Info :)

Tuesday, June 12, 2012

:: Bila Office Berubah Jadi Nursery ::

Ok ni post yang ketiga dah untuk hari ni. (Dah tak der keje sangat ke?) Lepas gian lama dah tertangguh haha.


Kejadian 3 minggu lepas. Habis jer Damya exam kat tadika (4 hari LR amek cuti sebab nak hantar amek dia.. TokMa tak der kat umah, pegi Semenyih), terus kidnap dia cuti tadika seminggu awal sebab LR sayang nak amek cuti lama-lama... terusss bawak datang kerja hehe. Sebabnya TokMa kena jaga TokNyey sakit. So tak mo lah tambahkan lagi nak kena jaga 2 orang ni pulak. Ekceli LR dah mintak kebenaran bos besar pon untuk bawak anak-anak... Alhamdulillah bos ok. Terima kasih bos kerana benarkan mereka berumah kat opis hehe.


1st day boleh dikatakan behave la jugak. Tapi bila dah 4 hari kat ofis, level of confident diorang terutamanya Adik, amboi kemain lagi. Hari kelima terus LR amek cuti haha



Hari Pertama. Nasib baik jiran sebelah cuti bersalin. Adalah port nak landing minum susu & tido. Psstt jangan bagitao orang yang LR pon tumpang tido bawah meja tu temankan diorang ha ha ha (eh jangan salah faham, tido masa lunch la.. tak pernah buat pon sebelum ni) syok jugak tido bawah tu hehe


So inilah aktiviti utama diorang... especially budak ini.

 Bingit telinga kawan-kawan ofis bila 'banker' kecik datang kira duit. At last, mangkuk kaca tu dah jadi arwah tinggalkan tutup dia jer huwaaaaa...



Hari ketiga kot hehe short memory lah



Inilah hasil lukisan Damya bertajuk 'monalisa terbaru' haha



Memandangkan cuti sekolah, kat Semenyih dah ramai orang, so boleh lah tinggalkan diorang kat sana ngan TokMa. Idaklah TokMa letih sangat jaga diorang (sebenarnya sedih tao bila anak-anak tak der depan mata). Sibuk lah pulak diorang nak ikut datang ofis sebenarnya. Terpaksa cakap mama ada kursus hehe.


Mao tak nak ikut kan. Dapat berkepit ngan mama 24 jam kekdahnya.






Singgah makan dulu sebelum balik rumah





3 comments: