni sambil telan ailio je ni huhu


Tapi kan, sekarang ni kan... Sedih sekali sebab LR dah tak leh dah makan pauh muda ngan garam sebab... Sebab gigi dah rasa ngilu bila kunyah menda masam... Satu nikmat dah kena tarik sob sob sob.


*pauh = mangga
*collek = cicah (letak kicap, gula, garam & cili.. Belacan optional)


Maaf andai korang pon terliur.. memang disengajakan!

:: Hadiah Ketiga Was Done! ::


Assalamualaikum,

 
 RM20 untuk Asue.. cash tru mebengtuyu.





Topup RM20 untuk wanie@wan sebab wanie tak der akaun mebeng.. so telah dipersetujui untuk LR belikan topup. Terima kasih ye wanie.



Babai.


:: Hadiah Saguhati Is Ready ::


Tungguuuuuu...


Tinggal lagi nak proses masuk sampul surat... pastu letak setem... pastu bawak balik rumah dulu... pastu bagi kat ES utk poskan... haaaa agak-agak korang berapa lama pulak ek?? haha





Haa sapa dapat teka apa dalam tu... peneka pertama yang tepat akan dapat hadiah yang sama (kalau ada jual lagi lah... kalau tak der LR bagi hadiah lain ye)



KLU : 1. bukan key chain walaupun ada tali cam key chain... sebab key chain just tepek kat dinding jer kan.. tapi yang ni ada kegunaannya.


2. Nampak cam besar... tapi sebenarnya ia kecik jer... harap maklom ye ngeh ngeh ngeh





- Posted using BlogPress

Wednesday, June 20, 2012

:: Tahu Tak Apa Akwadyne dan Akwatek? Tak Tahu? Meh Baca ::


Selalu jugak orang cakap harga Premium Beautiful ni mahal. Eh LR pon pernah cakap cam tu gak kot dulu huhu. Sebabnya sebelum kenal ngan Premium Beautiful LR dah beli 2 korset dah. Satu tu beli kat atas SOGO rega ratus-ratus dan 1 lagi kunun pesaing Premium Beautiful rega murah sikit RM1.4k. Tapi bila lagi pakai korset kedua jenama *tut* lelemak kat belakang makin menurun. Eh makin menurun tu masodnya TAK OK tao... eh cam ner nak cakap ye... haaa lemak tu jadi makin menggelebeh! Kat belakang pulak tu... sah-sah jadi spare tayar lah kan?


So lama-lama cam dah malas nak pakai sebab sepatutnya wire dia boleh menampung lemak kita, tapi alih-alih lemak kita pulak lagi power dari wire tu... sebab tu lah jadik senario di atas... sob!


Tapi Alhamdulillah lemak kat belakang LR dah kurang menggelebeh sejak LR pakai Premium Beautiful. Eh bukan sebab LR jual Premium Beautiful, LR saja wat ayat propa. NO! Tapi memang dari pengalaman LR. Kalau korang tak percaya, meh LR bagi cuba pakai Premium Beautiful ni kat korang dulu. Wear it, feel it then feel free to judge it (gitu).


Eh jadinya, kenapa harga Premium Beautiful ni mahal? Cer cite cer cite.


Gini... yang bezanya sebab FABRIK dia bukan dari jenis fabrik yang biasa-biasa tu. Fabrik Premium Beautiful diperbuat daripada teknologi Akwadyne dan Akwatek. Pulak... gapo dio pulok tu?? 


AKWADYNE® dan AKWATEK® is a registered trademark of Comfort Technologies, Inc licensed to Alice Lace Co., Ltd of Taiwan.  


Setelah diterjemahkan menggunakan Google Translate. Terima kasih GT. Harap2 fahamlah ye gaya bahasa terjemahan ni hehe.


Akwadyne ® adalah kemasan yang dilapis ke atas fabrik berasaskan nilon untuk membantu badan hangat atau sejuk semasa aktiviti luar. Akwadyne ®  menarik kelembapan jauh dari badan, dan mewujudkan sebuah tembok wap yang menyejukkan badan dalam suhu yang panas, dan memanaskan badan dalam suhu sejuk. Tidak seperti kebanyakan fabrik yang bergantung kepada pembinaan kain atau salutan kimia untuk menarik peluh dari badan, Akwadyne ® mengubah struktur gentian molekul dan menyediakan "magnet kimia" yang menggunakan sifat-sifat air sedia ada untuk bergerak jauh dari badan seperti yang diperlukan. Diistilahkan sebagai "elektrokimia pengangkutan", proses ini memisahkan dan menggerakkan molekul air menggunakan cas positif dan negatif yang terkandung di dalam setiap molekul individu. Hasilnya, pakaian yang dibuat Akwadyne ® boleh memanaskan satu kawasan badan di samping menyejukkan lain.


Akwatek ® adalah poliester dan lapisan nilon yang sedia ada dan kondusif dalam suhu panas. Ia menggunakan tindakan penyejukan untuk membantu atlet mengekalkan suhu sama ada sejuk atau panas bergantung kepada keadaan. Tidak seperti kain yang bergantung pada tindakan kapilari, Akwatek tidak perlu dipakai dekat dengan kulit. Akwatek menggunakan proses yang dikenali sebagai elektrokimia pengangkutan, iaitu kimia yang mengubahsuai gentian yang dibuat. Perubahan ini dalam gentian tidak boleh dihalang apabila kain itu dibasuh. Jadi Akwatek adalah satu proses yang dipatenkan yang digunakan untuk serat, benang atau fabrik poliester 100%. Ia mencipta fabrik berprestasi tinggi bagi atlet setiap hari untuk menangani suhu badan dengan menangani peluh. Proses ini boleh mengubahsuai serat, benang atau fabrik stabil dan boleh digunakan untuk benang terpintal dan filamen.




Akwatek have 3 times the evaporation ability over capillary or acid coated fabrics when initial contact is made with water.

Even with over 125 washings, results show no decrease in product performance.Tests prove that after machine spinning cycle 250% less water remained in the Akwatek and Akwadyne garments than in other garments using outdated technology.










Dipendekkan cerita, meh LR buat summary pasal Akwadyne dan Akwatek ni:
*Pencetus penyerapan yang baik dan mengalih kelembapan (air, bau, wap).
*Berubah mengikut keadaan iklim dan cuaca.
*Penyejukan semulajadi dalam cuaca panas.
*Memanaskan badan dengan selesa semasa cuaca sejuk.
*Kuasa penyerapan toksid keluar dari tubuh badan.

Kelebihan kualiti fabrik Premium Beautiful:
*Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan badan manusia.
*Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisma.
*Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.
*Kuasa regangan ke semua hala, dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubah rekabentuk asalnya.
*Far Infrared Rays (F.I.R.) yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan pertumbuhan buah dada.
*Penyerapan toksid dan asid terbukti apabila kita membalutkan buah yang masam atau rokok dalam tempoh 20 minit, maka buah tersebut akan menjadi kurang masam dan rokok pula akan menjadi tawar.



Dan sesungguhnya bila orang yang dah pakai Premium Beautiful sahaja yang tao betapa selesa dan berkualitinya korset Premium Beautiful ni. Memang berbaloi walaupun mahal. Untuk tao harga, boleh klik di sini. Best part, kalau ada rosak/koyak leh repair FOC! Korset lain ado? Nasib korang la kalau dah rosak/koyak... no services after sale kekdahnya. Tapi tidak dengan Premium Beautiful. Kalau ada rosak, bagi jer kat LR, leh LR tolong hantar repairkan. Tanpa sesen pon kena bayar!


So, aper lagik, grab cepat-cepat tau Premium Beautiful untuk kelihatan sentiasa cantik, menawan dan sihat tubuh badan. Raya pon dah nak dekat ni. Pakai jer 8 jam sehari dalam bulan puasa, perghhhhh cantik menawan la di pagi raya nanti :)


Boleh contact LR untuk free fitting & consultation : 016-660 2507 / axelida@yahoo.com.


LR terima full cash (ada diskaun), credit card and cash installment juga (minimum RM200 monthly).


:: Nostalgia Kembali ::


Heh ada ke orang yang tak pernah makan MILO? Bukan minum tao... ni makan cam tu jer. LR rasa semua orang pernah kot?


Dedulu masa LR kecik, selalu gak curik amek MILO pastu boh lam cawan larik bawah meja sebab makan nyorok-nyorok haha. Takut kena marah duk makan MILO huhu. Yer lah kan dulu MILO ni kira macam minuman mewah, kang duk makan cam tu, bila nak wat minumnya dok??


Tapi bila dah besar ni, jarang-jarang dah duk makan MILO ni.. hehe. Agaknya sebab dah jumpa cadbury bagai kot. Tapi selalu gak beli Milo Nugget dan milo es opkos tetap di hati.


Agak-agaknya LR dulu pon kalaulah ada gambar mesti makan milo comot cam ni gak... tak ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?


Muka happy dapat makan MILO.. LR pon tumpang sekaki haha... perghh tetap rasa dia sama cam dedulu.




Siap ada misai tu haha


p/s : Alhamdulillah kekenyangan makan nasi lemak Mama Arissa belanja 1 opis sempena umur Arissa 2 tahun kot. Happy BESTday Arissa.. semoga menjadi anak yang solehah ya!





Tuesday, June 19, 2012

:: The Malatop Cheese Nan in Town ::


Alhamdulillah... lama tak jengah kedai ni... yakni sepanjang kawan LR berpantang, LR pon tak der datang kedai ni... 3 bulan gak la. Motif? Sebab dia yang selalu bawak kereta pegi makan-makan... hehe terima kasih Zam!
 









Seketul RM5 tapi memang jenis tak kedekut cheese pizahat pon kalah, cheesenya meleleh panjangggggggggg i tell u!




Makan ramai-ramai, bayar pon ramai-ramai lah ahaks. 
Sebenarnya nak tunjuk alamat kedai ni kot-kot ada yang kepingin nak makan gak :)



- Posted using BlogPress

Monday, June 18, 2012

:: Pengumuman | 2 Pemenang Tempat Ketiga Jatuh Kepada..... ::

Jeng... jeng... jeng...


Alhamdulillah, sebagaimana dijanjikan, inilah hasil cabutan hari ni...







40. asue

91. WANiE@WaN


Jadinya, kepada asue & WANiE@WaN cepat-cepat bagi no. akaun bank ya. Kalau ada mebeng lagi bagush :).. buleh emel ke axelida@yahoo.com. TAHNIAH! Kamoo berdua dapat RM20 hengget.



:: Isnin Yang Biru ::


Hari ni dah keja. Uwarghhhh sangatlah tak der mood nak keja. Syoknya kalau cuti lagi dan lagi dan lagi (same sindrom.. again!)


Alhamdulillah Adelya dah tak demam lagi. Tinggal seseme & batuk. Ubat memang susah nak makan... so cam ner nak baik kan? Makan ubat demam pon sekali jer sehari. Jadinya LR pasrah jer lah kat Allah Yang Maha Penyayang.. semoga diberi kesihatan yang baik-baik untuk anak-anak LR.


Keputusan tadika Damya dah amek Sabtu lepas. Nantilah LR tepek result dia. Tak amek gambar pon lagi. Huhu. Jumaat lepas dia tanak g tadika. Hari ni pon gayanya sama gak... Lagilah alasan dia tanak gi sekolah, nak tido katanya walhal sementelah Abi Umi cuti Israk Mikraj kat Nogori Sombilan nun, berjalan jer lah kejenye.  Hmm so semalam dari petang diorang kuar jalan-jalan, pas tu pegi tido kat Semenyih. 


Unifi pulak baru dibetulkan semalam selepas wayar asal kena ketuk dan kena lilit ngan tukang buat rumah huhu. Melayang lagi $$$ kat situ. So anak dah tak der, mata lak biasalah kalau dapat pegang ipad terus segar jer... hehe. Dapatlah layan citer Jujur Aku Dayus semalam kat yutiub. Dah lama duk dengar kawan duk citer lam FB pasal citer ni. Akhirnya dapat gak tengok. Tapi tak saspen mana dah la sebab dah tao alkisahnya pon huhu. Sibbek diorang bersatu balik :)


Haaa sebelum teringat nak tengok citer tu, tolong anak-anak donlod citer dulu. Kang idak le diorang boring bila kena duduk lam bilik jer. So terjumpa citer barbie : Princess Charm School full movie... sebelum diorang layan, wajiblah LR layan dulu ahaks. Sebenarnya ahkak memang suka tengok katun barbie ni hihi. Kalau ada dalam tivi, LR yang lebih layan dari Damya sebenarnya haha.


Hamboi tak der mood pon panjang lebor lak bercerita ye. Oklah stop sini dulu. Kang petang sikit LR nak wat cabutan untuk 2 pemenang tempat ketiga. Harap-harap sempat cabut.


Bai.

Wednesday, June 13, 2012

:: Cuti Lagi Hari Ni ::

Dapat MC sebenarnya sebab nak jaga anak. Adelya demam lagi. Semlm gi amek diorang kat Semenyih terus g klinik amek ubat. Tapi ubat belum usik pon lagi. Dah sampai umah masing2 dah tido dlm kereta.





Baju comot baru lepas minum milo (batuk pastu muntah sikit) takmo tukar baju lain. Ubat lom sempat bagi dah tido balik.


Eh Damya pon baru je baik demam. Masa diorang g ofis LR hari tu tiba-tiba je Damya demam, teruslah bawak g Klinik Tangling. Try klinik Kerajaan la pulak, dah asik gi An-Nur pon bagi antibiotik.


Kat klinik ni pon ubatnya sama. Free pulak tu siap sekali amek darah. Doktor kata tonsil. Mmg pon klinik Annur pon cakap benda yg sama.





Damya sgt bagus, tak takut pon masa nurse cucuk. Walhal ni first time kena amek darah. Good girl! Just like mama hihi (nak jugak puji diri seniri).


Hari ni Damya dah gi tadika. Sabtu ni pulak LR kena gi amek buku report kat tadika. Hmm tatao ler cam mana progress Damya. Tunggu je Sabtu ni dlm saspen huhu.


P/s : sapa tao ada cara lain lg tak nak kurangkan tonsil selain kena abiskan antibiotik tu?


- Posted using BlogPress

Tuesday, June 12, 2012

:: Bila Office Berubah Jadi Nursery ::

Ok ni post yang ketiga dah untuk hari ni. (Dah tak der keje sangat ke?) Lepas gian lama dah tertangguh haha.


Kejadian 3 minggu lepas. Habis jer Damya exam kat tadika (4 hari LR amek cuti sebab nak hantar amek dia.. TokMa tak der kat umah, pegi Semenyih), terus kidnap dia cuti tadika seminggu awal sebab LR sayang nak amek cuti lama-lama... terusss bawak datang kerja hehe. Sebabnya TokMa kena jaga TokNyey sakit. So tak mo lah tambahkan lagi nak kena jaga 2 orang ni pulak. Ekceli LR dah mintak kebenaran bos besar pon untuk bawak anak-anak... Alhamdulillah bos ok. Terima kasih bos kerana benarkan mereka berumah kat opis hehe.


1st day boleh dikatakan behave la jugak. Tapi bila dah 4 hari kat ofis, level of confident diorang terutamanya Adik, amboi kemain lagi. Hari kelima terus LR amek cuti haha



Hari Pertama. Nasib baik jiran sebelah cuti bersalin. Adalah port nak landing minum susu & tido. Psstt jangan bagitao orang yang LR pon tumpang tido bawah meja tu temankan diorang ha ha ha (eh jangan salah faham, tido masa lunch la.. tak pernah buat pon sebelum ni) syok jugak tido bawah tu hehe


So inilah aktiviti utama diorang... especially budak ini.

 Bingit telinga kawan-kawan ofis bila 'banker' kecik datang kira duit. At last, mangkuk kaca tu dah jadi arwah tinggalkan tutup dia jer huwaaaaa...



Hari ketiga kot hehe short memory lah



Inilah hasil lukisan Damya bertajuk 'monalisa terbaru' haha



Memandangkan cuti sekolah, kat Semenyih dah ramai orang, so boleh lah tinggalkan diorang kat sana ngan TokMa. Idaklah TokMa letih sangat jaga diorang (sebenarnya sedih tao bila anak-anak tak der depan mata). Sibuk lah pulak diorang nak ikut datang ofis sebenarnya. Terpaksa cakap mama ada kursus hehe.


Mao tak nak ikut kan. Dapat berkepit ngan mama 24 jam kekdahnya.






Singgah makan dulu sebelum balik rumah





:: New Header Again ::


Berat hati sebenarnya nak tukar header ni sebab ada gambar ES & anak-anak. Since buat blog renovation, tak reti pulak nak resize bagi centre, so LR buat la header baru :)


luv u all sangat-sangat!


kepada




Tu dia... tuan tanah conquer muka sesorang pulak ahaks...



:: Iklan Premium Beautiful Di TV3 dan TV9 ::













Ingin secantik Farah Adeeba??

Cepat dapatkan set anda sekarang.

Contact me now 016-6602507 atau axelida@yahoo.com

atau FB Azlida Rahim

Bayaran secara cash/credit card/ansuran diterima

Nak tengok iklan ni? Klik sini


Monday, June 11, 2012

:: Cabutan Kedua Untuk Hadiah Saguhati ::


Memandangkan 4 orang tak bagi alamat, makanya diumumkan 4 orang lagi pemenang saguhati terbaru. Cepat-cepat bagi nama & alamat ke axelida@yahoo.com selewat-lewatnya hari Khamis 14/06 ye. TQ







135. Lina Kah


270. F.U.Z.Z.Y

330. Masya



Nana Kimie, Nisyyah, Opzz Pinky, nur_za, miya dan Tiqa Chan... akak dah dapat alamat kamoo... tapi hadiah belum pos lagi tao. Ingat nak tunggu semua baru pos huhu



- Posted using BlogPress

:: Lalok ::

Assalamualaikum,

Acene.. makan jem tak pagi ni hew hew hew.... selamat kembali ke sekolah ye adik-adik anak-anak. Tapi sian Damya, kena cuti lagi seminggu gayanya :(


Kisah anak demam tak abis lagi ha ha ha

LR kalau budak 2 orang tu demam, memang standby koolfever jer... tepek jer kat paler diorang. Kurang sikit risao... kalau idak kena bangun-bangun malam cek badan diorang kan. Kalau Kakak ok jer kalau kita letak tuala basah... tapi kalau adik tu mahap ler... kadang tu Koolfever tu nak pakai ikut mood dia.

Kalau dia tak demam pon kalau dia tengok kakak pakai... dia pon sibuk siap cakap 'adik demam ni' siap letak tangan atas dahi dia huhu. Tapi bila demam betul2 susah pulak nak pakainya.

Tapi stok koolfever dah abis. Siap termimpi ES pegi belikan sekotak koolfever ni bawak balik. Then lepas bangun tido, cakap kat ES soh belikan. Sekali dah kena flashback ngan ES haha. Rupanya LR tak mimpi pon tadi. Rupanya memang betul dia dah belikan ha ha ha. Padan muka sebab tido petang... lalok jer!




Model tak bergaji Koolfever hak hak hak




Sunday, June 10, 2012

:: Mood Ada Tapi Entah Pegi Mana ::


Assalam uols,

Sebenarnya tak tao nak citer apa kat sini. Memang mood nak tulis new post tu ada tapi bila mengadap je terus blank. Walhal tiap-tiap hari yang kita lalui masing-masing ada kelainan... Tapi bila nak tulis, cam malas lak haha.

So kali ni merapu-rapu jer lah. Untuk tatapan sendiri je haha. Mulai Jumaat petang, Damya demam lagi. Untuk kali ketiga dah. On-off. Sebelum ni dah bawak gi klinik, siap amek darah. Dokter kata tonsil. Kena makan antibiotik sampai habis. Tapi budak-budak ni bukan leh dipaksa. Kalau paksa kang kita gak yang susah sebab pastu diorang muntah pulak. So LR bagi setakat mana yang dia nak huhu. Ada petua apa-apa tak ek nak bagi hilangkan tonsil tanpa makan antibiotik tu? Antibiotik tu bukan takat budak jer tak leh nak telan, kira orang dewaca pon bila bao ubat tu pon dah tao ianya tak sedap haha. Pastu semalam Adelya lak panas badan. Hari ni monyok jer dia. Berat lak hati bila diorang pegi tido Semenyih. Ingat malam ni LR nak pegi temankan diorang, tapi bila fikir-fikir esok first day sekolah, kalau bawak keta umpama saja cari pasal lah kan? So berserah kepada Allah sahaja. Semoga anak-anak mama sihat ya.

Esok pulak tak pasti la Damya dapat gi sekolah ke tak. Dia pon faham situasi sekarang. Sian dia. Sebelum cuti sekolah baru ni, tiap-tiap hari duk ngaji. Tapi dah cuti ni + advance cuti seminggu sebelum tu, dah senyap dah ngajinya. Ekceli nak puji gak la sekolah Damya ni. Walopon sekolah biasa-biasa je, tapi banyak dah ayat-ayat muqaddam yang Damya ingat. Alhamdulillah sangat-sangat. Sebab awal tahun ni, LR ada daftarkan Damya kat Al-Bagdadi tapi tak pernah pegi pon lagi. Maybe masa kami ngan kelas tu tak match. Kadang dia buat hari Sabtu. Memang clash ngan masa kita time cuti tu kan. Maybe akan sampai jugak ke sana ye Kakak.

Haha sorilah ye sebab citer pasal anak jer. Kata utk tatapan seniri kan. Sapa soh baca sampai abis haha. Bai. Nak tido dulu. Esok kang nak bangun pagi cam kena gam ngan katil. Asek la rasa tak cukup-cukup tido. Haaaa nak tao citer tak? Petang tadi syoknya rasa sebab LR dapat tido petang! Haih aktiviti ni jarang- jarang dapat sekarang ni. Sanggup tak nak ikut umi abi ngan anak-anak LR semata nak amek kesempatan tido haha. Tapi awat rasa kejap je diorang pegi tadi. Tengah-tengah syok layan tido, dah dengar suara Damya kat telinga huhu. Ok dah. Tido.

Monday, June 4, 2012

:: Pengumuman 10 Pemenang Saguhati RM150 Cash | GA from lidarahim.com ::


Assalamualaikum kamoo-kamoo,


Alhamdulillah akhirnya berjaya gak LR membuat cabutan pemenang-pemenang (setelah sekian lama GA tamat). Maaf ya. Oke sekarang LR saja nak bagi bako korang dulu, LR umumkan 10 orang pemenang saguhati dulu ya?



So kepada 10 orang di bawah, cepat-cepat bagi nama dan alamat yer untuk LR poskan hadiah saguhati yang tak seberapa dari LR... cepat-cepat hantar ke emel LR di axelida@yahoo.com.


nombor-nombor yang telah dicabut


nak tao sape?? cepat-cepat scroll ke bawah!



















taraaaaa...





186. miya

227. Nisya

251. ell lina

257. TiQa cHaN

309. nur_za

333. nanakimie



best part, mereka di atas ini ada 1 lagi peluang cabutan kat dalam bekas kuih raya tu sebab masing-masing telah diberikan 2 cabutan sebelum ni kan.. so manalah tao bertuah lagi ke kan :)

kang LR buat cabutan lagi ye... tungguuuuuuuu



Friday, June 1, 2012

:: Kita Saling Melengkapi... Happy 6th Anniversary Sayang ::




Terima kasih Ya Allah
Terima kasih Suami
Terima kasih Anak-anak
Terima kasih Family

|
|
|
|
V
 
For a wonderful 6 years i've been through with this love-thing... love you all deep-deep!


Semoga perkahwinan ini dikekalkan sehingga ke SyurgaMu Ya Allah.. Amin