Entah Sabtu bila dah.. 3-4-5 minggu lepas kot haha. LR bawak Damya & Adelya gi Ikea. Yerp bertiga jer wewit. Sebenarnya cuak jugak nak pergi sesorang sebab tao-tao jer lah cam mana penuhnya manusia kat dalam tu. Tapi sebab dah tersebut nak gi Ikea, Damya asek lah duk tanya bila nak gi bila nak gi...
Memula nak ajak TokMa kat Semenyih, tapi call-call tak berjawab pulak. Last-last tawakkal jer zasss bertiga hehe.
Ikea, here we come!
Alhamdulillah, masuk-masuk jer parking, ada orang nak kuar! Depan entrance pulak tu yeehaaa!
Aduhai sampai-sampai jer kena beratur depan toilet sebab Adelya uk-uk. Bila time LR tengah cuci, ada pulak yang ketuk pintu bertalu-talu... hellowwww orang tengah guna tak leh sabar ke?? Haishhhh! Dah siap cuci barulah LR dapat bukak pintu... rupanya dia nak bagi baby dia nyusu... dah terjerit-jerit dah budak tu. Ermmm speechless jap. Kesian ada, bengkek pon ada huhu.
Ok so langkah diteruskan. Haruslah cuci-cuci mata tengok kitchen kabinet. Mak aihhh cantik-cantiknya... bukan setakat cantik... bijak juga dia nyer design tu. Sesuai la ngan tema IKEA ni
Yang ni OK jugak kalau bawak balik rumah... buat sidai piuk lepas cuci... Harga RM65/piece. Eh tetiba rasa mahal bila taip per piece tu huhu. LR tak beli pon lagi... riki2 jer dulunya.
Uishh budak berdua ni pon minat pulak pegi cek tiap laci cab ni. Bukak tutup sampai peti ais pon pegi bukak tengok huhu. Sungguh lama bebenor tak datang ikea agaknya.. eksaited diorang lain macam pulak... ni belum lagi mama nak bawak 1 tempat tu.
Haaa silalah buat macam bilik seniri... siap baring-baring atas katil sambil tulis-tulis conteng-conteng kertas free dengan pensel free Ikea tu...
Dah kenapa tengok cermin pon kemahen lagi nak menelek ni?? Kat umah jarang jumpa ke ape? haha
Dan akhirnya... mama nunggu kat tepi jer.. ada dekat sejam kat sini saja rasanya.
Dan akhernya perut dah mintak diisi... ekceli dari pagi tak makan tao. Dan Q adalah sangat panjang. Dan Adelya dah penat masak-masak tadi. Dan LR kena dokong dia sambil beratur. Dan akhirnya Adelya ketiduran atas dokongan. OMG! Penat toksah cakap ler tapi tak der saper pon nak bagi lalu kat lorong kecemasan pon. Masing-masing sibuk nak isi perut.. mmm. Dan terima kasih kepada orang yang sudi tolong tolakkan troli makanan tu.
Udah ler LR tengah penat dokong budak ni kan, leh lak si cashier tu salah punch harga! Wohhoo memang menguji kesabaran lah kan. Dan sememangnya LR tetap bersabar huhu. Setelah mengharungi penat lelah akhirnya Allah permudahkan untuk dapat tempat duduk. Ada jugak insan yang baik hati, datang bagitao yang dia dah sudah makan. So ikut jer lah ke meja dia. Terima kasih ya.
Ingatkan dah sudah makan, leh la cabut balik kan. Tapi si Kakak tak puas main lagi. Ok layankan jer. Sebab bahagian budak-budak dekat jer ngan tempat makan kan. Sekali ngan Adik pon dah bangun join main sekali.
Dan lepas tu, dah tak der nak amek gambar dah. Mama dah capek dong! Yang ingat hanyalah nak balik rumah jer haha. Sebelum balik, tapau pulak karipap ES. Dah nampak eskrem kenalah beli. Pastu tunggu makan eskrem dulu sampai habis.. idak kalu tumpah lam keta lak kan. Wah sekarang nak beli eskrem pon kena DIY pulak... tapi kena 2 kali beratur pulak. Pertama beratur cuma beli coin nanti dia bagi kon pastu beratur lagi pegi kat mesin boh kon dalam mesin tekan butang merah pastu kuarlah eskrem nya... cuak jugak mula-mula takut salah letak malu kang haha. Tapi senang jer sebenarnya pon.
So itu aja yang ada dengan Ikea hehe. Nak pergi lagi bawak diorang? Insya Allah boleh jer... tapi bukan dalam masa terdekat ni lah sebab LR muak lagi makan 10 biji meatball tu haha. Alamak baru ku tao yang kek choclate tu sebenarnya lagi sedap dari kek daim... Damya leh habiskan semua 1 slice tu kira sedap la tu. Haruslah kena cari lagi bila-bila gi sana.
mcm best je akak jejalan tu... hehehhehe
ReplyDelete