Info :)

Sunday, June 10, 2012

:: Mood Ada Tapi Entah Pegi Mana ::


Assalam uols,

Sebenarnya tak tao nak citer apa kat sini. Memang mood nak tulis new post tu ada tapi bila mengadap je terus blank. Walhal tiap-tiap hari yang kita lalui masing-masing ada kelainan... Tapi bila nak tulis, cam malas lak haha.

So kali ni merapu-rapu jer lah. Untuk tatapan sendiri je haha. Mulai Jumaat petang, Damya demam lagi. Untuk kali ketiga dah. On-off. Sebelum ni dah bawak gi klinik, siap amek darah. Dokter kata tonsil. Kena makan antibiotik sampai habis. Tapi budak-budak ni bukan leh dipaksa. Kalau paksa kang kita gak yang susah sebab pastu diorang muntah pulak. So LR bagi setakat mana yang dia nak huhu. Ada petua apa-apa tak ek nak bagi hilangkan tonsil tanpa makan antibiotik tu? Antibiotik tu bukan takat budak jer tak leh nak telan, kira orang dewaca pon bila bao ubat tu pon dah tao ianya tak sedap haha. Pastu semalam Adelya lak panas badan. Hari ni monyok jer dia. Berat lak hati bila diorang pegi tido Semenyih. Ingat malam ni LR nak pegi temankan diorang, tapi bila fikir-fikir esok first day sekolah, kalau bawak keta umpama saja cari pasal lah kan? So berserah kepada Allah sahaja. Semoga anak-anak mama sihat ya.

Esok pulak tak pasti la Damya dapat gi sekolah ke tak. Dia pon faham situasi sekarang. Sian dia. Sebelum cuti sekolah baru ni, tiap-tiap hari duk ngaji. Tapi dah cuti ni + advance cuti seminggu sebelum tu, dah senyap dah ngajinya. Ekceli nak puji gak la sekolah Damya ni. Walopon sekolah biasa-biasa je, tapi banyak dah ayat-ayat muqaddam yang Damya ingat. Alhamdulillah sangat-sangat. Sebab awal tahun ni, LR ada daftarkan Damya kat Al-Bagdadi tapi tak pernah pegi pon lagi. Maybe masa kami ngan kelas tu tak match. Kadang dia buat hari Sabtu. Memang clash ngan masa kita time cuti tu kan. Maybe akan sampai jugak ke sana ye Kakak.

Haha sorilah ye sebab citer pasal anak jer. Kata utk tatapan seniri kan. Sapa soh baca sampai abis haha. Bai. Nak tido dulu. Esok kang nak bangun pagi cam kena gam ngan katil. Asek la rasa tak cukup-cukup tido. Haaaa nak tao citer tak? Petang tadi syoknya rasa sebab LR dapat tido petang! Haih aktiviti ni jarang- jarang dapat sekarang ni. Sanggup tak nak ikut umi abi ngan anak-anak LR semata nak amek kesempatan tido haha. Tapi awat rasa kejap je diorang pegi tadi. Tengah-tengah syok layan tido, dah dengar suara Damya kat telinga huhu. Ok dah. Tido.

1 comment: